Monday, August 23, 2010
Majlis Berbuka Puasa FITT 1st edition!!..
Setelah mendapat beberapa restoran dan hotel (yang ada sijil halal JAKIM) yang telah di'shortlist'kan dan setelah mencapai kata persetujuan, maka jamuan berbuka puasa FITT tahun ni adalah seperti berikut:
TARIKH : 27 Ogos 2010
HARI : JUMAAT
LOKASI : Rstoran Kunang-Kunang, MRR2
MASA : Waktu berbuka le..
KOD PAKAIAN : Tak menjolok mata (bulan pose wehh..)
PENGLIBATAN: Ahli2 FITT yang berdaftar sahaja (yang penah join trip)
Rasanya menu yang dihidangkan restoran ni sama kot macam2 ramadhan yang lepas2.. Ada kambing bakar tuu.. Kene berebut nih.. Heheh.. Lambat dapat tulang je laa.. Bayaran sebanyak RM47++ boleh la dibayar kat Nora. Mahal? Setahun sekali, apa salahnya untuk rakan2 FITT.. Tapi macam biasa, tiada paksaan dalam FITT. Kalau rasa mahal, tak dapat join pun takpe.. Lain kali leh join, insyaAllah.. Antara benda yang nak diborakkan masa berbuka nanti dah tentu la aktiviti FITT selepas raya.. Rasanya banyak tempat2 yang menarik yang nak dicadangkan.. Cuma ambil kata sepakat mana yang best dan berbaloi..
Harap2 ramai la yang datang jamuan nih.. InsyaAllah.. Salam FITT untuk semua..
Tuesday, August 10, 2010
Kisah orang hilang..
- Allah maha besar dan maha berkuasa dari segi logik tak mampu nak jelaskan.
- Orang Hilang dijumpai di dalam masjid lengkap berpakaian bersih cuma sedikit koyak dibaju.
- Ditangan mangsa ada sapu tangan putih serta tasbih di dalamnya.
- Katanya ada seorang tua berjubah putih suruh memegang dgn nasihat 'insyaAllah selamat'
- Orang Hilang juga mungkin dlm keadaan trauma sehingga sukar mengingat namanya sendiri.
- Semoga kejadian ini dapat semua warga gunung mengambil ikhtibar supaya sentiasa berwaspada dan tidak lupa diri semasa beraktiviti.
- Syabas dan tahniah kepada semua pihak yg terlibat.
- Jutaan terima kasih kepada Delta team semua, semangat dan pengorbanan dan juga kebersatuan kita semua moga dapat balasan dari yg Kuasa.
- Sekian, bagi pihak pengurusan GO sekali lagi
Cerita mamat ni dah selesai, cerita pelajar kat Gunung Tahan pun dah selesai. Macamana pulak cerita mamat yang terlupa bawak spek mata masa mendaki Gunung Yong Yap dulu? Rasanya masih tak berjumpa. Operasi mencari dan menyelamat pun dah lama berhenti. Oleh tu, semasa mendaki seelok-eloknya biarlah berteman. Memang dalam satu kumpulan ada yang laju dan ada yang perlahan. Bukannya yang perlahan selalu hilang. Kadang2 yang di tengah kumpulan pun boleh tersasar haluan. Jalan yang paling baik biarlah berteman. Baik di depan, di tengah mahupun di belakang. Biar perlahan asal selamat sampai tempat yang dituju, menakluki puncak gunung yang diidamkan.. Sekian.. Salam FITT untuk semua..
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak
Salam FITT.. Disini aku nak ambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak pada semua geng2 FITT dan umat Islam seluruh dunia.. Diharap bulan yang mulia ni dapat la kita semua muhasabahkan diri kita dan beramal sentiasa.. Aktiviti FITT terpaksa direhatkan time bulan pose nih.. Ada cadangan daripada aku, teringin nak buat majlis buka puasa sesama ahli FITT. Amacam? Tahun2 sebelum ni tak pernah pun terpikir nak buat majlis buka puasa sesama kita. Adalah baiknya kalau dapat dijalankan tahun ni. Tempat boleh di'arrange'kan. Kalau ada sesapa yang boleh cadangkan tempat yang sesuai bolehlah dibincangkan.. Mengenai T-shirt FITT, sedang aku usahakan. Diharap dapatla kita pakai time buka puasa nanti atau semasa aktiviti dijalankan lepas raya, insyaAllah.. Puasa jangan ngelat ye...
