- TARIKH: 7 - 9 FEBRUARI 2009
- LOKASI: GUNUNG IRAU, CAMERON HIGHLANDS
Info Gunung Irau
Gunung Irau terletak di Banjaran Titiwangsa. Dengan mencapai ketinggian 6,923 kaki, ianya adalah gunung yang ke-15 tertinggi di Malaysia. Kepada yang familiar dengan Cameron Highlands akan tau kewujudan gunung ni. Gunung Irau juga dikenali dengan Mossy Forest, dimana keadaan treknya yang penuh dengan lumut. Dah macam carpet je.. View dalam hutan ni memang tak ubah macam berada di zaman Lord Of The Rings ataupun Alice in Wonderland. Cantik, misteri dan agak menakutkan jugak la. Disebabkan keadaan ini lah filem Puteri Gunung Ledang menjadikan gunung ni sebagai tapak penggambaran. Kebanyakan trekkers mendaki gunung ni di waktu weekend, sebab treknya yang boleh dihabiskan dalam sehari sahaja. Ada juga yang bermalam di puncak, kerana keadaan puncaknya yang agak luas, namun tiada sumber air. Keadaan cuaca yang sejuk, ditambah dengan trek yang berlumut membuatkan trek sentiasa lecak dan berlumpur. Permulaan trek ke gunung ni adalah terletak 1 km dari puncak Gunung Brinchang. Para trekkers mempunyai 2 pilihan, samada mendaki Gunung Brinchang dahulu ataupun terus naik kenderaan sampai ke puncak Gunung Brinchang. Untuk pengetahuan, jalan ke puncak Gunung Brinchang adalah jalanraya bertar yang paling tinggi di Malaysia yang boleh diakses menggunakan kenderaan.
Set Induksi...
Assalamualaikum.. dah sekian lama geng FITT takde aktiviti. Sejak trekking ke Pine Tree Hill tu, terus je dok senyap. Bukan pe, lepas je ke Pine Tree Hill tu dah puasa, pastu raya, pastu three.. macam2 la benda yang nak dibuat. So, bila dah masuk 2009, aku bersama ahli2 FITT dah buat perancangan tahunan untuk FITT. Akhirnya mendapat kata sepakat yang aktiviti FITT akan dijalankan at least 4 kali setahun, means 3 bulan sekali. Itupun kalau berjaya. Tapi kalau lebih lagi best. Cuma yang jadi tandatanya, adakah ahli2 lain yang akan join FITT ni? Aku yang baru masuk tahun ke-2 kat SMK Danau Kota still tak berapa kenal cikgu2 kat sini. Maksud aku cikgu2 yang berminat dalam aktiviti luar ni.
Bila dah discuss pasal takwim tahunan FITT, pastu kene lah pulak pikir lokasi pengembaraan. Aku berminat nak try daki Gunung Irau. Bukan pe, bila tengok citer Puteri Gunung Ledang, ditambah dengan gambar2 yang ada dalam internet membuatkan aku teruja jugakla nak test gunung ni. Setelah berbincang, semua sepakat sebab takde lagi ahli FITT yang penah daki gunung ni.
Dah set takwim tahunan, dah set gunung mana nak didaki. Apa lagi yang belum? Tarikh pendakian... Check kalendar, check takwim sekolah, pastikan ada weekend yang available. Last2 time cuti Thaipusam ada ruang untuk jalankan aktiviti. Ok jugakla, Thaipusam jatuh hari Ahad, means hari Isnin cuti ganti. Tarikh dah di setkan. Ada satu lagi yang belum set. Agak mencabar gak nak set benda ni, iaitu sape yang sudi join aktiviti kali ni. Bab ni yang wat aku lemah skit. Bukan pe, sejak azali lagi bila citer nak wat aktiviti memang ramai yang berminat. Tapi bila nak seminggu lagi menjelang, sorang2 tarik diri. Dah biasa dah tu. Tak boleh nak kata apa, sebab masing2 ada komitmen. Cuma yang betul2 available je yang akan join. Bagi aku, dapat at least 4 orang pun dah cukup dah. Naik satu kereta, terus gi jer.
