Thursday, September 23, 2010

Liza sudah berpunya....

Kad Jemputan Kahwin Liza

TARIKH: 25 September 2010 (Sabtu)
LOKASI KEJADIAN: No. 99, Lorong 3, Rumah Awam Batu 4, 34600, Kamunting, Perak
ATURCARA KEJADIAN: 12.00 t/hari - 4.00 petang (Makan time)

Salam FITT untuk geng2 yang setia. Seperti yang tertera kat atas, sorang geng FITT kita bakal mengakhiri zaman anak daranya bersama bakal suami yang tercinta. Rakan2 FITT mengucapkan tahniah dan moga berkekalan ke anak cucu. Jangan lupa tanggungjawab sebagai isteri tau. Heheh.. Harapan FITT agar dapat lah lagi join trip2 yang mendatang. Dapat tackle suami join skali lagi best. Tapi bila dah kahwin, macam2 perkara yang akan berlaku membuatkan susah nak join trip. Takpe.. memahami...

Sorang dah bergelar isteri. Ramai lagi ahli FITT yang masih single. Yang dah berumahtangga berserta askar2 kecil molek ni memang menunggu je bau nasik minyak yang bakal menusuk hidung. InsyaAllah, sampai seru memang takleh nak elak dah. Kita hanya merancang.. Apa keputusan yang seterusnya terserah pada Yang Maha Esa..

So, rakan2 FITT sekalian. Sape yang ada masa terluang tu marilah sama2 kita memeriahkan majlis perkahwinan rakan kita. Mesti Liza terharu punya sebab kita datang dari jauh semata2 nak meraikan majlis dia. Leh kuar air mata oooo.. Huhuhu.. Setakat ni aku sekeluarga takde masalah nak ke Taiping. Tambah2 lagi Liza pandai pilih tarikh orang gomen baru dapat gaji.. Heheh.. Ita & Azlie pun no problem punya. Fa & Nora dijangka bertolak sehari awal, pasal Nora nak belajar tengok orang akad nikah.. Practice makes perfect.. Heheh.. Apis masih dalam dilema kecederaannya.. Main cinta lebih la tu.. Heheh... Linda pun rasanya available untuk majlis tu. Yang lain tak dapat dipastikan kesahihannya. Harap2 dapatlah menghadirkan diri. Orang nak jadi Raja & Permaisuri sehari la katakan..

Dijangkakan geng2 FITT yang dapat menghadirkan diri pada hari kejadian akan berkonvoi dari KL. Waktu tak dapat dipastikan.. Diharapkan perjalanan nanti lancar tanpa kejadian yang tak diingini berlaku, insyaAllah. Aktiviti lepas kenduri nak explore Gua Kandu, Gopeng. Citer pasal aktiviti nih aku akan masukkan dalam post seterusnya ok. Citer pasal kenduri nanti pun aku akan citerkan, insyaAllah.. Salam FITT untuk semua....

"SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT LIZA & SYAFIQ"
- MOGA BERKEKALAN HINGGA AKHIR HAYAT -

Wednesday, September 15, 2010

What's The Story Morning Glory....

Assalamualaikum..
Salam FITT untuk geng2 seperjuangan. Cerita puasa dah lepas. Cerita raya maybe ada lagi saki baki ketupat, lemang, rendang beserta serdak2 kuih dalam balang. Cerita akan datang... apa aktiviti FITT seterusnya nih? Dah lama gak aktiviti kita berhenti rehat untuk beri laluan pada bulan Ramadhan yang mulia. Sebelum puasa aritu adalah cadangan dari beberapa geng FITT lokasi adventure seterusnya.. Agak2 cukup bilangan ahli yang nak pegi, takde masalah.. Cuma yang menjadi masalahnya... brape bilangan orang nak pegi tu? Haaa.. masa yang sesuai pun kene pikir jugak. Kalu trip panjat gunung, memang tak cukup dikerjakan waktu weekend je. Nanti kang ramai lak yang mc hari Isnin. Keluar lagi isu-isu yang tak menyedapkan telinga kat sekolah.. Hebat wartawan sekolah, macam CNN. Kalah Bernama.. Heheh..Sebelum citer panjang lebar, meh aku senaraikan aktiviti yang ada terdengar sebelum puasa aritu. Kita recall balik, tengok camna.. Agak2 leh tak berjalan semuanya.. Let's check it out..

