TARIKH: 23 - 25 NOVEMBER 2009
LOKASI: GUNUNG BEREMBUN, CAMERON HIGHLANDS
Info Gunung Berembun
Gunung Berembun terletak di daerah Cameron Highlands, Pahang. Kat area Dungun, Terengganu pun ada jugak nama Gunung Berembun nih. Tak pasti ejaannya sama atau tak. Yang pasti puncaknya berlainan. Ketinggian gunung ni mencapai 6,817 kaki. Rendah sikit jer dari Gunung Irau. Tapi berbeza sungguh trail pendakiannya, agak mudah jika dibandingkan dengan trail Gunung Irau yang sentiasa lembap dan berlumpur. Terdapat beberapa trail untuk menuju ke puncak gunung ini. Dari MARDI boleh, Muzium Teh boleh, campsite Jabatan Perhutanan pun boleh. Treknya yang agak lebar dan banyak signboard di sepanjang perjalanan memudahkan para pendaki. Keadaan puncaknya tidaklah berapa luas, tetapi agak rata untuk didirikan khemah. Beirut masih lagi wujud walaupun kakinya dah patah. Signboard puncak pun masih ada tetapi disebabkan ada pendaki yang amat kreatif, maka bermacam2 la tulisan graffiti ada kat signboard tu. Orang Malaysia... biasala... Dari puncak, pendaki dapat melihat pekan Brinchang dengan jelas. Suhu yang agak sejuk menambah ketenangan pendaki (tenang? ye ke?..)
Set Induksi
Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Tu diaa, aku datang lagi dengan laporan terkini geng FITT. Raya dah lepas, rasa macam rindu je nak naik gunung lagi. Last kitorang trekking masa bulan Julai aritu, Gunung Ulu Semangkuk. Lama sehh.. Aku berbincang dengan Mohni nak gi mana akhir tahun ni. Mesti kene wat satu lagi aktiviti last sebelum bukak tahun baru. Bermacam2 aktiviti yang bermain kat kepala aku ni. Apis ada la lekat satu artikel tentang Gunung Berembun, Terengganu kat dalam stor sukan. Bila baca artikel tu rasa macam best gak kalu mencuba. Mohni tanya aku Gunung Berembun Cameron Highlands dah penah naik ke belum. Aku belum lagi. Rasanya semua geng FITT belum try lagi except Mohni. Dia dah naik masa ikut geng sekolah Wangsa Melawati tahun lepas. Dulu Mohni penah cakap kat aku, kalu gunung yang dia penah naik, dia taknak naik dah. Tapi tetiba je offer nih, aku on jer. Leh tambah koleksi gunung aku. Cuma kali ni dia mintak kita bawak naik budak sekolah sekali. Guna duit koko yang tak penah guna sebelum nih untuk aktiviti perkhemahan pelajar. Kebetulan, Hafizal pun cakap benda yang sama, bawak budak bawah unit sukan, gabung dengan kaunseling & pusat sumber. Cunn...
Tarikh? Brape ramai yang nak dibawak? Cadangannya dalam minggu2 akhir sekolah (awal bulan November) sebab budak2 dah abis final exam. Memang best bawak budak lepas exam nih, leh release tension, tenangkan fikiran. Nak dijadikan cerita, last minute takwim exam berubah. Exam sampai minggu last sekolah. Aiseh, tak dapat la nak wat, kene posponed ke tarikh lain. Bincang punya bincang kene gak wat time cuti sekolah, first week. 23-25 November tarikh yang paling sesuai sebab campsite kosong, kalu time weekend memanjang penuh. Hafizal buat kertas kerja nak bawak budak. Aku lak set sorang bayar RM35.00 untuk join. Murah tuu, kalau sekolah lain mau lebih RM50.00.. Takpe, cukup untuk aktiviti sepanjang 3 hari nanti..