Pakcik Harun jumpa gunung weh....
TARIKH: 28 - 29 MEI 2010
LOKASI: GUNUNG ARONG, MERSING
Info Gunung Arong
Gunung Arong terletak di kawasan Tanjung Resang, daerah Mersing. Jika nak dibandingkan dengan gunung2 yang pernah aku daki sebelum nih, takde lah tinggi sangat puncaknya. Dalam 274 meter je tingginya. Cuma pemandangan jelah yang menarik. Sebab boleh nampak struktur tanjung yang amat cantik. Di puncak gunung terdapat beirut yang masih kukuh berdiri. Takde cacat celanya. Dari jalan besar Endau ke Mersing, ada signboard ke kiri menuju ke Tanjung Resang. Keadaan pantai yang teramatlah bersihnya menambah kecantikan kawasan sekitarnya. Perjalanan dari kaki gunung ke puncak hanya mengambil masa lebih kurang sejam je. Dari kaki gunung jarak perjalanan ke puncak sejauh 1.089 km. Dari puncak, pendaki boleh turun melalui jalan kuala sungai sejauh 2.3 km. Laluan yang luas dan santai sepanjang perjalanan. Cuma perjalanan turun terpaksa melalui laluan berbatu, seperti di Bukit Tabur. Tapi Bukit Tabur lagi ganas struktur batu dia. Melalui kuala sungai, pendaki akan menyusuri laluan tepi pantai hingga ke kawasan perkelahan. Tengok pada tajuk artikel ni, nape lak nama pakcik Harun yang ditulis. Apa lak kene mengena si Harun dalam ini cerita? Sebenarnya sejarah gunung ni datangnya dari seorang lelaki yang bernama Harun, dari Terengganu. Dia la yang menjumpai puncak gunung ni. Dah nama orang Terengganu, panggil pun Arong je la. Lekat la nama Gunung Arong. Dari info yang diberi oleh orang kampung, memang kawasan Tanjung Resang nih dibuka oleh orang Terengganu. Majoriti penduduknya masih lagi orang Terengganu. Nama resang datangnya dari pokok resam yang banyak tumbuh melata kat kawasan tanjung nih.
Set Induksi
Assalamualaikum dan salam FITT untuk geng2 yang setia termasuk Ustaz Setia. Trip dah lama dah cuma aku je yang lembab nak buat laporan. Biasalah, keje cikgu ni bila dah masuk tengah tahun memang bertambah especially yang mengajar form 5. Nak kejar syllabus dan buat gerak gempur dan macam-macam gerakan lagi yang sewaktu dengannya. Team lawan pun takut kalau dah kene gempur se’dasat’ macam nih.
Lepas balik dari trip Gunung Ledang bulan Mac lepas, aku mula la merancang nak pegi mana untuk trip yang seterusnya. Bila pikirkan cerita Ledang aritu, agak sedih gak la bila ada geng2 FITT yang tak berjaya menawan puncak. Banyak faktor yang mempengaruhi kegagalan nak sampai ke puncak. Dengan guide yang datang lambatnya, dengan barang2 yang kene declare semuanya. Dan faktor yang utama sekali adalah tak cukup tido. Penat giler.. 3 hari 3 malam jalan macam ketam. Heheh. Sampai sekarang ni lutut aku injured tak baik2 lagi. Huhuhu.. Jadi untuk trip yang seterusnya nih aku pun rancang nak pegi naik gunung yang santai2 gitu. Dapat rehat, lutut pun takyah keje keras sangat. Surf dalam internet mencari info gunung yang santai. Akhirnya berjumpa kat satu blog nih, cerita pasal Gunung Arong. Tengok pada gambar, memang nampak santai dan indah je. Jadi, tanpa membuang masa aku pun pukul canang keliling sekolah, mengajak rakan2 FITT yang berminat nak join trip nih. Kumpul ahli, dapat laa dalam 11 orang yang berminat. Still tak dapat beat bilangan trip ke Gunung Irau tahun lepas, 13 orang. Takpe, kira dah cukup ramai dah tuu.. Trip kali ni disertai oleh aku, Mohni, Apis, Ustaz, Fa, Liza, Nora, Aini, Anum dan 2 orang ahli baru FITT, Linda dan husband Anuar. Nasib baik aku yang buat blog nih, kalu tak camna nak bezakan 2 Anuar nih. Terpaksa la sorang guna tag ‘Anuar laki Linda’ sorang lagi ‘Anuar yang baik2 belaka’.. Heheh.. Saje je bagi contoh.. Yang lain tak dapat nak joinkan diri sebab hal2 yang tak dapat nak dielakkan.
