LOKASI: GUNUNG LEDANG, JOHOR
Info Gunung Ledang
Gunung Ledang terletak di dalam kawasan Taman Negara Johor. Puncaknya setinggi 1,276m (4,186 kaki) terletak di sempadan antara Muar dan Melaka. Gunung Ledang menjadi tempat yang paling popular di kalangan pendaki-pendaki yang amatur. Ketinggiannya adalah yang ke 64 tertinggi di Malaysia. Menurut kata orang yang jaga resort ni, gunung ni adalah yang ke 6 paling susah nak didaki. Tak pasti pulak top 5 gunung apa, tapi yang konfirmnye Gunung Tahan ngan Korbu memang hardcore. Banyak trail yang boleh dilalui untuk sampai ke puncak iaitu trail air panas, trail lagenda, trail ulu jementah & trail asahan (Melaka). Ada 8 checkpoint yang akan pendaki lalui. Tapi disebabkan ada kes kemalangan yang berlaku baru2 ni, maka beberapa checkpoint terpaksa ditutup buat sementara waktu. Jangkamasa pendakian adalah dalam 5 - 6 jam, boleh dibuat dalam masa sehari naik dan turun. Trek ada yang mencanak dan ada yang tidak. Tapi yang pastinya kene naik turun bukit banyak kali.
Set Induksi
Salam FITT!.. Lagi sekali aku muncul dengan aktiviti terbaru FITT. Aktiviti pertama di tahun 2010. Setelah 3 bulan mengharapkan sesuatu, akhirnya berjalan jugak aktiviti FITT. Aku memang teringin nak pegi Gunung Ledang. Dari tahun lepas lagi masa gi Gunung Irau aku dah citer kat geng2 FITT nak pegi tawan Gunung Ledang lak. Citer dah lebih setahun dah. Tapi dalam masa tu banyak gak citer2 pasal Gunung Ledang yang aku dengar. Banyak citer seram dari citer best. Memang aku akui, dari berita yang tersebar & dari pengalaman rakan2 pasal Gunung Ledang nih memang agak menakutkan aku. Rasa thrill jer.. Tapi aku rasa semua tu kenelah dengan niat. Kalu niat baik, maka baik la jadinya. Kalu niat agak terpesong, maka memangla sangkut ditengah jalan.. Ada dengar member cerita taknak naik Gunung Ledang sebab ada hantu. Laa.. sape niat nak jumpa hantu memang konfirm la jumpa. Takyah gi Gunung Ledang, dalam sekolah pun leh jumpa. Aku ni bukannye berani sangat & bukan nak cakap besar, tapi aku rasa niat aku baik nak panjat gunung. Kalau niat tak baik, baik gi disko jer.. Heheh..
Preparation time
Cadangan nak naik Gunung Ledang ni datangnya dari Mohni. Aiks? Mana prinsip otai nih? Kata kalau dah naik, taknak naik dah. Rasanya dia penah naik sebelum nih. Tapi aku suka gak sebab aku leh naik sekali. Kat sape lagi aku nak harap kalau bukan kat Mohni. Asal buat arrangement je mesti dia ok punye. Mesti ada kisah silam yang berlaku buat dia nak naik lagi nih.. Hmmm.. Malas nak investigate, janji dapat pegi.. Aku pun mula la edarkan maklumat kat geng2 FITT yang lain. Ramai yang unavailable. Sekarang ni semua dah ada komitmen masing2. Dah makin payah nak kumpul ramai2 macam dulu2. Nak buat macamana, bukan boleh dipaksa, hanya boleh memujuk aje.. Maka pada mulanya berkuburlah impian nak tawan Gunung Ledang. Tapi bila seminggu lagi nak pegi, Mohni suruh setkan sape yang nak pegi, sebab ada orang dah pukul canang ajak gi Gunung Ledang. Aku terus hantar sms tanya sape yang berminat. Dapat jawapan dari kawan2. Akhirnya 8 orang je yang join xpdc kali ni. Itupun ada jugak yang tak jadi pegi last2 minute. Susah la camni kalu nak buat booking guide & tapak khemah. Sedih organiser.. Huhuhu..
Cadangan awal nak pegi hari Sabtu, 6 Mac 2010. Tapi disebabkan ada geng yang kensel last minute maka kuota daki hari Sabtu dah penuh. Terpaksa la naik hari Ahad. Memang jadi masalah kalau melibatkan guide, tapak khemah dan jawapan yang lambat dari geng2 yang nak join. Aku pun jadi pening kepala sebab dah bagitau hari Sabtu tapi tetiba bertukar hari Ahad. Nasib baik geng 8 orang ni takde yang kensel. Tapak khemah dah full, jadi kenela tido kat pondok atau dalam kereta je. Trip kali ni dianggotai oleh Nuar, Mohni, Apis, Fakhzan, Fa & Liza. Tambah lagi 2 orang geng baru, Anum & Aini. Tq for joining.. Fakhzan pun last minute baru dapat join. Tak kesah la janji meramaikan & memeriahkan majlis..
D-Day
Jam 11 malam, 6 Mac 2010 geng2 FITT berkumpul kat kantin sekolah. Terkejut aku bila kereta Nora ada kat sekolah. Rupanya nak pass kamera je kat Liza. Ajak join tapi taknak. Takpe beb, lain kali.. Semua dah ada kat sekolah kecuali Mohni. Ada kerja katanya. Tunggu punya tunggu kul 1 pagi baru datang. Nak marah, otai tu.. Heheh.. Dari nak sound terus jadi gurauan jer.. Heheh.. Takde hal, janji pegi. Mula bertolak dari sekolah kul 1.30 pagi, 7 Mac 2010. Kali ni kereta aku dan Mohni jadi transport ke Johor.
Perjalanan lom start lagi tapi aku dah menguap buat
kali ke 18.. Camna nak menghadapi hari esok nih.. Huhu..
Nampak macam berseri je. Tapi keta baru gerak 5 minit,
dia la orang pertama yang gi Australia.. zzzzzz...
Marilah mari.. Tido berjemaah.. Itu la akibatnya
kalau booking last minute.. Penuh.. Kat pondok je laa..
Dalam kul 7.30 pagi pintu masuk dipenuhi dengan umat2 yang nak naik gunung. Rasanya geng2 dari Singapore nih. Orang resort kata memang ramai orang Singapore naik gunung ni sebelum diorang balik. Aku terus gi daftar nama group kat opis. Nak tau gak sape guide yang bawak kitorang. Harap2 yang ok la. Jangan yang keras2 sangat.. Heheh.. Guide tak sampai lagi. Aku gi la isi borang yang berkenaan. Agak strict jugak nak naik Gunung Ledang nih. Bayaran masuk sorang RM5. Bayaran permit naik gunung sorang RM5. Insurans sorang RM2. Guide RM140/group. Deposit sampah RM100/group. Tak kesah la, bayarkan aje.. Pastu kene isytihar lak barang2 yang dibawak naik. Berapa banyak makanan, minuman, pakaian. Even pakaian yang tengah dipakai pun kene isytihar, termasuk la yang di dalam. Nasib baik tak kene bagitau warna & saiz sekali. Heheh.. Tujuannya supaya trekkers tak buang/buat sampah kat Gunung Ledang. Tapi betul gak, kang kalu buang merata, tetiba malam dapat mimpi suruh amik balik camne? Takut wooo.. Macam aku penah dengar citer horror camni.. Loves our nature!
Tanda pintu masuk Gunung Ledang.. Bukti kedatangan
geng FITT!!
Prepare apa yang patut. Simpan semua barang2 yang
berharga.. Balut ngan plastik takut hujan..
Mari kita amik gambar kita sama2.. Check dulu mata
takut ada bendasing melekat kat celah mata. Heheh..
Aku pun sama menunggu jugak. "Cepat la weii, aku
nak pau Milo Fuze Apis nih.."
Otai FITT yang nampak cool je.. Padahal mata tu dah
berpasir je rasanya sebab tak cukup tido.. Heheh..
Isi borang isytihar barang dalam beg.. Pakaian yang
tengah pakai pun kene tulis. Nasib baik takyah bagitau
kaler dan condition pakaian tu. Hahaha..
Aku dengan penuh sabar tunggu turn nak bayar.
Agak tak stabil gak aku berdiri pasal ngantuk..
Geng2 FITT menunggu dengan penuh kesabaran..
