TARIKH: 25 - 26 September 2010
LOKASI KEJADIAN: Gua Kandu, Gopeng, Perak
Info Gua Kandu
Gua Kandu ni dah lama wujud. Cuma tak berapa famous & tak komersial kalau nak dibandingkan dengan jirannya, Gua Tempurung. Masih banyak lagi kesan sejarah yang terkandung dalam gua ni. Dikatakan gua ni menjadi tempat komunis Malaya berkumpul dan merancang strategi mereka. Asal nama gua ni adalah daripada seorang budak asli tempatan yang bernama Kandu. Dikisahkan budak ni merajuk sebab kene marah dengan ibu bapanya lalu lari dari rumah dan bersembunyi di dalam gua ni. Sampai sekarang budak tu tak dijumpai. Sebab tu dinamakan gua ni Gua Kandu. Lokasi untuk ke gua ni amat mudah, cuma simpang masuknya saja yang agak kecik, boleh terlepas kalau tak perasan. Dari highway PLUS, keluar ke tol Gopeng. Lepas tol ada traffic light, masuk kiri. Dalam 500 meter je ada simpang kecil yang hampir tak perasan sebab dihalang oleh batang pokok kelapa. Signboard pun kecik. Dari simpang tu jalan terus, lalu jejantas atas highway dan terus nampak kawasan resort Gua Kandu. Kebanyakkannya orang di area negeri Perak je yang tau tempat ni. Tapi bila resort ni dah dibangunkan, insyaAllah satu Malaysia akan tau kewujudan Gua Kandu ni.. Antara aktiviti yang boleh dilakukan kat sini ialah caving, trekking, abseiling, rock climbing, flying fox & fishing. Nak buat khemah motivasi untuk pelajar pun sesuai. Laluan untuk explore gua ni pelbagai. Nak masuk ikut hutan boleh, nak masuk dengan cara menyelam ikut aliran sungai bawah gua pun boleh.. Menyelam? Aku surrender.. Huhu.. Di hujung kampung ni ada tempat untuk layan water rafting. Itu cerita lain kali kalau geng2 FITT berminat..
Set Induksi
Salam FITT untuk semua. Trip 2 in 1 FITT, kenduri & caving. Tarikh yang sama berkunjung ke majlis perkahwinan Liza, disusuli dengan aktiviti FITT yang seterusnya. Cadangan aktiviti ni diusulkan oleh Azlie, yang mana dia dah penah ke gua nih. Agak santai dan adventure katanya. Aku sebagai presiden FITT takde masalah nak join sama. So, perkara ni pun dibawa la ke pengetahuan rakan2 FITT yang lain. Reaksi dari geng2 FITT yang lain malas aku nak citer, sebab memang sama je jawapannya. Last2 cuma 6 orang je yang dapat join. Maybe terlalu banyak open house & kenduri yang terpaksa dihadiri. Termasuklah otai FITT kita, Mohni yang juga mengadakan rumah terbuka pada hari Ahad. Ini la kali pertama dia tak dapat join aktiviti FITT. Geng2 FITT yang join trip kali ni:
GUA KANDU
NUAR
AZLIE
ITA
FA
NORA
NAJWA
AZLIE
ITA
FA
NORA
NAJWA
Aku yang memang dah setkan dalam personal calendar aku untuk join trip kenduri & caving ni, terpaksalah batalkan semua jemputan2 yang lain. Bagi aku, benda dah set lama. Takkan nak batal last2 minit atas alasan yang tak munasabah. Kalau masalah ahli family sakit tu boleh la excuse, tapi janganla kalau malas tapi bagi alasan sakit. Kang sakit betul2 kang baru tau.. Macam Liza tu memangla la. Dah dia kahwin, takkan la nak join pulak.. Heheh.. Cadangan aktiviti bermula selepas majlis kenduri kahwin Liza. Sebab on the way je nak balik KL. Kebetulan pintu masuk ke Gua Kandu ni memang sebelah highway PLUS je. Jadi, tak payah la nak meredah jalan kampung yang jauh untuk sampai destinasi.
On your mark, get set, go....
Permulaan ke destinasi dari rumah Liza di Kamunting. Setelah selesai bergambar dan mengisi perut masing2, aku bergerak dulu ke Ipoh untuk menghantar wife & anak2 ke rumah mentua. Azlie dan Ita satu kereta. Nora, Fa & ahli FITT terbaru, Najwa naik kereta Nora. Jam 3.30 petang mulakan perjalanan. Dalam perjalanan hujan turun dengan lebatnya. Harap2 kat Gopeng nanti janganla lebat macam nih. Bukan sebab takleh nak jalankan aktiviti. Cuma menyukarkan aje.. Sampai di Ipoh jam 4.30 petang. Selepas asar, aku bergerak ke Gopeng menunggu geng2 yang lain.