Aku buat survey dulu kat budak2 yang berminat nak join. Fuhh! Ramai betul yang berminat. Cuma 40 orang je yang diperlukan. Muatla untuk masuk satu bas, tambah dengan guru pengiring lagi. Bila surat kebenaran ibubapa aku keluarkan, tetiba je dah jadi tak ramai yang berminat. Cess, sama je macam geng2 cikgu dulu. Bila cakap kosong kemain bersemangat nak ikut, tapi bila nak sampai time pegi, sorang2 tarik diri. Memang diakui, tak ramai pun yang berminat aktiviti trekking ni jika dipikirkan dengan tilam & bantal yang empuk kat rumah. Cuma kali ni ada la reason taknak join sebab baru keluar berita kes pelajar mati kat Kuala Dipang tu. Ramai la parents yang tak kasi pergi. Tapi geng2 cikgu takkan la parents diorang tak kasi pegi kot? Macam kelakar je.. Ooo lupa, suami & isteri masing2 tak kasi pegi kot. Good reason. Heheh.. Actually cikgu2 leh bawak pasangan masing2. Memang dialu2kan, boleh la berkenalan sesama kita.
2 minggu jugak aku dan Ita cari budak2 yang berminat. Surat kebenaran jabatan dah dapat. Tn haji panggil aku untuk dapatkan maklumat pasal aktiviti nih. Berkali2 dia mintak aku & cikgu2 lain hati2 jaga pelajar time aktiviti. Bagus dapat pengetua macam nih, bagi kebenaran keluar beraktiviti, ambil berat tentang keselamatan guru dan pelajar. Tapi kalau tak dapat kelulusan, memang geng2 cikgu je la yang pegi. Kali ni geng FITT yang pegi Aku, Mohni, Pojan, Apis, Nora, Ita & Liza. Hafizal tak dapat pegi sebab ada kursus induksi. Rasa terkilan aku sebab dia la yang ajak buat aktiviti nih. Sorry bro.. Ustaz pun tak dapat pegi, hal keluarga agaknya. Fakhzan... kawen.. (pasni bersara terus ke bro?). Nazri (my PBB colleague) hal keluarga, Hawa dah keje kat Perak. Fadhilah ada kelas master. Yang lain2 ada la hal masing2. Cuti sekolah la katakan. Tapi kali ni ada geng cikgu lain yang join the club. Kak Nik ikut sebab budak PSS ada sekali. Ita bawak husband dia, Azli. Cikgu Roslan dari sekolah Wangsa Melawati pun join sekali sebab cadangan memula budak2 dia pun pegi sekali, tapi kerana kes Kuala Dipang yang hangat, terpaksa dibatalkan. So, total cikgu & staf yang pegi 10 orang. Cukup kot untuk kawal budak2 36 orang nih.. insyaAllah..
Persediaan awal
Beberapa hari sebelum nak berangkat, kitorang wat demo cara2 pasang khemah dan masak guna portable gas stove kat budak2 yang akan pegi. Budak2 ni ada yang first timer bercamping, yang tak penah masak nasik kat rumah pun ada. Jadi, sebelum jadi apa2 yang tak diingini bila dah ada kat sana, baik tunjuk cara dulu kat budak2 ni. Pengalaman mengajar cikgu2. Dah penah kene, takkan nak kene lagi. Budak2 dah diberi kumpulan masing. Ikut jantina masing2. Takleh campur... bahaya untuk kesihatan..
Besi yang kecik ni nak pacak katne cikgu? Kau standby
je, kalau geng kau buat bising dalam khemah kau pacak
kat perut dia ok..
Akhirnya tinggal satu je lagi yang lom siap.. Besi
tak cukup. Ada la yang merembat gi jual kat besi buruk nih..
Telur ni kasi ikat betul2. Salah ikat kang menetas lak
dalam bilik sukan nih. Terus jadi reban ayam..
Nak repair khemah siap pakai gergaji tu. Time ni kalau
buat lawak memang tak sesuai..