Taklimat dari budak praktikal kat situ.. Macam kurang
konfident jer.. Al-maklumlah, budak baru belajar..
Dalam kul 8.45 pagi guide kitorang sampai. Nama dia Rudy. Kesian gak kat dia, semalam dia bawak turun geng trekkers kul 2 pagi sebab emergency. Pasal tu dia datang lewat skit. Takde hal, leh mulakan perjalanan menjejaki Puteri Gunung Ledang...
Pendakian bermula....
Jam 8.50 pagi pendakian dimulakan dengan menaiki 763 (aku rasa la) anak tangga simen. Masih ok lagi.. Heheh.. Abis je anak tangga trek terus mencanak. Aduhai, tak kasi can trek nih. Sampai checkpoint 1 - Bukit Semput. Memang sesuai dengan namanya. Aku memang semput pun. Punya banyak peluh yang keluar, badan rasa panas sangat. Mungkin sebab tak tido badan jadi panas lain macam. Rudy kata sampai puncak total 8 checkpoint. Ni baru 1st checkpoint dah semput. Time ni memang aku mengharapkan kat mental aku je la. Fizikal dah agak out dah. Ku teguk air power bar ku buat pertama kali. Heheh.. harap ada effect..
Kelihatan our guide, Rudy dalam keadaan tensen
sebab geng2 nih amik gambar tak abis2.. Jauh lagi nih..
Teruskan lagi pendakian. Sampai ke checkpoint 3 - Batu Orkid. Kali ni releks lama sikit. Rudy bagitau trek lepas ni dah takde checkpoint. Pintas terus ke puncak. Tak lalu checkpoint 4 sampai 7. Sebab kalau nak lalu jugak ambil masa yang lama. Tak sempat kalau nak buat day-trek. Tak kisah la, janji sampai puncak. Aku check diri aku, rasa macam leh teruskan lagi. Effect power bar dah sampai kot? Heheh.. Bagusla camtu. Sebelum ni kalau naik gunung mesti muntah & kaki rasa cramp. Tapi kali ni macam ok je. Alhamdulillah. Aku dah siap muntah masa kat bawah tadi, dalam toilet. Heheh..
Lepas je checkpoint 3 laluan trek makin sempit sebab lalu jalan pintas. Bukat setakat sempit, mencanak gak nak naik. Mula naik bukit yang kedua. Rudy kata total bukit ada 4 sebelum sampai puncak. Perjalanan masih jauh.. Time ni kitorang dah terbahagi kepada 3 group. Yang dengan guide memang Apis ngan Mohni. Aku berdua ngan Anum. Group last Fa, Liza, Aini & Fakhzan. Fakhzan jaga Aini yang kat belakang sekali. Kalu tak dia pun konfirm join group depan. Tapi dia pun dah penah naik Ledang sebelum ni. Dalam perjalanan bertembung ngan geng budak2 U seramai 40 orang. Ada sorang budak ni kata kat aku, "Bang, bawak beg kecik boleh la laju naik gunung." Aku jawab balik, "Dik, beg memang la kecik, tapi perut ni ha yang nak dibawaknye sekali..". Hampeh tul budak tu. Aku cam muka dia.. Heheh.. Bertembung lagi dengan geng cina tua tengah berjoging turun bukit dengan geng2 dia. Gila la, apa yang dimakannya sampai berlari turun. Guna super duper power bar kot? Nanti aku try cari kat farmasi. Heheh..
Keep struggling..
Aku tak pasti berapa kali aku berenti rehat & minum power bar aku. Jam dah pukul 1 ptg tapi tak sampai2 lagi. Trek dah agak tinggi time ni sebab aku dah nampak lumut dan pokok renek kat sekitar aku. Cuaca pun dah makin sejuk. Maybe dah nak sampai kot. Jumpa group depan. Aku nampak satu puncak gunung yang agak tinggi kat sebelah. Aku tanya Rudy apa nama gunung tu tapi Rudy diam je. Rehat dalam 10 minit. Time ni memang tak sempat nak tunggu group belakang. Rudy kata dalam 45 minit - 1 jam nak sampai puncak. Aiseh, jauh lagi rupanya. 45 minit tu masa dia. Masa aku tambah lagi 30 minit kot? Huhuhu.. Rudy kata diorang dah takkan berenti dah, naik terus ke puncak. Takut tak sempat nak turun balik sebelum gelap. Memang lepas tu aku tak jumpa diorang dah. Tinggal berdua ngan Anum jer. Yang si Anum ni lak memang senyap je dari awal, nak ajak borak pun susah. Yang kedengaran hanya suara nafas aku yang kejap kuat kejap perlahan... Mental.. Mental.. Lepas je sampai puncak bukit yang ketiga, trek menurun balik. Agak jauh kebawah jugak la menurun..