Tarikh dah set, time cuti Wesak yang jatuh hari Jumaat leh gerak ke Mersing. Memang perlukan cuti hari Jumaat sebab memandangkan perjalanan yang amat jauh dan memenatkan. Barang2 makan macam biasa, aku yang belikan. Tak kisah, alang2 membeli barang untuk kedai aku, apalah salahnya beli sekali. Tapi kalau ada yang kurang puas hati barang makan yang aku beli sebelum nih, aku mintak mahap banyak2. Faham2 jelah bila orang lelaki membeli. Tak pandai nak membelek, angkat & bayar terus. Bayaran yang dikenakan kali ni RM80 sorang. Cukup untuk ration, campsite, guide, tol & petrol. Trip kali ni guna kereta aku, Fa & Nora. Sementara aku tak beli kereta baru lagi nih leh la gasak gi mana2. Dah tukar yang ganas sikit nanti terpaksala aku jadi penumpang je.. Heheh.. Aku sayang FITT lebih dari sayang kereta aku tau.. Tapi kereta yang sekarang ni le. Heheh.. Setelah berbincang sape nak naik kereta sape, akhirnya bermulalah trip yang seterusnya oleh geng2 FITT..
Day 1 (28 Mei 2010)
Pagi2 lagi sesudah subuh aku dah ready. Memang kene gerak awal sebab perjalanan ke Mersing memang jauh. Semua berkumpul kat sekolah. Aku & Apis jemput Mohni kat rumah dia. Yang lain aku suruh tunggu kat RnR Seremban. Tepat jam 7.45 pagi kitorang memulakan perjalanan. Masalah pertama timbul. Lock pintu kereta aku rosak la pulak. Kereta takleh nak kunci. On the way sampai Serdang jumpa kedai kereta baru bukak. Repair terus. Memang selalu jadi kat kereta season aku nih. Tapi cina kedai tu leh mintak upah RM15!!.. Padahal cuma ikat je. Hampeh tul.. Nak wat camna, dah tu je kedai yang bukak tepi jalan besar. Sumpah aku takkan datang lagi kedai tu..
Sambung perjalanan, kul 8.20 pagi sampai RnR Seremban. Jumpa geng2 yang lain dah siap makan dah. Punyalah ramai umat kat situ. Cuti Jumaat, amik peluang berjalan la. Tak jadi nak makan, takut lambat. Masalah kedua, kasut trekking Ustaz tertinggal. Terpaksa la singgah cari kedai apek tepi jalan. Dari RnR Seremban, kitorang keluar tol Senawang. Ikut jalan dalam pulak. Ikut Bukit Putus, Kuala Pilah, masuk Jempol, lalu jalan Palong terus ke Muadzam Shah. Sampai Muadzam Shah masalah ketiga lak timbul. Aku rasa aku nampak kereta Fa kat belakang aku. Takde lah jauh sangat jaraknya. Tapi bila masuk je simpang kanan, terus tak nampak dah. Hilang la pulak. Apa la citer best yang Ustaz ayat ngan Fa nih sampai tak sedar kereta aku masuk simpang. Ayat ajaib kot.. Heheh. Tunggu kat kedai makan tepi padang pekan Muadzam Shah. Harap2 Fa patah balik atau ronda2 kat pekan yang tak sebesar mana nih, dapatla jumpa balik. Last2 kereta Nora yang sampai dulu. Konfirm missing in action. Bila cuba call, line takde la pulak. Mohni yang begitu prihatin terhadap drivernya (bukan co-driver tau, heheh) ajak aku gi cari kat hujung pekan. Aku yang prihatin sama pun gi cari. Heheh.. Pun tak jumpa. Last2 dapat call, diorang pun tak tau katne. Aku mintak diorang tunggu kat mana2 kampung tepi jalan. Zohor dah nak masuk. Solat Jumaat dulu kat masjid pekan Muadzam Shah. Dalam kul 2.15 petang sambung balik perjalanan mencari geng2 yang terlajak tadi. Dalam 45 minit perjalanan baru jumpa diorang kat area Kampung Bangkong. Jauh gak terlajak. Ustaz kata dalam 15 minit je terlajak. Nampak sangat kuat berborak dalam kereta nih sampai tak sedar dah jauh terlajak. Heheh.