Hari yang dinanti sudah tiba. Pukul 6 pagi aku dah bangun (walaupun tido kul 4 pagi tadi). Barang2 aku tak setel lagi. Kemas apa yang patut. Kasut trekking cap getah aku bawak, taknak kene macam kes Gunung Irau dulu. Hancur woo.. Tak bawak kasut Columbia aku, masih nak jaga ke'cun'nan kulitnya. Hahaha.. Budak2 dah mula berkumpul seawal sekolah bukak. Semangat betul you all nih.. Dalam kul 10.30 pagi aku berangkat ke sekolah. Semua dah ada, kira aku la yang last sampai. Organiser memang camtu. Penat.. Suasana kat sekolah macam tak cuti sekolah, ramai cikgu datang key in markah kat bilik peperiksaan. Aku pun tak key in lagi. Balik nanti sempat lagi, insyaAllah.. Dalam kul 11 pagi bas sampai. Mohni cek budak2 yang pegi, ada sorang tak sampai2. Aku call parent dia, memang anak dia tak jadi pegi. Bagitau la awal2, hmmm.. Yang lain 35 orang semua ada, angkut makanan & barang masing2 dalam bas. Kali ni 3 kereta digunakan. 3 orang cikgu naik bas. Aku bawak keta aku, cuma Apis sorang je tumpang aku. Agak ringan kenderaan aku kali nih. Heheh.. Aku singgah pejabat hantar salinan nama budak2 kat Tn. haji.
Kul 11.45 pagi perjalanan bermula. Agak lambat dari tentatif. Takpe, takde apa2 yang nak dibuat pun bila sampai Cameron Highlands nanti. Cuma nak pastikan sampai time terang lagi sebab nak dirikan khemah & masak untuk makan malam je. Sepanjang perjalanan cuaca agak cerah. Dalam kul 1.45 ptg kami berhenti makan tengahari & solat kat hentian Tapah. Aku & Apis teruskan perjalanan keluar tol sebab nak cari barang & makan kat pekan Tapah. Agak lama tunggu diorang sambung perjalanan, aku teruskan perjalanan ke Cameron Highlands. Aku ngan Apis tunggu kat atas je, senang.. Dalam kul 2.30 ptg perjalanan bersambung. Dalam perjalanan mendaki, cuaca makin mendung. Nak wat camna, memang musim hujan, tetiap petang hujan. Aku ngan Mohni memang dah agak mesti hujan nye, tapi tetap gak nak bawak budak2. InsyaAllah takde apa berlaku. Kalau nak kira kemalangan, dalam jamban rumah pun leh terjadi. Berdoa pada Tuhan..
Kul 3.30 ptg aku sampai pekan Tanah Rata. Singgah kat Balai Polis Tanah Rata, bagi laporan kat polis bertugas. Pastu terus gi tapak perkhemahan kat Pejabat Hutan Cameron Highlands. Terkenang kembali cerita masa gi Gunung Irau dulu. Tempat yang sama, cerita yang sama. Harap2 takde la berlaku kejadian yang tak diingini. Dalam 10 minit kereta Mohni & Ita sampai. Mohni jumpa orang yang handle campsite. Ada satu group campers baru nak bersiap2 keluar dari campsite. Memang geng kita je la yang menghuni campsite untuk 3 hari nih. Dengan hujan yang turun, sejuk, kitorang angkut barang2 cari port yang sesuai untuk cikgu2 & budak2.
Kul 4 ptg geng bas sekolah sampai.. Heheh.. Budak2 angkut barang masing2 bergerak ke campsite. Kebetulan hujan berhenti. Senang la nak pasang khemah. Mohni dah settingkan khemah lelaki & perempuan. Mesti kene ada gap, takut ada yang merangkak tengah malam. Berani la merangkak, kang ada yang 'teman' merangkak kat sebelah baru tau.. Budak2 dah diberi briefing untuk jaga diri masing, jaga kelakuan, pakaian, perkataan, macam2 la. Masuk tempat orang kene bagi salam, nanti tuan punya tempat marah, susah jadinya..
Baru sampai campsite. Masing2 tengah tunjuk skill
pasang khemah. Kerjasama..
Ita buat skill gunting khemah dari jarak jauh..
Ok setel. Khemah kecik tapi cukupla kalau nak tido
bertindih sesama sendiri.. Yang atas paling selesa..
Kan dah kata... asal bergambar mesti ada nye gaya nih..
Kelihatan kasut yang masih ada tapak lagi.. Esok? Huhu..