Sesi penyebaran maklumat pun bermula di awal Januari. Setiap ahli FITT mencari kawan2 yang berminat. Outcome? Memang hebat! Ramai yang nak join tuu.. Tapi rasanya bukan sebab gunung, tapi sebab Cameron Highlands kot. Heheh.. Rasanya lah.. Tak kisahla, yang penting ada hati nak join FITT. Tenkiu..tenkiu.. Sapekah ahli2nya? Aku, Mohni, Hafizal, Fakhzan, Ustaz Setia, Nazri, Fauzan, Fadzilah, Ita, Nora & Liza burung hantu.. Sori, teringat citer Gila2 Remaja lak.. Heheh.. Ditambah pulak dengan kawan dari skolah lain, Fizah & isteri Nazri, Hawa. Berapa orang sume? 13 orang.. Agak besar keluarga FITT kali ni.
Bila dah konfirm sape yang pegi, barulah leh set berapa bayaran yang patut dikenakan. Ahli sebulat suara setuju dengan bayaran RM80 seorang. Bayaran termasuk minyak kereta yang berkenaan, tol, makan, sewa tapak dan lain2 keperluan. Lebihan duit bolehlah beli barang2 FITT yang lain. Diingatkan lagi kepada semua ahli, organiser tidak mengambil satu sen pun untuk keperluan sendiri. Tanggungjawab beb.. Barang makan, macam biasa aku yang pegi beli. Next? Adventure begins....
Day 1 (7 Februari 2009)
Semua ahli berkumpul di sekolah lepas Zohor. Agihan barang2 camping ke dalam kereta. Kali ni 5 kereta digunakan. Kereta aku, Mohni, Fizah, Liza dan Nazri. Mula2 cadang nak bawak 4 kereta je, tapi disebabkan banyak barang yang nak dibawak, dan faktor keselesaan penumpang, terpaksa la tambah satu lagi.
Bila semua dah setel, maka perjalanan pun bermula.. Dalam kul 3 jugak la baru gerak. Konvoi 5 kereta menuju ke Rawang. Nak amik Ustaz. Senior... kenela jemput kat umah.. Hehehe.. Sampai umah Ustaz kul 4. Then, terus gerak ke Cameron Highlands. Time ni kereta sume berpecah, sebab jem teruk kat pekan Rawang. Mohni dengan Nazri dah masuk highway. Yang lain terlepas highway, lalu jalan dalam sampai ke Tanjung Malim. Pastu baru masuk highway. Kitorang berhenti kat RNR Tapah, berkumpul semula sebab lepas tu nak exit highway naik ikut jalan lama.
Perjalanan diteruskan menuju ke Cameron Highlands. Sampai kat Tanah Rata kul 9 malam. Time tu hujan. Lagi sejuk la dibuatnya. Kitorang pegi ke Jabatan Perhutanan untuk cari tapak khemah. Macam biasa, kitorang tak buat booking pun. Sebab pe? Sebab tak tau berapa ramai yang nak pegi. Itu la masalahnya kalu last minute ada yang tak jadi pegi, ada yang jadi pegi. Susah nak buat booking. Nak budget beli barang makan pun susah. Tapi nasib baik la ada kawasan untuk kitorang dirikan khemah. Bukan proper tapak khemah, tapi boleh la. Time tu hujan dah berenti. Sejuk je yang tak berenti. Suhu dalam 11 - 12 darjah celcius. Aku yang memang kulit tahan panas KL, tak tahan gak la sejuknya. Cuma Ustaz je yang cool, releks jer. Ilmu apa yang ustaz ada sampai tak rasa sejuk pun. Senior... banyak pengalaman.. Heheh..