Sambil menurun tu aku terpikir, rasanya gunung yang paling tinggi kat Johor memang Gunung Ledang le. Maknanya puncak gunung yang aku nampak tadi tu puncak Gunung Ledang le. Mak aihh, tinggi dan jauh lagi tuu.. Patutla Rudy diam je bila aku tanya. Sampai kat bawah bukit jumpa anak sungai. Time ni aku ngan Anum konpius, jalan mana nak lalu. Sebab ada 2 laluan kat anak sungai ni. Aku cuba call Apis & Mohni tapi tak berjawab. Aiseh, camni tak sempat la nak sampai puncak nih. Mohni dah bagitau tadi, kalau kul 2.30 tak sampai puncak, kene turun balik. Rugi sesangat aku rasa kalau tak sampai sebab dah jauh sangat aku berjalan nih. Teringat kisah Gunung Irau dulu bila aku paksa diri aku naik bedua ngan Ustaz Setia walaupun dah lewat. Tapi kali ni Ustaz takde. Kurang adventure..
Nak dekat 10 minit gak aku tunggu kat anak sungai tu. Anum pun tak tau nak ikut jalan mana. Nasib baik ada geng trekkers tengah turun. Tau gak laluan mana nak tuju. Aku tanya guide yang bawak trekkers turun tu, dia kata ni bukit yang last. Sampai atas terus puncak. Aku taknak tanya berapa jauh lagi tapi dia bagitau gak berapa minit nak sampai. Buat kacau mental, jiwa dan raga aku jer.. Trek lepas anak sungai ni memang mencanak jugak la. Takde yang mendatar. Air power bar aku ada lagi suku je nih. Tapi aku ada bawak ekstra. Leh refill kat anak sungai tadi time balik nanti. Heheh..
Dalam setengah jam aku mendaki dengan sepenuh tenaga yang ada, akhirnya sampai kat point 1200m. Yess, lagi 76m je nak sampai puncak. Trek 76m yang terakhir paling mencanak. Sampai pihak resort letak tangga besi dan tali untuk naik. Tengah memanjat tu Mohni call aku. Dia tanya aku dah kat mana. Aku cakap tengah memanjat tangga besi. Dia tunggu aku kat puncak. Nasib baik, kalau tak memang dia nak turun dah sebab jam dah pukul 2.30 ptg. Aku dah rasa excited sangat sebab nak sampai dah. Sambil panjat borak ngan Anum walaupun nampak macam aku borak sorang2. Heheh.. Silent bar betul la si Anum nih..
Top Of The World....
Akhirnya, tepat jam 2.4o petang aku dan Anum sampai di puncak Gunung Ledang. Alhamdulillah.. Seronok tak terkata! Teknik power bar aku menjadi. Takde rasa cramp langsung kat kaki aku. Tapi lutut rasa pedih sangat. Maybe power bar tak cover tempurung lutut kot. Heheh.. Group pertama sampai jam 2.10 ptg. Lama gak diorang lepak kat puncak nih. Keadaan puncak yang lapang, hanya ada tumbuhan renek kat keliling. Memang open kene cahaya matahari. View dari puncak memang jelas, 360 darjah. Nampak pekan Tangkak, stesen komunikasi kat puncak gunung sebelah. Pemandangan agak clear walaupun ada kabus sikit2. Beirut takde, tapi ada batu penanda puncak. Bendera Malaysia pun ada terpacak kat puncak. Yang bestnya, ada buku catatan disediakan untuk para trekkers tulis nama dan kata2 hikmah kat situ. Lain dari yang lain. At least leh wat kenangan untuk generasi akan datang. Mana tau kot2 anak aku dah besar nanti minat trekking gak, leh dia check nama ayah dia dalam buku tu. Itu pun kalau buku tu wujud lagi la. Heheh.. Aku bergambar sebanyak mana yang mampu, dengan pelbagai aksi daring. Hahaha.. Tak tau nape aku seronok sangat sampai puncak Gunung Ledang nih berbanding ngan gunung lain yang aku dah daki. Maybe kerana mitos dan lagenda gunung ni yang buat aku teruja kot. Apa2 pun aku dah berjaya menambah satu lagi koleksi gunung aku.. Hidup Nuar, Hidup Power Bar! Heheh..
