As-salam..
Kali ni aku nak wat post mortem masa trekking kat Pine Tree Hill.. Masih ada perkara yang perlu ada penambahbaikan.. At least lepas ni leh la standby awal2 hadapi apa2 kemungkinan..
1. Air
Ni la satu-satunya benda yang paling penting bagi aku.. Bila dah tak larat, ini la yang dicari.. Air ni kene la sentiasa bawak.. Jangan la bawak air gas lak kan.. Nanti jantung terus stop.. Kita tak tau brape jauh trek yang kita nak lalu.. Kalau dah penah lalu leh la budget brape banyak air yang nak dibawak.. Paling kurang pun 1 liter air dah cukup orait untuk trek 5 jam pegi balik.. Kalu lagi banyak lagi bagus, cuma yang tak bagusnya berat la beg nak mengangkutnya.. Tapi bagi aku, bawak beg berat dengan tak bawak beg sama je lajunye.. Tetap slow.. Jadi aku pun bawak la dalam 2 liter air setiap kali trekking.. Satu liter campur dengan asam boi.. Sedap.. Selalunya aku tak abis pun minum air yang aku bawak.. Standby kalau2 ada geng yang dah kehabisan air..
2. Coklat
Haa, yang ni favourite aku.. Dulu tak suka pun makan coklat.. Bila dah berjinak2 aktiviti trekking ni aku jadi ter'minat' lak makan coklat ni.. Dapat 'cloud 9', 'snickers' dengan 'crispy' pun dah cukup.. Coklat ni aku mesti kene bawak.. First thing bila nak prepare barang trekking coklat mesti aku cari dulu.. Trekking kali ni abis sume coklat aku.. Tapi bukan aku makan sorang2.. Kongsi dengan geng yang memerlukan.. Sedap jugak makan coklat dalam hutan ni.. Dikatakan makan coklat leh dapat tenaga.. Bagi aku tetap sama je tenaga nya, cuma rasa sedap je yang lainnya.. Teringin jugak nak beli coklat 'power bar' tapi mak aihh mahal sangat.. Aku tengok aritu satu bar harganya RM8.00.. Kalau betul ada effect kat tenaga aku leh la try.. Nanti nak cuba gak la beli satu..
3. Tido
Lagi satu faktor yang aku rasa membuatkan langkah aku makin slow.. Tido tak sampai 2 jam.. Itupun kat kerusi batu.. Kalu dah tido dari rumah kira ok le.. Ini tak, siap berjalan lagi pegi uptown.. Walaupun aku tido dalam keta, tapi aku rasa tak selesa pun.. Sebab sblm ni aku tido dalam keta, balik umah mesti sambung tido lagi.. Nampak sangat tido dalam keta ni tak nyenyak.. Tapi rasa macam rugi lak tido lama2 bila trekking ni.. Time ni la nak borak dengan geng2.. Borak cite zaman muda remaja.. Heheh..
4. Pressure
Bila dalam hutan ni janganla jadi panik.. Nanti tak tentu arah jadinya.. Aku pun penah la rasa panik tapi aku diamkan aje.. Bila pressure ditunjuk, nanti geng lain turut rasa pressure.. Daripada nak seronok2 explore keindahan hutan, terus jadi tak seronok.. Memang diakui bila dah jauh berjalan tapi tak sampai2 mesti ada rasa tekanan.. Cuba la buat2 cool walaupun gelabah.. Bila cool, nanti geng kita pun sama2 cool..
5. Group
Bukan la aku suka2 je jalan lambat2 ni.. Dah itu je keupayaan aku.. Boleh kalau nak laju, tapi bila kaki dah cramp, terseliuh, haaa.... Siapa nak tolong? Geng2 sume dah penat2 belaka.. Kalau badan ringan boleh la diangkut.. Kalau badan kurang ringan? Diseretkan aje.. Heheh.. Memang bila start trekking, akan wujud beberapa group.. Group yang laju, sederhana laju & kurang laju.. Cuma kali ni aku sorang je yang dalam kategori yang ketiga tu.. Bila dah sorang2 ni, tekanan lagi bertambah.. Jalan je la selagi terdaya.. Harap tak berjumpa apa2 yang meragukan & harap trek memang menuju ke tempat yang ingin dituju..
6. Kasut
Jenis kasut pun aku rasa main peranan kat kelajuan/kelancaran perjalanan.. Trek memang kering.. Kasut yang paling sesuai memang kasut jenis getah lembut & ringan macam crocs @ sandal.. Aku mana ada kasut lain.. Bukan tak mampu beli, tapi memang tak suka beli kasut.. Dulu aku beli kasut boot main bola, RM500 harga dia.. Dapat la main sekali dua je.. Pastu simpan sampai berhabuk.. Nanti nak jual kat e-bay.. Rasanya kasut kene standby gak 2-3 jenis.. Tapi, berat la beg nak bawak, ye tak? Aku pakai kasut yang agak berat bila basah.. Pastu mula la kaki rasa kebas semacam je.. Dah la kurang laju, jadi macam tu lagi la.. Nasib tak melecet je kaki aku.. Last2 bukak kasut, kaki ayam je dalam hutan.. Oh! TEVA idaman ku....
7. Beg
Susah kalau trekking ni tak bawak beg.. Letih la nak pegang je botol air tu.. Yang bawak beg pulak terpaksa tumpangkan botol air.. Gilir2 bawak tak jadi masalah.. Tapi yang jadi masalahnya, bila yang tak bawak beg laju je jalan, tinggal jauh yang tolong bawak air ni.. Kesian pulak rasanya.. Nak memudahkan, adalah lebih baik setiap sorang ada day-pack masing2.. Beg day-pack ni bukan le mahal sangat.. Cukup la kalau dapat brand yang murah2.. Kalau banyak duit boleh la beli jenis deuter ke, karrimor ke @ osprey.. Macam aku jenis polo je, RM40 lepas diskaun.. Cukup sifat, ada jaring & 'tulang' kat padding dia.. Dapat la kurangkan rasa bebanan bila membawanya..
8. Safety
Kita memang tak tau apa yang akan berlaku kat kita masa tengah trekking ni.. Bila ada trek yang kene panjat pakai tali, jangan la kita percaya sangat kat kekuatan tali tu.. Tak tau berapa lama tali tu dah ada kat situ.. Bila memanjat tu, standby la capai apa2 yang patut, takut tetiba tali putus ke.. Nampak macam kuat je tali tu, padahal kat hujung ikatan dia dah reput sebab berjemur hujan panas.. So, beringat2 la geng2 semua.. Walaupun dah ada banyak pengalaman panjat gunung, kene lah berhati2.. Malang tak kenal yang mana satu expert, yang mana satu amateur.. Dia main pukul keliling je..
Rasanya ni je la pengalaman aku yang aku rasa boleh kita renungkan & perbaiki dari semasa ke semasa.. Memang tak dinafikan bila aktiviti berjalan mesti ada benda2 yang tak betul, terlupa, terlebih2 & macam2 lagi.. Bagus sebenarnya, sebab baru la kita tau apa yang tak betul tu.. Next time kita cuba improve apa yang patut.. Yang paling utama, jangan la kerana benda2 yang tak betul ni membuatkan kita trauma @ phobia nak join aktiviti seterusnya.. Aktiviti seterusnya diharapkan dapat menambahkan jumlah ahli FITT..
Salam....
Saturday, May 2, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment