Monday, August 23, 2010

Majlis Berbuka Puasa FITT 1st edition!!..

Salam FITT kepada semua geng2 yang setia.. Tahun ni cadangnya nak buat majlis buka puasa sesama geng FITT.. Tahun lepas tak ingat pun nak buat.. Ingat apa aku pun dah lupa.. Sudah dibawak berbincang sesama ahli.. Nampaknya adalah yang sedia men'join'kan diri.. Yang tak dapat join tu lain ramadhan leh join lagi insyaAllah..

Setelah mendapat beberapa restoran dan hotel (yang ada sijil halal JAKIM) yang telah di'shortlist'kan dan setelah mencapai kata persetujuan, maka jamuan berbuka puasa FITT tahun ni adalah seperti berikut:

TARIKH : 27 Ogos 2010
HARI : JUMAAT
LOKASI : Rstoran Kunang-Kunang, MRR2
MASA : Waktu berbuka le..
KOD PAKAIAN : Tak menjolok mata (bulan pose wehh..)
PENGLIBATAN: Ahli2 FITT yang berdaftar sahaja (yang penah join trip)

Rasanya menu yang dihidangkan restoran ni sama kot macam2 ramadhan yang lepas2.. Ada kambing bakar tuu.. Kene berebut nih.. Heheh.. Lambat dapat tulang je laa.. Bayaran sebanyak RM47++ boleh la dibayar kat Nora. Mahal? Setahun sekali, apa salahnya untuk rakan2 FITT.. Tapi macam biasa, tiada paksaan dalam FITT. Kalau rasa mahal, tak dapat join pun takpe.. Lain kali leh join, insyaAllah.. Antara benda yang nak diborakkan masa berbuka nanti dah tentu la aktiviti FITT selepas raya.. Rasanya banyak tempat2 yang menarik yang nak dicadangkan.. Cuma ambil kata sepakat mana yang best dan berbaloi..

Harap2 ramai la yang datang jamuan nih.. InsyaAllah.. Salam FITT untuk semua..

1 comment:

  1. salam,
    bagus la ade xtvt mcm ni dlm fitt selain dapat menjamu juadah berbuka pose bersama dapat lh merapatkan lg ikatan silaturahim sesama ahli.
    semoga xtvt mcmni akan d teruskan lagi bukan sekadar bbuka pose tetapi pd xtvt lain seperti memancing, marathon, picnic, cycling, traveling n so on. InsyAllah........

    ReplyDelete