Kata-kata tahniah pun ada.. Siap ada
buku lagi untuk tulis sape yang dah
tawan puncak Gunung Ledang..
Stesen pemancar telekomunikasi yang ada kat
puncak gunung sebelah..
Menulis kata-kata semangat sebagai tanda sampai
di puncak.. Macam guest book. Untuk ingatan
kenangan di Gunung Ledang..
Dah agak puas bergambar, masa untuk turun balik. Lutut kanan aku dah pedih sangat nih. Tepat kul 3 ptg aku menuruni tangga besi. Sampai je kat paras 1200m tadi berjumpa dengan Fa, Liza, Aini & Fakhzan. Kaki Fa dah sakit sesangat. Kitorang tunggu decision diorang samada nak naik atau nak turun balik. Aku mula turun dulu ngan Apis, sebab nak lepak kat anak sungai tadi, refill apa yang patut. Dalam 10 minit nampak diorang turun tapi Fakhzan takde. Rupanya Fakhzan sorang je yang naik ke puncak. Yang lagi 3 orang tu tak naik. Nampak muka Fa sedih sangat. Tak pasti samada dia menahan sakit atau terkilan sebab tak naik ke puncak. Dah sikit sangat nak sampai. Takpe, yang penting semua selamat. Ada rezeki leh cuba lagi, insyaAllah. Go FITT Go!..
Berehat kat anak sungai agak lama. Sempat lagi aku melantak burger yang Liza buat. Pehh, naik gunung pun bawak bekal burger tu.. Siap ada sos ngan mayonis lagi. Tapi aku tak makan mayonis.. Tak tau nape aku tak berminat ngan mayonis. Berjaya refill power bar lagi sebotol. Bagi Fakhzan rasa, sedap katanya. Dalam kul 4.15 ptg baru kitorang mulakan balik perjalanan. Time ni rasa nak nyanyi lagu Alleycats, 'berjuta batu... jauhnyaa..'
Perjalanan balik lagi rasa macam jauh je. Lutut kanan aku makin pedih, berjangkit lak kat belah kiri. Macam sakit mata je leh jangkit2.. Memang pedih.. Nasib baik la trek yang agak mencanak disediakan tali untuk berpaut. Lega sikit. Tengok keadaan si Fa tu memang betul sakit kaki dia tu. Masa tengah naik tadi dia ada cakap nape kali ni kaki macam bergetar kuat je, tak macam naik Gunung Irau dulu. Maybe Irau tu sejuk, tak terasa sangat penatnya.
Ntah berapa kali berenti pun aku tak pasti. Tapi tengok jam makin lama makin cepat je nak sampai pukul 7. Aku dah rasa macam tak sempat nak sampai bawah sebelum gelap. Apis dah lama menghilang. Dia jalan sensorang je turun bawah. Ada agenda la tu nak sampai cepat tu. Nanti nak tanya dia. Anum pulak sakit perut. Perut kosong katanya. Tengok tu, sampai kan lapar pun taknak bercakap. Kalu bagitau Liza kan senang, sebab Liza dari awal sampai la sekarang, mengunyah tak abis2. Banyak betul stok makanan dia.
Dah pukul 5.30 ptg tapi checkpoint 3 tak jumpa lagi nih. Pelan2 kayuh. Takut rushing kang ada lak yang injured lagi teruk. Lagi parah dibuatnye. Jumpa checkpoint 3 dalam kul 6 ptg. Kira ok la dah jumpa. Nak menapak bukit semput lak pasni. Jumpa Rudy yang agak hangin sebab dah sejam dia tunggu kitorang tak sampai2.. Biasalah bro, novice + amatuer.. Kalu expert dah berlari dah nih.. Heheh.. Kul 7 mlm sampai checkpoint 2. Cuaca dah makin gelap. Semua dah standby keluarkan torchlight masing2. Aku dari tadi memang dok paling belakang. Tak berani nak toleh ke belakang time2 maghrib camni.. Huhu..