Bila dah setel pasang khemah, kitorang pun masak apa yang patut. Sambil makan borak2 citer apakebenda tah. Tapi yang pastinya citer yang lawak2 la. Makan sambil senyum nampak gigi.. Hahaha.. Ayat famous malam tu.... "gangren". Aku tak pasti la kul bape aku masuk tido, tapi memang dah agak lewat gak. Biasalah, bila berkumpul dengan kawan2, mesti banyak citer yang nak diborakkan. Rugi kalau gi camping, pasang khemah, makan terus tido. Tak terasa feel kembara kalau tak berborak. Time ni la nak kenal ngan lebih rapat sesama cikgu. Kalau kat skolah tu masing2 sibuk dengan hal masing2. Malam tu, time tido macam2 bunyi ada. Aku tak dengar apa2 sebab aku dah tido. Yang pastinya aku salah seorang pembuat bunyi tu. Sori geng, dah penat, nak wat camna... Heheh..
Day 2 (8 Februari 2009)
Bangun tido kul 6.30 pagi. Bersihkan apa2 yang patut. Khemah takyah nak kemas sebab Hawa tak join naik gunung. Camna nak naik, dia pregnant. Dia tolong jaga khemah kitorang. Baik sungguh isteri Nazri ni. Setelah breakfast ala kadar, kitorang berkumpul untuk siap sedia ke puncak Gunung Brinchang. Kitorang tak mula dari bawah, penat nanti nak naik Gunung Irau. So kitorang decide nak start terus kat pintu masuk Gunung Irau.
Naik ke puncak Gunung Brinchang hanya 4 kereta je. Kereta Nazri tinggal kat campsite. Isteri dia jaga. Baik sungguh isteri Nazri ni (dah 2 kali sebut). Dari campsite ke puncak Gunung Brinchang ada la dalam sejam perjalanan. Bukan jauh, cuma jalan yang kecil, naik bukit mencanak. Bila ada lori teh lalu kene stop dulu. Tu yang sampai sejam tu. Sepanjang perjalanan melalui ladang teh yang luas mata memandang. Then, lepas je lalu ladang teh, jalan terus naik je, non-stop. Macam2 bau yang kuar dari kereta. Bau brake-pad & bau tayar. Hangit semacam je. Harap2 takde masalah kat kereta. Kereta aku dah la zaman 1997 nye. Nasib baik takde apa2 berlaku. Kereta Viva Liza lagi la, baru kuar seminggu dah lalu jalan adventure ni. Mesti dia dah serik nak bawak kereta naik bukit camtu. Sori geng. Apa2 pun kira rekod la, kereta berjaya sampai ke jalanraya bertar yang paling tinggi di Malaysia. Berbangga sungguh aku dengan kereta aku. Haha..
Sampai puncak Gunung Brinchang, kitorang lepak dulu. Amik gambar dulu. Kira aktiviti kali ni berjaya tawan 2 gunung la. Kat puncak Brinchang (ketinggian 6,666 kaki) kitorang sempat la buang apa yang patut, sebab kat atas tu ada satelit pemancar telekom. Masing2 beratur menggunakan perkhidmatan toilet kat situ. Haha..
Dah agak puas bergambar, kitorang turun balik dalam 1km menuju ke pintu masuk Gunung Irau. Time tu jam pukul 10.30 pagi. Kira dah lewat nak buat daytrek. Ramai gak kenderaan lain kat situ. Means ramai la yang kat dalam hutan tu & makin lecak la trek. Sebelum mula pendakian, kitorang membaca doa yang diketuai oleh Ustaz. Doa agar tiada musibah yang melanda sepanjang pendakian, insyaAllah. Tepat jam 10.45 pagi (ikut jam aku) pendakian bermula. Macam biasa... aku sebagai presiden tetap pemimpin barisan belakang orang yang paling last bermula ditemani oleh naib presiden tetap, Nazri. Heheh.. Sepanjang 500m pertama trek melalui jambatan kayu. Alangkah bestnya kalau sampai puncak trek camtu. Haha.. Senang keje aku. Tapi 500m pertama je. Hmmm..
