Saturday, April 16, 2011

Preview.... Broga Hill & Gunung Tok Wan

BUKIT BROGA & GUNUNG TOK WAN




Salam FITT.. Setelah sekian lama FITT bercuti akhirnya dapat jua kembali beraktiviti. Aktiviti pertama untuk tahun 2011 adalah sesi melawat Bukit Broga dan Gunung Tok Wan. Sedikit info tentang Bukit Broga & Gunung Tok Wan..

Bukit Broga & Gunung Tok Wan terletak di daerah Semenyih, Selangor. Dekat je dari KL. One day trip dah memadai. Bukit Broga memang terkenal dengan scenery yang cantik untuk bergambar. Namun dah ramai bebenor yang naik bukit ni, maka kesuciannya tercalar sedikit. Dah makin tak terurus dibuatnya. Tapi masih lagi menjadi impian untuk melawatinya. At least dapat pergi sekali pun dah cukup. Ketinggiannya mencapai 400 meter dari aras laut. Terdapat 4 peaks level untuk sampai ke puncaknya. Dari ladang kelapa sawit perjalanan sejauh 1.7 km mengambil masa dalam 45 minit ke 1 jam.

Gunung Tok Wan pulak adalah sambungan dari puncak Bukit Broga. Gunung ni tak lah berapa famous di kalangan pendaki tegar kerana ketinggiannya hanya 675 meter dari paras laut. Namun perjalanan dari puncak Broga ke puncak Tok Wan mengambil masa lebih kurang 2 jam dengan jarak 3.1 km dari puncak Broga.

Waktu yang sesuai untuk pendakian adalah di waktu tengah malam dan seawal subuh kerana tiada tempat teduh di puncak Broga. Panas matahari memancar terus di atas kepala. Dijangka umat manusia akan bertaburan di puncak bukit. Tak perlu khidmat guide, cuma pandai jaga diri masing2. Dinasihatkan memakai kasut yang ada grip kerana kalau hujan sebelum tu memang trek akan menjadi licin. Kira kasut 'crocs' tu kurang digalakkan (ingat lagi kisah Gunung Irau? Hampeh..)

Pada rakan FITT yang sanggup hadapi cabaran, marilah sama2 kita melawat keindahan panorama yang sungguh unik hasil dari ciptaan Tuhan yang maha Esa. Ingat prinsip kita FITT = always love natures.. Kepada yang sudi memeriahkan majlis, berikut adalah tentatif program lawatan ke Bukit Broga & Gunung Tok Wan..

XPDC Bukit Broga & Gunung Tok Wan
Tarikh kejadian: 17 April 2011

5.00 pagi - Berkumpul di SMK Danau Kota
5.15 pagi - Car pool ke starting point (Semenyih)
6.00 pagi - Solat subuh
6.15 pagi - Mulakan pendakian
7.15 pagi - Dijangka sampai ke puncak Bukit Broga

ambil gambar puas2 dan recharge diri masing2

8.00 pagi - Teruskan perjalanan ke Gunung Tok Wan
10.30 pagi - Dijangka sampai ke puncak Gunung Tok Wan

ambil gambar lagi, rehat dan makan apa yang patut

11.00 pagi - Mula menuruni trek
1.30 petang - Dijangka sampai semula kat puncak Broga
2.00 petang - Turun sampai bawah
3.00 petang - Bersihkan diri, solat, makan dan pulang
5.00 petang - Dijangka sedang tidur berdengkur @ tgk tv di rumah

Jangkamasa di atas adalah anggaran je. Mana tau ada sebarang kesulitan ketika tu. Tapi sejarah FITT memang selalu terlajak je.. Heheh.. Yang penting semua selamat naik dan turun, insyaAllah.. Keperluan asas seperti torch light, raincoat (skang musim hujan) dan ration yang secukupnya mesti kene ada. Harap2 aktiviti lawatan kita nanti berjalan dengan lancar, insyaAllah.. See you around guys.. Salam to all..

No comments:

Post a Comment