"Menyingkap kandungan gua"
Gua Kandu, Perak


Aktiviti ni hampir pasti akan berlangsung, around 80% confirm. Sebabnya tarikh nak pegi tu bersesuaian dengan tarikh kahwin sorang geng FITT kita, Liza. Lokasi perkahwinan kat Taiping, on the way balik kenduri leh la jalankan aktiviti. Jadi la aktiviti 2 in 1. Yang lagi 20% tak confirm tu adalah bilangan peserta yang nak join. Sebab masing2 ada komitmen masing2. Dengan family nyer, side business nyer. Liza konfem tak dapat join nyer. Sebab ada aktiviti lagi best untuk dia malam tu. Heheh.. Tapi bila dah 80% tu kira konfem berjalan lah kot. InsyaAllah kalau takde apa2 halangan yang menimpa.

"Memburu tengas di waktu panas"
Kg. Air Panas, Selangor

Next, memburu tengas. Ni kira aktiviti me'repeat' kisah dulu nih. Dua minggu sebelum puasa, aku, Mohni & Apis gi lokasi ni. Dengar dari cerita kawan Mohni, port tengas kat sini baeekk punyee. Tak terusik lagi sungai nih. Ada air terjun. Dengan keadaan teruja nya terus la kitorang pegi. Akhirnya, sekor pun tak dapat. Sebab pe? Sebab tak jumpa lokasi.. Huhuhu. Bukan pe, pegi pun dah malam, pastu jalan masuk cuma untuk 4WD je. Time pegi tu tak dapat nak ajak yang lain sebab tarikh tersebut ngam2 geng ada aktiviti lain. Lagipun mula2 taknak masukkan aktiviti memancing dalam senarai aktiviti FITT. Tapi bila pikir balik, baik dimasukkan sebab memancing ni leh tahan gak adventure nyer.. Masuk hutan, susur sungai, sesat, patah balik. Kira adventure la tu.. Tapi kalau stakat mancing kat longkang belakang umah takde la nak dimasukkan dalam aktiviti FITT.. Nak ngajak pun segan je. Heheh.. So, dicadangkan kes tengas ni leh dimasukkan dalam aktiviti FITT sebab kene trekking, camping & fishing.. Yang tak minat fishing leh la swimming (kalu pandai... dan berani...)

"Test power arus kuala di tepian kubu"
Water rafting Kuala Kubu Bharu, Selangor

Cerita water rafting ni dari Azlie. Nampaknya dia dan Mohni je dah penah try aktiviti ni. Best katanya. Kata2 yang lain? Entah.. Belum cuba belum tau. Dah cuba baru tau, best ke tak. Macam cerita memancing jugak la. Belum cuba belum tau. Dah cuba, sekor pun tak dapat baru padan muka.. Takde rezeki.. Tapi tetap cari port lain. Heheh.. Dikatakan ada banyak stage main water rafting nih. Geng amatur kene la cuba yang stage awalan dulu.. Harap2 menjadi aktiviti nih.. InsyaAllah.. Cuma kos je la yang agak tinggi. Hendak seribu daya..

"Mencuba nasib di Kenyir"
Tasik Kenyir, Terengganu

Aktiviti yang dah sekian lama aku idamkan. Sejak dari kat U dulu. Ada yang mengajak tapi time tu asyik dengan belajar je (ye ke? Heheh) tak dapat nak join. Takde duit sebenarnya time tu. Heheh. Tapi bila dah kerja ni, ada la kot peluang nak pergi bersama kawan2 FITT. Kos jugak agak tinggi nak pegi sini. Bukan stakat minyak & tol, tapi sewa boathouse yang agak tinggi. Kalu dapat kumpul ramai2 leh la dapat murah skit. Azlie kata ada astro dalam boathouse. Cayalah..

"Sakit tempurung lututku"
Gua Tempurung, Perak

GPK Koko jumpa aku sebelum puasa aritu. Dia tanya taknak buat aktiviti untuk budak2 macam tahun lepas ke? Ada peruntukan untuk kos pengangkutan. Kira ok dah tu. Dicadangkan nak bawak ke Gua Tempurung. Pilih pakej yang tak kena masuk air kira ok dah. Bahaya bawak budak2 main air nih. Cepat & mudah teruja.. Kertas kerja yang dulu ada lagi. Cuma tinggal nak pilih tarikh sesuai & nak tanya sekali pendapat ahli2 FITT yang nak join sama..