Tepat jam 5.20 petang, diorang sampai. Dari tol Gopeng ke pintu masuk Gua Kandu hanya mengambil masa kurang 10 minit. Dekat sesangat. Jam 5.30 petang kitorang sampai ke destinasi. Keadaan persekitaran Gua Kandu agak bersih, dengan kerja2 menaik taraf kawasan tersebut. Pemilik tanah bagi kawasan Gua Kandu ni adalah En. Marzuki. Memang kawasan ni baru nak naik. Dalam bulan November ni insyaAllah siap resort Gua Kandu ni yang mana ada chalet, dorm, surau, kantin & macam2 facilities yang lain. Aku sampai2 je teruja dengan adanya sungai kat tepi resort ni, mengalir dari dalam gua. Azlie dah bagitau siap2 bawak pancing. Best2..
Pintu masuk ke Gua Kandu.. Cuaca agak baik..
Sedikit info pasal aktiviti kat Gua Kandu.. Banyak gak
benda yang leh buat kat sini..
Signboard yang jelas nampak dari PLUS highway.
Tapi kadang2 terlepas pandang gak..
Masa untuk explorasi
Setelah mendapat persetujuan ahli, maka kitorang pun bersiap2 untuk mulakan eksplorasi. Dalam jam 6.15 petang, langkah bermula. Brader Hamid yang jadi guide kitorang ni agak sempoi orangnya. Bolehlah nak dibawak berborak. At least tak la terasa tension dengan karenah & kelembapan kitorang nih.. Biasa la, aktiviti bergambar adalah kemestian. Laluan trek yang aku & Azlie lalu tadi, diulangi balik. Trek agak licin sebab hujan di tengahari. Ada tali disediakan untuk berpaut daripada jatuh berguling2.. Dalam 15 minit je perjalanan melalui trek hutan untuk sampai ke pintu masuk gua.
Sesi berbincang untuk set time nak masuk gua.. Bila
nak masuk gua? "Gua tak kisah beb.." Heheh..
6 jahanam.. Oopss sori.. Hanya 6 orang je yang
available untuk trip kali nih.. Huhu..
Sesi menuruni bukit untuk sampai ke pintu masuk gua.
Licin tu, berhati2 ye kengkawan. Jatuh bangun sendiri..
Dalam Gua Kandu ni ada macam2 lagi gua yang lain. Cuma kitorang takkan sempat kalau nak masuk ke semua gua yang ada. Antaranya Gua Intan & Gua Emas yang mana kalau nak pegi memang tengah malam baru keluar. Lagipun equipment tambahan seperti tali tak bawak. Takde masalah, yang penting beberapa port yang utama dalam gua tu dapat dilalui. Ada satu batu yang terbentuk menyerupai orang yang sedang solat, batu berbentuk harimau yang kononnya menjaga kawasan gua tersebut dan batu yang menyerupai telur gergasi. Kitorang lalu gak kawasan yang mana dikatakan tempat pihak komunis mengadakan mesyuarat. Lambang bintang tiga pun masih jelas lagi kelihatan kat dinding gua.
Ada beberapa kawasan dalam gua ni terpaksa menggunakan tali, menambahkan lagi adventure. Di akhir eksplorasi akan terjumpa kawasan kolam air tujuh tingkat yang terbentuk ketika musim hujan. Ada satu benda yang betul2 menarik perhatian aku, bila ternampak tali untuk aktiviti flying fox. Memang teruja. Flying fox dalam gua sampai ke pintu gua. Lepas tu kene abseiling, next flying fox lagi sekali sampai ke kawasan resort. Memang best kalau dapat mencuba. Malangnya aktiviti tu dapat dilakukan waktu siang & kene inform awal2 dengan pihak resort. Takpe, lagi sekali aku datang memang aku nak layan flying fox nih, insyaAllah..
Pintu masuk Gua Kandu. Memang luas & bersih. Cuma
nak camping kat sini kene pikir 18 kali.. Toilet...
Intro masuk gua.. Sediakan lampu sebelum gelap ye..
Lambang bintang 3 yang dah lama terukir kat
dinding tu.. Sejarah silam..
Gua makin lama makin kecik.. Kawan2, jaga
kepala masing2..
Port meeting komunis.. Kelihatan askar bantuan
sedang bertanya soalan kepada mandor gua.. Heheh..
Azlie ngan gaya terjun tiruk.. Jadi apa2, aku yang
tak pandai berenang ni hanya mampu melihat je..
Agak curam laluan nih. Kene slow2
guna tali sebab berdebu..
Ahla mengucapkan tahniah sebab Nora berjaya
naik ke pentas..
Formasi batu berbentuk telur gergasi. Ada akar yang
hidup melingkar. Dari mana datangnya?
Batu berbentuk manusia sedang solat.. Hebat ciptaan
Tuhan.. Kalu aku sorang2 kat sini... Pengsan..
Dikatakan batu berbentuk kepala harimau yang menjaga
gua ni. Kalu aku sorang2 kat sini.. Pengsan kali ke-2..