Semua bersatu semula. Teringat kasut Ustaz tak cari lagi. Berhenti kat pekan Kuala Rompin. Dapat jugak Ustaz cari kasut dia. Beli apa yang patut. Sebelum sambung perjalanan, lepak minum dulu. Jam dah menunjukkan pukul 4.00 petang tapi destinasi yang dituju tak sampai2 lagi. Memang santai betul.
Lepak minum jap. Sepatutnya Ustaz kene belanja, sebab
kita berhenti kerana nak cari kasut dia.. Heheh..
Liza Nampak cool je minum air kelapa tu walaupun isinya keras..
Isi yang keras kerana tuan yang meminumnya.. Heheh..
Sambung lagi perjalanan. Akhirnya jam 5.00 petang kitorang sampai jugak di Tanjung Resang, Mersing. Mencari campsite yang telah ku booking minggu lepas. Campsite kitorang dalam tapak chalet Sari Jentayu, betul2 kat tepi pantai. Owner dia Puan Sari. Terlalu ramah orangnya. Borak2 kejap pastu terus pasang khemah masing2. Nasib baik sepanjang perjalanan dari KL cerah, takde unsur2 nak hujan. Dah siap pasang khemah masing2, time untuk ronda2 melawat kawasan. Memang cantik kawasan pantai kat sini. Trip kali ni kitorang bawak joran masing2. Apa lagi, dengan pantas mencuba nasib kat kawasan pantai. Time ni la masanya untuk yang tak pernah memancing belajar sesuatu. Ilmu tu. Jangan disia-siakan tau..
Entah apa yang Aini cakap sampaikan Fa rasa macam nak bagi
penampar je.. Nora macam dah kene je, kesat air mata.. Heheh..
Ini bukan timun Jepun, tapi timun Liza.. Kalau dia join
trip mesti ada benda nih.. Takde tak jadi trip.. Macam kicap jalen lak..
Menunggu masa nak sampai waktu Maghrib..
Model Sari Jentayu Chalet.. Silalah Amik no. fon ni kalau
nak camping santai gitu.. No. model? Tanya tuan dia sendiri..
Bila dah nak masuk waktu Maghrib, memancing takde hasil, tapak Sulaiman dah letih di’ragging’, kitorang balik ke campsite, bersihkan diri, solat dan bersiap untuk aktiviti malam, barbeque ayam & kambing. Ditambah dengan timun jepun peneutral makanan kegemaran Liza. Heheh.. Time makan malam la peluang nak berborak sesama ahli. Time ni la leh dengar suara Anum yang ‘mahal’ tu.. Heheh.. itu pun sepoi2 bahasa je bunyinye.. Pendiam sesangat.. Beza sangat ngan karektar aku.. Sori Anum, aku memang takleh tengok orang yang senyap gitu, mesti nak suruh dia bercakap gak.. Tak suka tak apa.. Kau dipaksa, aku terpaksa (bintang gemilang...)
Ntah apa yang nak dilakukan oleh Anuar dengan pinggan
kertas tu. Linda & Fa memerhati dengan penuh debaran..
Malam tu hujan turun kejap. Hujan tumpang lalu katanya. Aku, Apis & Ustaz gi sambung mancing kat jambatan. Mohni tak ikut. Ntah apa yang nak dibuatnya kat campsite tuh.. Heheh.. Cari port yang baeekk punyee.. Jalan punya jalan sampai la ke jeti hujung kampung. Ramai gak makhluk tengah memancing kat atas jeti. Tapi tak nampak sorang pun naikkan hasil. Terlalu ramai, aku cari port yang lain lak. Berhenti kat satu jambatan. Ada la dalam 4 orang tengah memancing. Parking kereta, bukak boot, pasang joran.. Aktiviti dimulakan.. Umpan pumpun yang dibawa khas dari Kepong Tackles digunakan.. Baru 10 minit, Ustaz yang menyangka talinya tersangkut rupanya disambar ikan tetanda sebesar 4 jari tapak tangan. Ustaz yang merendah diri mengatakan yang ikan tu tak sengaja tengah menguap tersangkut mata kail.. Haha.. Ustaz memang kelakar dari dulu.. 2 jam tunggu kat situ, dan itu la satu2nya hasil yang dapat. Suluh lampu kat sungai, rupanya air makin menyurut.. Cetek benar.. Balik ke campsite dengan penuh kehampaan. Sampai terus tido, tak basuh kaki pun.. Tangan berperisa pumpun pun dibawa tidur sekali.. Heheh.. Esok nak mula mendaki.. Santai... zzzz....