Semasa mula mendaki tadi Mohni dah berpesan, kalau pukul 2 petang tak sampai lagi, semua kene patah balik. Aku yang dah sedia slow mover ni, rasa macam tak dapat je sampai kat puncak. Takpelah, kalu tak sampai maknanya takde rezeki.. At least dapat merasa trek pun dah cukup. Sepanjang perjalanan.... Mak aihh, lecaknya memang tak terkata.. Bekas tapak kaki trekkers pun belambak. Yang agak nak jaga pakaian & kasut tu dari tak kotor, lupakan la hasrat murni tu. Aku baru je stengah jam jalan dah tak nampak dah rupa kasut aku yang sebenar. Stokin putih yang suci murni pun jadi warna cekelat lumpur. Hampeh.. Dah la pakai kasut crocs cap ayam (nak kata asadi pun bukan kot), takde grip langsung. Brape kali asyik nak jatuh terduduk je. Dah la slow, keadaan macam ni lagi la wat 2 kali ganda slow. Huhu.. Nasib baik la cuaca sejuk jadi penawar kedukaan. Kalu panas, ada yang tak pakai baju naik gunung.
Suku perjalanan, masing2 dengan pace masing2. Seperti dijangka, Mohni, Fakhzan, Hafizal & Fizah mendahului di depan. Fizah? Hebat tuu.. Yang lain still bersama menghadapi dugaan. Time ni ada yang dah tak larat nak teruskan perjalanan. Bukan tak larat, keadaan trek yang buat hati rasa taknak teruskan perjalanan. Kalau la trek cantik, memang selamba je leh sampai puncak walaupun lembab. Nora, diikuti oleh Liza, Ita Fa dan Fauzan dah mula berenti, nak patah balik. Ayat yang buat aku blah teruskan perjalanan.. "Kalu aku jatuh pengsan, sape nak angkat aku?" Dengan pantas aku menghilangkan diri, diikuti oleh Ustaz & Nazri. Hehe.. Bukan taknak tolong, cuma misi kene diteruskan. Dahla mula daki pun dah lewat, kene la cuba sedaya upaya nak sampai sebelum kul 2.
Trek dari mula naik turun je. Kira berbukit la treknya. Lepas aku, Ustaz & Nazri tinggalkan geng lain, time tu trek memang menurun je. Kira laju gak la perjalanan kitorang. Time tu Mohni and the gang memang dah jauh betul, dah sampai la tu kot. Bila dah menurun je trek, pastu siap la, menaik la pulak kan. Tak ingat nye menaik tu. Agak tinggi la jugak. Time tu Ustaz dah makin ke depan, tinggal aku ngan Nazri je. Separuh mendaki, Nazri dah tak larat, so aku terpaksa meninggal kan rakan sebarisan belakang ku. Itupun lepas Nazri bagi aku permisi untuk aku teruskan perjalanan aku. Isk isk isk..
Sampai kat puncak pendakian tu, aku ingat dah sampai la puncak. Rupanya baru sampai Anak Irau. Bapaknye lom sampai lagi. Aduu.. kene jalan lagi la nampaknya. Puncak anak irau agak luas & mendatar, leh wat campsite kat situ. Aku cari la Ustaz kot2 dia ada kat situ. Time tu ada la dalam 10 orang trekkers yang baru turun dari puncak Irau. Aku tanya diorang nampak tak sorang trekkers lalu kat situ. Diorang kata ada sorang baru lalu dalam 10 minit lepas. Confirm Ustaz la tu. Aku tanya jauh lagi ke nak sampai puncak Gunung Irau. Diorang kata dekat je. Dekat je? Betul ke idak, bila lalu sendiri baru tau.
Aku lepak kat puncak Anak Irau kejap je, sebab nak mengejar Ustaz. Aku kol Mohni, diorang dah lama sampai kat puncak Irau. Rasanya kul 12.45 dah sampai. Fuh! Time tu aku baru je tinggalkan Nazri. Jauh sungguh diriku tertinggal.. Aku start gerak dari Anak Irau kul 1.15 ptg. Perjalanan turun bukit then naik terus. Masa kat bawah bukit tu aku bertembung dengan Mohni and the gang. Time tu jugak aku jumpa Ustaz. Ustaz nak ikut patah balik, tapi aku kata alang2 dah sampai sini baik teruskan aje. Rugi kalau patah balik, tak merasa sampai puncak. Teringat balik apa yang Mohni penah cakap, kalau sekali dah naik, takkan naik dah, baik naik gunung yang lain. Maknanya kalau aku patah balik, ntah bila aku leh pegi lagi. Lagi pun tinggal nak naik bukit je, terus sampai puncak. So, Ustaz pun ikut aku naik sampai puncak.