"Bermain embun lagi daa.."
Gunung Berembun, Terengganu

Dah lama rasanya tak naik gunung. FITT ditubuhkan asalnya pun dari kisah2 naik gunung. Last aktiviti naik Gunung Ledang bulan 3 aritu. Kene jalankan nih. Survey dalam internet & info dari kenalan2 nampaknya Gunung Berembun ni agak menarik untuk didaki. Dengan pemandangannya yang amat cantik dan air terjun yang tinggi. Sesuai sangat untuk geng2 FITT yang ada camera DSLR. Konfem picture perfect. Best2.. Takde DSLR pun takpe. Dapat kamera cabuk, ditambah dengan pemandangan yang live dari mata kepala sendiri dah cukup bagus. Geng2 FITT, aku cadangkan trip ke Gunung Berembun ni patut dijalankan dalam tahun ni.. InsyaAllah..

Setakat tu je la yang ada dalam pikiran aku. Sebenarnya ada banyak lagi lokasi yang nak di'explore'. Antaranya Gunung Tebu, Gunung Stong/Ayam, Gunung Nuang (new route), Gunung Bunga Buah & Gunung Everest (heheh, explore dalam national geographic je laa). Tak termasuk lagi lokasi2 menarik untuk memancing & water rafting.. Aku ada terpikir gak nak wat re-visit ke Taman Negara. Dulu pegi time musim hujan. Banyak aktiviti yang tergendala. Second time pegi mesti dah prepare sehabis baik. Cuma masa je yang menentukan semuanya. Dengan keadaan diri yang sihat, kewangan yang stabil & ilmu yang cukup, ditambah dengan tarikh yang sesuai bersama-sama dengan borang kebenaran dari isteri/aweks, dapat lah dijalankan aktiviti dengan baik dan sempurna.. Yang penting dapat timba pengalaman, mensyukuri nikmat yang dianugerahi Tuhan kepada kita.. Geng2 FITT: 'Rancangkan kerja & kerjakan rancangan!'.. Salam FITT untuk semua..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI




Assalamualaikum..
Salam FITT untuk semua rakan2 seperjuangan. 10 September 2010 bersamaan 1 Syawal 1431 seluruh umat Islam di Malaysia merayakan Hari Raya Aidilfitri. Setelah sebulan berpuasa, akhirnya Syawal menjelma. Alhamdulillah, sepanjang bulan Ramadhan nih takde perkara yang tak diingini berlaku kat rakan2 FITT. Namun, masih ada lagi insan di luar sana yang menderita. Dengan perang tak abis2, main mercun sampai tercampak atas pokok. Yang terbaru, kes pembunuhan kejam melibatkan jutawan terkenal Malaysia. Tak sayang nyawa betul. Hargailah anugerah yang Tuhan dah beri. Sesungguhnya kita yang hidup dalam serba sempurna di Malaysia nih haruslah bersyukur.

Bulan Ramadhan yang lalu diharapkan membawa pengertian yang cukup mendalam pada yang mengharunginya. Bagi aku, Ramadhan kali ni membawa erti yang cukup besar dalam hidup aku. Tak seperti Ramadhan yang sebelumnya, kali ni penuh kelainan. Menusuk ke dalam jiwa tu. Aku pun bukanlah pakar sesangat dalam hal2 kerohanian nih. Tapi dapat rasakan sesuatu perubahan mungkin berlaku. Perubahan yang dapat membina hidup dengan lebih baik, insyaAllah..

Bila dah masuk Syawal nih, mulalah... Mulalah nak balas dendam balik pasal bab2 makan nih.. Heheh.. Dulu masa puasa, 3 kilo turun. Dah raya nih entah berapa pulak yang naik. Dua kali ganda @ kuasa dua.. Heheh.. Aktiviti FITT dah nak bermula balik. Angin kene cari nih. Kena la berjogging tetiap petang bawak anak2.. Sebelum nih asal panjat gunung je rasa kepancitan yang amat sangat. Takut lepas nih langsung takde angin dah.. Angin dah kuar awal2 lagi.. Bahaya tuu.. Takut guna khidmat 'power bar' pun tak menjadi.. Tapi 'silent bar' tetap hebat.. Heheh..