Day 2 (29 Mei 2010)
Pemandangan pantai di waktu pagi amat cantik sekali. Cuma kamera Olympus putih aku yang cute tu (Fa kata) tak mampu nak amik shot yang perfect. Ada jugak aku simpan duit ni kang beli kamera dslr. Minat sungguh amik gambar skang nih. Breakfast pagi tu Mohni yang sediakan. Makanan semalam yang lebih ditambah dengan roti, telur dan sardin menjadi santapan kitorang. Sedap makan pagi2 ni kalau time bercamping. Kul 8.30 pagi masing2 dah bersiap-siap dengan gear masing2. Tunggu guide yang dikatanya sampai jam 9.00 pagi. Ambil gambar beramai-ramai sebelum pendakian bermula. Sebelum bergerak dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz. Tu yang bagus kalau Ustaz ada tu. Terasa selamat perjalanan. Teringat kisah dulu. Irau oh Irau.. Huhu.. Tepat jam 9.15 pagi, dengan diketuai oleh guide, kitorang memulakan perjalanan. Perjalanan menyusuri jalan kampung dan kebun2 persendirian sebelum sampai ke kaki gunung.
Penat aku.. Sekejap kat depan, sekejap kat belakang..
Demi mengambil gambar geng2 FITT yang best gitu..
Jam 9.30 pagi kitorang sampai kat kaki gunung. Ada kawasan camping kat situ tapi macam tak terurus. Ada punca air disitu. Toilet pun ada tapi takde pintu.. Rehat dalam 5 minit sebelum memulakan pendakian. Terdapat papan tanda menunjukkan jarak perjalanan, dan kawasan hutan simpan. Kawasan trek yang luas agak memudahkan pendakian. Sekejap menaik, sekejap mendatar. Tentang penat, aku tak kisah sangat tapi lutut aku yang sakit dari Ledang dulu yang aku risaukan. Kalau penat, boleh berehat, tapi kalau lutut dah problem? Mana nak cari sparepart weh? Berhati2 ketika mendaki. Walaupun agak mudah, tapi macam2 boleh berlaku dalam hutan nih. Even kat toilet tadi pun leh jadi kemalangan kalau tak berhati2.. Yang penting jangan takbur dan cakap besar. Itu la ayat yang aku simpan dalam hati bila masuk hutan nih.. Ilmu takde lah hebat mana pun, jadi beringat2lah..
Selamat datang ke puncak Gunung Arong
Dua kali kitorang berenti berehat melepaskan penat masing2. Sambil2 tu amik la beberapa keping gambar buat kenangan.. Jalan punya jalan akhirnya sampai jugak puncak lebih kurang jam 11.00 pagi. Kat atas puncak ditandakan dengan beirut yang berdiri kukuh. Ada gak banner yang tergantung mengalu-alukan kedatangan kitorang. Kerusi2 kayu pun dibina untuk memudahkan pendaki berehat sambil menikmati panorama indah di atas puncak. Kira dah komersil jugak gunung nih. Kitorang berehat sanmbil bergambar dengan pose masing2. Memang cun la pemandangan Tanjung Resang dari puncak. Memang seperti dalam gambar yang aku tengok kat internet. Sekali lagi kamera Olympus putih aku yang cute tu (Fa kata lagi, heheh) tak dapat nak amik gambar yang perfect. Tak kisah la, janji aku dapat tengok sendiri pemandangan tanjung dengan mata kepala aku sendiri.
Dah agak lama berehat kat atas puncak, dan setelah berpuluh shot dah amik, jam 11.30 pagi kitorang mula turun mengikut trek kuala sungai. Agak panjang trek nak turun berbanding masa naik tadi. Trek tak berapa cerun, cuma ada part2 yang kene susur perlahan melalui batu2 besar. Ada satu port kat celah2 batu ni dimana angin kuat melaluinya.. Best melepak.. Sambil turun tu banyak kali gak berhenti sebab nak mengambil gambar. Yang berpelukan pun ada.. Peluk batang pokok je.. Heheh.. Dah agak sejam menuruni trek, akhirnya kitorang sampai kat kawasan pantai. Kali ni berehat agak lama sikit. Ada yang makan tak berhenti, ada yang keluarkan spek hitam walaupun kulit dah nak hitam kene cahaya matahari. Biar perpeluh2 asal rugged.. Prinsip FITT.. Heheh..