Sedara chef wan tengah tunjuk skill. Yang kat sebelah
tu kurang pasti dah masuk round ke berapa.. Yang
pasti tempat duduk tu dah panas giler.. Heheh..
Muka Ita yang agak ketakutan melihat key Apis yang
bercorak 'tengkorak mu' itu.. Grr.. Ganaz.. Ganaz..
Day 2 - 24 November 2009
Pagi yang indah. Ahli2 mula breakfast & bersiap2 untuk mulakan pendakian. Ada yang mandi ada yang tidak (berdasarkan bau yang wujud sekali sekala.. Heheh). Sebelum mulakan pendakian, Mohni kumpulkan budak2, bagi briefing lagi sekali. Budak2 ni bagi peringatan 18 juta kali pun susah nak ingat. Hyper sungguh.. Kak Nik, Ita & Liza tak join pendakian. Kak Nik ada la reason, faktor umur. Ita pregnant, tak larat. Liza burung hantu still single, density pun agak rendah. Tak pasti nape dia taknak join. Mungkin ada alasan melibatkan dia dan keluarga dia. Heheh.. Tiada paksaan dalam FITT. Walaubagaimanapun, ada paksaan kalau melibatkan Nora. Dah standby beli macam2 barang trekking, pastu taknak naik lak. Respect kat dia sebab join jugak mendaki. Yang tak pegi tu at least ada la orang yang jaga khemah & sediakan lunch untuk kitorang. Budak2 wajib kene daki. Kalau taknak, baik gi rombongan cik kiah ke KLCC jer. Ada sorang budak yang tersilap ikut rombongan. Sebab tu la dia tak join panjat gunung.
Dalam kul 9 pagi kitorang mulakan pendakian. Aku macam biasa, bermula di barisan belakang. Barisan depan diketuai oleh sorang guide yang ditempah khas dari pejabat hutan. Budak2 ni memang laju semuanya, angin masih banyak. Tunggu la masuk umur 20 - 30 nanti. Silap2 naik tangga 2 tingkat pun dah tak larat. Keadaan trek memang lembap dan berlumpur. Kesan dari hujan semalam. Macam aku yang kat belakang ni lagi la teruk, lepas berpuluh tapak kaki dah lalu depan aku. Memang sesuai aku pakai kasut getah je. Walaupun prinsip aku biar hancur janji rugged tapi bila terkenangkan Columbia aku yang suci tu, tak jadi jugak nak rugged. Mohni? Dulu, kini dan selamanya.. Hahaha..
Kalau la kat kantin beratur camni kan bagus..
Bila sampai tempat yang agak lapang, kitorang berenti untuk berehat kejap. Aku ambil kesempatan rakam video proses perpeluhan masing2. Trek agak mudah untuk didaki, sebab aku takdela rasa pancit sangat berbanding gunung lain yang pernah aku daki. Maybe cuaca jadi faktor kot. Bila sejuk, kurang sikit rasa penat. Nora pun leh wat lawak, siap nyanyi lagi. Tapi makin lama makin slow nyanyian tu. Tanda bateri nak abis la tu. Heheh.. Sampai checkpoint kedua (ada pondok besar), Roslan bagitau kat budak2 yang tak larat, bolehlah patah balik atau ikut trek yang lain. Sebab lepas ni trek agak mencanak sampai ke puncak. Semangat yang ada pada budak2 membuatkan semua ingin terus ke puncak. Baguih budak2 danau kota nih.Cahaya matahari semakin menyinar, tapi cuaca still sejuk lagi. Daki punya daki, dalam kul 11.45 pagi aku sampai ke puncak Gunung Berembun. Semua lepak berehat sambil ambik gambar sesama geng. Aku tak lepaskan peluang bergambar dengan budak2 (budak2 berebut nak amik gambar ngan aku, kene beratur dulu.. Hahaha..) Apa2 pun moment yang paling takleh dilupakan time tu bila tengok Nora ada bersama2 di puncak. Cayalah geng, akhirnya kau berjaya jugak. Biar lambat, asal selamat sampai. Tapi kalu kau pengsan, aku rasa kau tau sape yang akan hilang dulu. Heheh.. Aku cek budak2, takut ada yang terseliuh ke. Memang ada pun. Tu la, jalan memang laju, fit, tapi tak hati2. Dalam hutan ni jangan cakap 'besar', nanti ada la benda 'besar' yang berlaku.
Berehat di puncak dalam 20 minit. Lepas tu terus turun balik. Kali ni turun kitorang ikut jalan trek ke Mardi. Ikut ladang teh. At least merasa budak2 ni tengok pokok teh depan mata. Trek menuruni gunung ni pun agak lebar dan kering. Sambil turun geng2 cikgu pun cerita la benda2 lawak. Memang tiap kali panjat gunung mesti ada cerita lawak yang didengar. Cuma kali ni tak dengar lawak dari Ustaz. Kalu dia ada lagi hangat suasana. Antara lawak yang aku dengar cara camna nak tau daun/buah yang boleh dimakan atau tak (beracun). Lagi satu kenapa pokok teh mesti kene tanam kat lereng bukit, bukan kat tanah rata. Jenis tayar pun leh buat cerita. Roslan punya idea la ni. Tapi tu semua nak bagi rasa cepat sampai ke bawah.
Borak punya borak kul 2 ptg kitorang sampai ke Mardi. Rehat sekejap kat kedai Mardi. Dari Mardi nak ke campsite punya la jauh. Kalau ikut jalanraya adala nak dekat 4 km. Masing2 dah mengadu sakit kaki. Ada sorang budak tu tapak kasut pun dah tercabut. Terpaksala singgah beli selipar. Ada laluan shortcut nak ke campsite, dalam 2 km je. Itu pun dah kira jauh gak tu. Ada jugak dalam hati aku nak tahan teksi hantar terus ke campsite. Tapi macam tak best lak bila yang lain berjalan kaki. Jauh perjalanan luas pemandangan. Perjalanan balik ikut jalan tepi sungai. Aku yang di barisan belakang tinggal dalam 15 orang je. Yang lain dah jauh ke depan. Sampai satu tempat tu, kitorang tak tau mana jalan shortcut. Kene la ikut jalan raya lalu kampung. Dalam pukul 4 ptg kitorang sampai campsite. Tengok masing2 tengah best punya melantak. Aku pun tumpang dua2 belah kaki & tangan. Ada budak2 yang mandi kat anak sungai. Sungai kecik je, boleh la. Yang aku pelik tu, tak rasa sejuk ke air sungai tu. Memang kulit biawak budak2 nih. Heheh..
Kat dalam Mardi. Kelihatan semua cek keadaan kasut
masing2. Ada yang tak dapat diselamatkan. Huhuhu..
Dalam perjalanan aku borak la dengan Apis. Confirm yang paling last. Sempat jugak la tengok aksi brader naik motor terbabas. Nampak sangat jalan yang kitorang lalu tu gelap sangat. Sampai pasar malam Brinchang dalam kul 8.15 mlm. Aku cuma beli kuih RM3 jer. Cess, jalan punya jauh tapi beli tu aje. Lepak minum kat food court dengan Apis & Pojan. Tunggu budak2 ni gerak dari pasar kul 9 mlm. Dapat sms dari Nora suruh kitorang balik campsite segera. Ada 'benda' la tu. Teruskan perjalanan balik ke campsite. Sampai di campsite kul 9.45 mlm. Nora story apa yang berlaku. Seram? Takut? Meremang bulu roma? Semua ada..
Baru je 15 minit lepak kat khemah sambil borak2, ada la kejadian yang tak diingini berlaku. Memang aku dah jangka. Sepanjang hidup aku bawak budak perempuan gi trekking mesti jadi punyalah. Nasib baik lah cuaca sepanjang hari ni tak hujan langsung. Maka pergerakan semua jadi mudah. Ada la 3 orang budak ni dikatakan 'terkejut'. Ditambah dengan keadaan lemah semangatnya, memang mudah 'terkejut'. Roslan panggil orang yang berpengalaman datang untuk selesaikan masalah 'terkejut' nih. Masa ni lah baru aku tau cerita sebenarnya tentang campsite & gunung2 di Cameron Highlands. Biasalah, setiap kawasan tu ada penghuninya. Samada alam yang nyata ataupun tidak. Mesti ada laluan tempat persinggahan & tempat tinggalnya.