Jam 7.30 mlm jumpa checkpoint 1. Yess, sikit lagi nak sampai kat tangga batu. Time ni kaki aku dah rasa pedih yang teramat sangat. Tepat jam 8 mlm kitorang jumpa tangga batu. Pelan2 badan mengiring menuruni 763 anak tangga. Dah macam ketam je kitorang jalan. Berirama lak tu.. Sebaris je semua.. Heheh.. Jam 8.15 mlm sampai kat anak tangga yang terakhir. Alhamdulillah.. Kelegaan yang teramat sangat. Aku yang dah tak tahan sejak di puncak tadi terus meluru ke toilet. Tak berani nak buang masa kat atas, takut kene bawak turun balik. Huhu.. Jumpa Apis kat pondok. Dia kul 5.30 ptg tadi dah sampai. Rupanya nak makan nasik kat cafe. Tapi tak sempat gak, dah tutup cafe tu. Heheh.. Duduk la sensorang nak 3 jam kat pondok, sebab kunci kereta kat aku.. Takleh wat apa2..
Masing2 membersihkan dan memuhasabahkan diri masing2.. Aku rasa macam nak tido je dalam bilik mandi, sedap bila dapat mandi air sejuk.. Best.. Lapor diri kat opis, isytihar barang2 yang dibawa. Aku siap simpan semua puntung rokok aku dalam poket tu. Memang jaga kebersihan Gunung Ledang. Tapi memang aku akui, ini la gunung yang paling bersih penah aku naik. Tak nampak langsung sampah. Patutnye kalau semua gunung kat Malaysia bersih camni kan best.. Tapi apakan daya..
Bye2 Puteri Gunung Ledang
Jam 9.45 mlm kitorang meninggalkan Gunung Ledang. Singgah makan ikan bakar kat Sg. Duyung, Melaka. First time dapat makan beramai2 dengan cikgu Danau Kota kat Melaka nih.. Tu yang bestnya bila buat aktiviti macam nih. At least 3-4 bulan sekali kita berkumpul beramai-ramai, buat aktiviti yang berfaedah. Sebab kat sekolah bukannya ada masa nak borak2 camni. Selesai melantak mana yang mampu, jam 12 tgh mlm kitorang berangkat pulang ke sekolah. Dalam perjalanan co-pilot aku takleh pakai, masuk tol terus tido. Aku pun dah memang tak terdaya dah tapi, demi keselamatan penumpang ku gagahi jua.. Heheh.. Penat giler2 punyer..
Sampai sekolah tepat jam 2.45 pagi. Dah tak terdaya nak borak2, aku sempat ucap terima kasih je kat geng2 xpdc kali ni. Tu pasal la aku dah ucap awal2 masa tgh makan ikan bakar tadi. Memang dah jangka tak larat nak bercakap bila sampai sekolah.. Ucap selamat dan aku balik rumah, basuh kaki, terus mimpi pegi Australia.. Pagi ni patut kene bangun gi keje.. Keje ke aku? Hmmm...
Refleksi
Alhamdulillah, segala perjalanan xpdc kali ni takde apa2 yang buruk berlaku. Trip kali ni memang mencabar mental aku. Apa yang aku belajar kali ni adalah tentang tidur. Tidur memang kene cukup sebelum nak mendaki. Inikan pulak kalau tak tidur. Memang aku gamble hati kering je pegi naik Gunung Ledang kali ni. Cuma mengharapkan power yang ada kat power bar aku ditambah dengan mental yang kuat. Tq very much power bar. InsyaAllah aku akan bawak lagi kau sebagai bekal aku.. Heheh.. Kepada yang join trip kali ni, tq verry verry much guys. FITT bertambah lagi dua ahli.. Harap2 lepas ni bertambah la lagi.. Next trip? Gunung Arong? Pulau Perhentian? Hawaii? Mana2 je, asalkan duit ada, diri cintakan alam ada, semua tempat leh kita pegi, insyaAllah.. Xpdc menjejaki Puteri Gunung Ledang kali ni hanya berjumpa dengan puncaknya, namun puterinya hanya Puteri Danau Kota.. Salam...