Seterusnya perjalanan menyusuri pantai pulak. Laluan berbatu terpaksa dilompat dengan penuh hati2.. Salah lompat masuk dalam air.. Konfirm kene gelak lepas tu.. Heheh.. Nasib baik semua selamat.. Sekejap masuk hutan, sekejap lalu tepi pantai, sekejal lagi melompat batu.. Ntah berapa kali kene wat aksi macam tu akhirnya baru sampai ke kuala sungai.. Jernih sungguh air sungai kat situ.. Kalau ikan lalu leh nampak jantan betina.. Heheh.. Aku tengok kat internet aritu takde pun titi kayu untuk melintas.. Tapi sekarang dah ada.. Jadi kurangla kebasahan pada seluar geng2 FITT.. Perjalanan bersambung lagi menyusuri tepian pantai. Dah takde kene masuk hutan dan melompat lagi.. Kul 1.30 petang kitorang sampai kat kawasan pantai perkelahan.. Pit stop terakhir sebelum sampai ke campsite. Berehat seketika untuk perjalanan yang seterusnya..
Lebih kurang 15 minit berehat, perjalanan diteruskan. Kali ni melalui tepi jalan raya pulak.. Macam2 laluan dilalui untuk trip kali ni. Ikut kampung, masuk hutan, susur batu, tepi pantai, lompat batu, jalan raya pun ada. Complete.. Bila ikut jalan raya ni teringat aku kat kisah rancangan FITT dulu.. Cadangannya nak berjalan kaki ikut jalan raya dari Kelang ke Port Dickson.. Ustaz punya idea.. Tapi last2 dia yang taknak. Tu belum citer pasal xpdc berbasikal lak ke Bukit Fraser.. Tak jadi gak sebab kedai basikal kat Rawang dah tutup.. Sape nye idea tu? Heheh.. Perjalanan melalui tepi jalan memang panas. Masing2 menutup kepala dengan kain.. Yang pakai cap selamat la sikit.. Mata jadi kabur sebab bahang panas jalan raya terasa. Aku pun layan lagu dengan portable radio yang aku bawak sentiasa. Dalam 20 minit berjalan akhirnya sampai jugak kitorang kat campsite. Penat sebab panas. Masing2 melepak merehatkan diri. Berakhir satu lagi aktiviti pendakian FITT yang santai tapi penat berjalan..
Dalam 15 minit je aku berehat, perut dah terasa lapar.. Bayangkan, masa trekking dulu sampai tak lalu nak makan sebab kepenatan yang amat sangat.. Tapi kali ni, disebabkan santai, lapar jelas terasa. Dahaga jangan cakap la.. Apis, Ustaz & Nora join aku gi cari tempat makan. Naik kereta sampai ke jeti hujung kampung, kitorang berempat makan kat medan selera disitu.. Sedap gak lauk asam pedas orang Johor nih.. Air sorang dua gelas.. Dahaga... Dah selesai makan dan minum, serta menapau untuk geng2 yang lain, kitorang berempat bergerak pulang ke campsite. Sempat gak singgah atas jambatan tempat mancing semalam. Air surut.. Malang lagi aktiviti pemancingan aku..
Di campsite, timbul satu usul yang baru.. Bila nak berangkat balik. Ada yang mencadangkan petang tu jugak balik, ada yang ajak balik malam dan ada gak yang mengajak balik pagi2 esok.. Pada aku tak kisah la bila nak balik, sebab esok still cuti lagi.. Ikut la pada majoriti.. Rupanya dengan bersikap terbuka dan tidak memihak kepada siapa telah memakan diri aku.. Heheh.. Ada yang kata aku tak support usul diorang, kene balik petang tu jugak.. Sebenarnya aku memang tak kisah.. Tapi akhirnya keputusan muktamad dah keluar, balik petang tu jugak.. Maka ada yang cepat2 masuk tidur untuk berehat, ada yang dah sedia tidur macam seminggu tak dapat tidur, ada yang melayan angin pantai, dan ada juga yang mula mengemas..
Selamat Tinggal Gunung Arong!
Tepat jam 5.30 petang, setelah owner chalet dipanggil, setelah campsite dibesihkan seperti asal, sampah-sarap sudah dikumpul, kitorang mengucapkan selamat tinggal kepada Pn. Sari kerana telah memberikan kitorang peluang untuk bercamping di chaletnya.. Memang diakui chalet dan campsitenya amat cantik dan bersih.. Perjalanan pulang kali ni tak mengikut jalan semasa kitorang datang. Kali ni ikut jalan Felda Nitar terus ke pekan Air Hitam. Perjalanan melalui jalan felda yang rosak membuatkan para pemandu berhati2.. Tayar rosak banyak pakai duit ooo.. Heheh..
Jam 8.30 malam kitorang sempat berhenti singgah di pekan Air Hitam. Pekan yang dikatakan banyak menjual barang2 terutamanya kerepek dan bantal. Bagi aku sama je harga dengan kat KL. Time ni pun ada suara yang menyatakan kat aku, “Ooo.. tadi kata nak cepat sampai KL sampai tak sabar2 nak gerak. Tapi leh lak shopping kat sini ek?” Heheh.. Saje la tu.. Aku tau ayat tu nak tuju kat sapa. Cuma memang aku jugak sebagai lapang sasarnya.. Hihi.. Takpe, tak terasa hati pun.. yang penting aku suka geng2 FITT semuanya.. Jangan merajuk sampai taknak join dah aktiviti lepas ni sudah.. Sori bebanyak ye kawan2ku..
Jam 9.30 malam kitorang sambung perjalanan, terus masuk ke highway PLUS. Berhenti di RnR Pagoh untuk makan malam beramai2. Masing2 dengan menu dan agenda masing2.. Dalam jam 10.30 malam, perjalanan diteruskan sampai ke sekolah.. Aku banyak berborak ngan Mohni dan Apis masa balik tu.. Cerita pasal isu semasa (ye, ke?) sampai tak sedar kenderaan yang aku bawa perlahan rupanya.. Sampai di sekolah jam 2.00 pagi. Fa dah balik dulu, pening kepala katanya.. ke pening melayan co-driver? Heheh.. Gurau jer.. Maybe dah lama tak drive jauh2.. Aku mengucapkan bebanyak terima kasih kat semua geng2 FITT sebab join trip kali ni. Akhirnya, semua pulang ke rumah masing2 sambung tidur.. Berakhirlah sudah satu xpdc FITT yang penuh santai dan memenatkan.. Huhu..
sampai 'penuh'.. Nanti ngantuk..
Refleksi
Trip FITT kali ni memang santai sesangat. Aku memang saje je nak buat trip macam nih. Tujuannya nak menaikkan semula semangat geng2 FITT yang dah banyak kali kecundang ketika mendaki gunung.. At least kali ni semua yang join dapat sampai ke puncak. Alhamdulillah.. Seronok aku.. Bagi aku, gunung yang tinggi ke, rendah ke, ada adventurenya.. Yang penting geng2 semua rasa happy & puas hati dengan trip2 yang telah di’arrange’kan.. Aku tau, ada yang merasakan trip kali ni tersangatlah sempoinya, takde thrill. Tapi aku rasakan jugak ada yang merasakan trip kali ni bermakna untuk diri sendiri.. Susah nak gembirakan semua pihak.. Apa2 pun terima kasih banyak2 kawan2 semua sebab sudi join trip nih. Kepada Linda & Anuar, tenkiu sebab menambahkan bilangan ahli FITT.. Once FITT, always FITT.. Cuma janganla tambahkan unsur2 negatif dalam FITT ye. Yang tu memang boleh dikeluarkan dari FITT.. Heheh.. So.. Next trip? Aku nak mencadangkan kita wat aktiviti FITT ni lain skit, jadikan ia pelbagai. Contohnya, memancing, jungle trekking, water rafting, rapid shooting, dan macam2 lagi aktiviti yang melibatkan alam sekitar.. Baru la betul2 kita menghargai alam sekitar, kan? Loves nature... Maaf kalau ada yang terasa, especially Nora. Ini semua hanyalah gurauan semata2.. Sape tak kenal aku, suka bergurau senda.. Sekian, wassalam.. Salam FITT untuk semua..