Di kesempatan nih aku nak ucap Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin kepada warga FITT sekalian. Terasa banyak sangat kesalahan yang aku dah buat kat korang semua. Maybe tujuan aku semata2 untuk bergurau senda, tapi kadang2 terlepas cakap sampai menyinggung hati dan perasaan rakan2 sekalian. Sorry guys!. Aku cuba untuk menjaga tatasusila aku lepas nih.. Heheh..

Puasa dah lepas, raya pun dah lepas.. So, lepas ni apa lagi? Moh le kita menyambung kembali aktiviti kita, menghayati keindahan flora & fauna kat Malaysia nih.. Rasanya banyak dah dalam senarai nak pegi mana. Kita redah satu persatu, insyaAllah.. Are you ready guys?! Jom layan adventure!!.. Salam FITT untuk semua..

Sunday, September 5, 2010

Jamuan Berbuka Puasa FITT 01/2010

TARIKH: 27 Ogos 2010
LOKASI: Restoran Kunang2, MRR2

Assalamualaikum...
Salam FITT untuk semua. Alhamdulillah, majlis sambutan berbuka puasa yang pertama kali untuk geng2 FITT telah berjaya dilaksanakan. Walaupun tak semua yang dapat datang, tapi at least ada jugak yang sudi menghadirkan diri. Maybe yang tak dapat datang tu ada hal yang tak dapat dielakkan, sama je macam aktiviti2 yang lalu. Harap2 tahun depan makin ramai yang dapat join majlis berbuka puasa kita.

Majlis kali ni dihadiri oleh 10 orang ahli FITT iaitu:

FITT Line-up:
Nuar
Apis
Ustaz
Azlie
Nazri
Ita
Nora
Hawa
Fa
Liza

Otai kita tak dapat datang disaat2 akhir kerana hal keluarga.. Tq bebanyak kat Nazri & Hawa yang sudi datang. Orang dah pindah jauh tu, masih ingat lagi kat FITT. Cayalah geng.. Apa2 pun majlis tetap berjalan. Dengan bayaran RM50++, banyak jugak makanan yang dihidangkan.. Tapi tetiap tahun Kunang2 mesti sajikan kambing bakar sekor.. Port kami pun dekat sangat ngan tempat bakar tu. Senang nak amik. Heheh.. Review makanan: ok2 aje.. Sesuai la dengan harga yang ditawarkan..

Agenda masa makan macam biasa. Gosip2 liar & hangat, cadangan aktiviti FITT yang seterusnya dan diskusi tentang majlis perkahwinan ahli FITT kita, Liza.. Selebihnya acara makan dan berasap tak berhenti.. Heheh.. Bila nak quit smoking nih? Sampai seru, insyaAllah.. Gambar yang diambil ni dari kamera aku yang cute tu (sape kata? heheh). Kamera yang lain tak dibagi2 lagi kat aku.. Nanti bila dah dapat aku uploadkan ok.. Tq guys!!.. Salam FITT..

Photobucket
Menunggu masa nak berbuka..

Photobucket
Dah sampai waktu.. Ustaz mengetuai doa berbuka..
Pasal dia paling tua.. Heheh

Photobucket
Sesi mencekup makanan bermula.. Nyam2..

Photobucket
Tiga gadis pingitan.. Awa, Noi & Esah.. Haha..

Photobucket
Day kenyang.. Best dapat berasap nih..

Photobucket
Ustaz jeling ape tu? Heheh..

Photobucket
Liza mencari kalau2 ada timun jepun kat situ..

Photobucket
Apa la lawak antarabangsa yang Ita tgh menggoreng tu?

Photobucket
Masing2 dah kenyang walaupun ada banyak lagi
makanan kat atas meja..

Photobucket
Sib baik perut aku di'cover' oleh meja tu.. Heheh..

Photobucket
Seronok betul Ustaz.. Mesti ada sebab nih.. Kene siasat..

Photobucket
Berdiskusi tentang aktiviti FITT lepas raya..
Mana mau pegi?

Photobucket
Cuba kira ada berapa banyak gelas? Sorang tiga
gelas rasanya.. Lom kira refill lagi..

Photobucket
Letak gak la gambar nih walaupun
tuannya amik sendiri.. Huhu..

VIDEOS....