Dalam kul 11.30 mlm, selesailah sudah kes 'terkejut' nih. Mohni mengarahkan budak2 tidur di khemah masing2. Aku still melepak lagi dengan Apis & Mohni. Bagi aku aktiviti camping la time untuk kita berborak panjang. Macam citer family camping aku dulu, sampai ke pagi borak tak abis. Sedar2 azan subuh je. Tapi disebabkan kes 'terkejut' tu buat aku rasa takde mood nak borak panjang. Badan tak terasa penat malam tu, cuma kaki je yang lenguh sebab banyak berjalan. Setelah bergelas air kopi aku minum bersama Apis & Mohni, dalam kul 4 pagi kitorang masuk tidur. Memang kene tidur, sebab esok aku nak drive balik KL. Midnight race bermula...
Day 3 - 25 November 2009
Seperti semalam, pagi yang indah. Masing2 ambil breakfast. Ada group budak2 yang masak semua bahan yang ada. Ada jugak yang tak usik apa2. Mohni adakan sesi refleksi bersama budak2. Aku dan Kak Nik pun menyelit sekali. Agak kecewa bila berlaku kejadian 'terkejut' tu. Juga kecewa dengan sikap pelajar yang bercouple dalam aktiviti kali ni. Form 4 menunjukkan sikap yang mencerminkan kematangannya. Form 1 & 2 masih lagi dalam dunia kebudak2kan. Namun secara keseluruhan kami berpuas hati dengan sikap kerjasama yang diorang tunjukkan.
Selesai sesi refleksi, sesi bergambar beramai2 pulak. Semua ambil tanggungjawab kemas kawasan khemah & barang masing2. Dalam kul 11.30 pg bas sampai di campsite. Barang2 dipunggah masuk dalam bas dan kereta. Aktiviti seterusnya shopping di Kea Farm. Masing2 beli souvenir untuk dibawa pulang. Next, kul 1 ptg bergerak ke ladang teh kat Bharat Tea Plantation. Lepak minum teh secawan. Kul 2 ptg kitorang meninggalkan Cameron Highlands dengan seribu satu kenangan dan pengalaman. Kul 5.30 ptg aku ngan Mohni dah sampai kat sekolah. Tunggu bas sampai dalam kul 6.30 ptg. Kitorang tunggu sampai semua parents amik anak masing2. Last one kul 7.15 mlm. Bermula cuti sekolah yang sebenarnya. Esok aku ada program lain pulak. 'Jalan-jalan cari pasal ke Langkawi'. Family vacation..
Lavanya shopping sakan.. Yang kat dashboard tu Nora
punya.. Nak kongsi makan ngan 'abang' dia katanya..
Alhamdulillah, xpdc kali ni berjaya. Walaupun ada beberapa masalah tapi terkawal (Mohni suka ayat terkawal nih.. Heheh). Pada aku, ada beberapa perkara yang boleh diperbaiki untuk xpdc yang akan datang (kalau buat la). Sebab aku agak serik nak bawak pelajar nih. Susah nak kawal kalau yang muda2 remaja nih. Mungkin aku akan arrange lagi dan mungkin tidak. Kalau sekarang memang aku takkan bawak dah pelajar bercamping. Tapi kita tak tau apa yang berlaku akan datang. Sebab aku memang minat dengan aktiviti camping & trekking nih. Banyak yang aku belajar dari aktiviti macam ni. Pengalaman mengajar erti hidup, setiakawan, bekerjasama. Kepada geng2 FITT & lain2 yang join xpdc kali ni, tq very much guys. Lain kali leh jemput lagi, insyaAllah. Kepada student2 ku, selamat menimba ilmu pengetahuan. Bukan kat sekolah je kita belajar, tapi dalam hutan pun kita leh belajar sesuatu... belajar tentang hidup.. Salam to all..