Thursday, September 23, 2010

Liza sudah berpunya....

Kad Jemputan Kahwin Liza

TARIKH: 25 September 2010 (Sabtu)
LOKASI KEJADIAN: No. 99, Lorong 3, Rumah Awam Batu 4, 34600, Kamunting, Perak
ATURCARA KEJADIAN: 12.00 t/hari - 4.00 petang (Makan time)

Salam FITT untuk geng2 yang setia. Seperti yang tertera kat atas, sorang geng FITT kita bakal mengakhiri zaman anak daranya bersama bakal suami yang tercinta. Rakan2 FITT mengucapkan tahniah dan moga berkekalan ke anak cucu. Jangan lupa tanggungjawab sebagai isteri tau. Heheh.. Harapan FITT agar dapat lah lagi join trip2 yang mendatang. Dapat tackle suami join skali lagi best. Tapi bila dah kahwin, macam2 perkara yang akan berlaku membuatkan susah nak join trip. Takpe.. memahami...

Sorang dah bergelar isteri. Ramai lagi ahli FITT yang masih single. Yang dah berumahtangga berserta askar2 kecil molek ni memang menunggu je bau nasik minyak yang bakal menusuk hidung. InsyaAllah, sampai seru memang takleh nak elak dah. Kita hanya merancang.. Apa keputusan yang seterusnya terserah pada Yang Maha Esa..

So, rakan2 FITT sekalian. Sape yang ada masa terluang tu marilah sama2 kita memeriahkan majlis perkahwinan rakan kita. Mesti Liza terharu punya sebab kita datang dari jauh semata2 nak meraikan majlis dia. Leh kuar air mata oooo.. Huhuhu.. Setakat ni aku sekeluarga takde masalah nak ke Taiping. Tambah2 lagi Liza pandai pilih tarikh orang gomen baru dapat gaji.. Heheh.. Ita & Azlie pun no problem punya. Fa & Nora dijangka bertolak sehari awal, pasal Nora nak belajar tengok orang akad nikah.. Practice makes perfect.. Heheh.. Apis masih dalam dilema kecederaannya.. Main cinta lebih la tu.. Heheh... Linda pun rasanya available untuk majlis tu. Yang lain tak dapat dipastikan kesahihannya. Harap2 dapatlah menghadirkan diri. Orang nak jadi Raja & Permaisuri sehari la katakan..

Dijangkakan geng2 FITT yang dapat menghadirkan diri pada hari kejadian akan berkonvoi dari KL. Waktu tak dapat dipastikan.. Diharapkan perjalanan nanti lancar tanpa kejadian yang tak diingini berlaku, insyaAllah. Aktiviti lepas kenduri nak explore Gua Kandu, Gopeng. Citer pasal aktiviti nih aku akan masukkan dalam post seterusnya ok. Citer pasal kenduri nanti pun aku akan citerkan, insyaAllah.. Salam FITT untuk semua....

"SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT LIZA & SYAFIQ"
- MOGA BERKEKALAN HINGGA AKHIR HAYAT -

2 comments:

  1. tahniah...
    selamat pengantin baru to liza & syafiq....,
    semoga berkekalan selamanya.
    xtvt bersama FITT jgn dilupakan pulak lepas ni.....

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah.....
    syukur kehadrat illahi kiter semua dpt merialisasi kan program kali ini...kiter slamat smpi ker taiping..seterusnya..gopeng..dan slamat pulang ker KL...
    seronok sgt 1st exprn msuk GUA KANDU...mmg cantek..
    x luper juga SEMANGAT dr kwn2 setia FITT yg support aku time mengharungi cabaran & liku2 GUA.hahahaha
    I LOVE U ALL FITT
    *p/s = next trip biler ekk...?

    ReplyDelete