Bergambar kenangan bersama batu tadi.. Kalu aku
sorang2 takkan bergambarnye.. Sebab pengsan..
Sempat lagi posing time turun.. Yang kat bawah tu
tengah kontrol ensem.. Hahaha..
Tengah konpius kaki nak pijak mana.. Lompat je
terus.. Heheh..
Renungan sampai nak terkuar mata..
Perut pun dah mula lapar. Nak masak takut lambat lak siap. Lepas semua bersihkan diri masing2, start kereta terus gi makan kat kedai. Layan lagi 2 jam kat kedai makan.. Makan & bergosip liar.. Aku dah terpikir nak memancing dah ni. Macam ada peluang je. Dah selesai makan, balik semula ke resort. Geng perempuan mula memasang khemah masing2. Aku & Azlie tak pakai khemah pun. Tido camtu je kat pentas dewan. Itu pun kalau tido. 2 set pancing dah dikeluarkan untuk memulakan aktiviti. Jam dah pukul 2.00 pagi. Dengan umpan cacing yang aku sempat beli kat Simpang Pulai digunakan. Setengah jam pertama mencuba pelbagai lokasi takde yang menyambar. Kalau ada pun anak2nya sahaja. Aku dah set 2.30 pagi xde hasil, terus masuk tido. Memang macam tau2 je tak bagi tido, umpan mengena. Naik sekor ikan baung saiz sedap2 makan. Apa lagi, teruskan aktiviti.
Punyala teruja sampai jam dah pukul 6.00 pagi. Hasilnya, ikan majmuk. Macam2 spesis ada. Baung, talapia merah, belida, tengas & ikan yang taktau spesis apa. Cuma keli ngan jelawat je tak dapat. Tak layan cacing kot. Lebih 10 ekor gak la dapat bawak naik. Sok nak susun & amik gambar.. Tido... zzzzzz....
Selamat Pagi Malaysia....
Bangun kul 9.30 pagi. Sebab terbau ikan goreng. Aiseh, diorang dah goreng dah. Tak sempat aku nak amik gambar. Xpe la, gambar ikan goreng pun ok gak. Heheh.. Menu breakfast pagi tu nasi goreng ngan ikan majmuk goreng, minum air kopi kapal api kaww punye.. Layaannn.. Tak sedar lak Najwa nih memang guru masak untuk PPKI. Harap aktiviti2 FITT lepas ni dia dapatla join, dah ada chef dalam FITT. Hihi..
Dah selesai makan, kemas semua barang, kul 12.00 t/hari kitorang menunggu En. Marzuki untuk setelkan apa yang patut. Kuat borak gak En. Marzuki nih. Biasa la, promote resort dia yang dalam proses nak membangun nih. Bagus gak tu. Bayaran yang dikenakan kat kitorang cuma RM80.00 je. Kira sorang bayar RM15.00 je. Harga promosi, katanya.. Memang murah sesangat, dengan aktiviti caving & fishing nye.. Sempat lagi dia ajak meninjau area resort. Kita pun layan je, teruja tengok belambak ikan dalam kolam yang dia bela. Kalau la pasang jala ni, meriah.. Heheh..
Tangga untuk flying fox belah luar gua.. Bersambung
ngan flying fox dari dalam gua.. Adventure giler!!..
Setelah bergambar kenangan dengan En. Marzuki & isterinya, jam 1.00 petang kitorang berangkat pulang. Aku je yang kene ke Ipoh amik family aku. Yang lain singgah ke rumah terbuka Mohni kat Sungai Buluh. Aku yang tertidur kat rumah mentua, lepas maghrib baru bertolak balik ke KL. Tak sempat nak ke rumah Mohni. Sama ada aku tak tau @ tak ingat.. Sampai KL kul 10.00 malam.. Rehat sebab esok sekolah.. Berakhirnya satu lagi aktiviti FITT yang santai & best. (Tambah best sebab dapat memancing.. Heheh)..
Refleksi
Alhamdulillah, akhirnya geng2 FITT berjaya meneroka Gua Kandu yang sebelum ni tak pernah dengar kewujudannya. Best jugak bila melihatkan banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan kat sini. Siap ada flying fox dalam gua tu.. Hebat sungguh.. Owner resort, En. Marzuki memang baik orangnya.. Dah la baik, lawak lak tu (mengikut pandangan Ita.. Heheh.. Gelak tak boleh tahannye..). Aktiviti kali ni memang menambahkan lagi pengalaman geng2 FITT dalam meneroka dunia ciptaan Tuhan. Banyak info menarik yang boleh diperoleh dari aktiviti ni. InsyaAllah kalau ada umur yang panjang, dapat la lagi kitorang datang ke Gua Kandu. Kali ni maybe bawak pelajar pulak.. Next activity? Rakan2 sekalian cadangkan aje. Bila aku berkesempatan, aku akan arrangekan semua. Harap semua berpuas hati.. Loves nature.. Salam FITT untuk semua..