Dalam perjalanan naik tu, memang ramai geng2 trekkers tengah turun. Sampai kat satu part tu, panjat trek dengan batu je, time tu ramai trekkers tengah turun. Aku dengan Ustaz kene la tunggu sampai semua dah turun. Kat situ je dah lebih setengah jam aku tunggu. Then kitorang naik pulak. Last skali ada sorang guide tu tegur Ustaz, "Ni nak camping kat puncak ke?". Ustaz kata tak, turun balik. Rupanya guide tadi orang terakhir yang tinggalkan puncak Gunung Irau. Ustaz dah tak larat nak teruskan perjalanan. Sampai dia suruh aku naik sorang2. Tak sedap la pulak aku nak jalan sorang2 nih. Aku tunggu gak Ustaz, bagi rehat sampai la leh jalan balik. Akhirnya.... Sampai jugak kat puncak Gunung Irau. Jam tepat kul 3. Janji Mohni tadi kul 2 kene patah balik. Dah lewat dari masa yang ditetapkan. Memang kat puncak takde sorang pun, padahal masa jumpa Mohni tadi, dia kata puncak full house, dalam 40 orang. Rupanya ada trek lain turun dari puncak, ikut jalan trek ladang teh.
Kat atas puncak takde beirut. Cuma ada signboard tulis puncak Gunung Irau. Itu pun diselitkan kat celah pokok. Rakyat Malaysia cukup suka sifat vandalisme yang terpuji nih. Hampeh. Kat atas puncak gak ada batu sempadan Pahang-Perak. Maknanya puncak gunung adalah sempadan 2 negeri. Time tu la Ustaz makan roti, duduk kat Pahang, cicah kaya kat Perak.. Haha.. Klasik sungguh.. Keadaan puncak agak rata, berpasir. Yang tak bestnya sampah belambak kat keliling puncak. Siap ada bau yang kurang menyenangkan. Punca air takde, confirm main 'lepas' camtu jer. Itu la rakyat negaraku.. Malaysia boleh!!
Dalam setengah jam gak aku lepak kat puncak. Amik gambar mana2 yang patut. Then macam biasa, terpikir... "Bila dah penat naik camni, confirm turun pun sama.." Kalau dulu naik Gunung Datuk cuma naik je. Bila turun senang. Ni kene naik turun balik. Larat ke tak kene lalu jugak. Takpe, berbekalkan semangat & cekelat & air 100 plus yang ada, kitorang teruskan perjalanan.
On the way balik memang agak tertekan gak, sebab takde orang lain dah. Memang kitorang bedua je ni sampai balik. Kul 4.15 petang kitorang sampai balik kat Anak Irau. Lepak dalam 10 minit je. Time tu baju, seluar, kasut.... dah takde rupa dah. Kotor sesangat.. Dalam hati aku pikir, kalau hujan ni lagi susah nih. Masin gak hati aku ni, hujan pun turun. Lebat lak tu.. Makin menyukarkan perjalanan.. SEJUK!!.. Time tu kasut Ustaz dah putus.. Lagi tambah tekanan. Trek pun dah takde bekas tapak kasut trekkers lain. Masa mula daki memang cermat je pijak trek takut terpijak lumpur dalam. Tapi time balik, ku redah kan ajer. Tak ku hIRAU kan.. Selut sampai ke lutut. Nasib baik takde quicksand.. Heheh..
Mohni kol aku.. Dia dah nak gerak dulu, prepare makan malam. Time tu kul 5 petang. Aku ngan Ustaz still dalam hutan. Nak wat camna, akibat tidak mengikut arahan. Padan muka I.. Heheh.. Dalam perjalanan balik tu hujan turun, pastu berenti, pastu turun balik. Lagi la wat badan sejuk. Hasrat nak sampai sebelum gelap, tapi apakan daya. Time maghrib, cuaca makin gelap, still tak sampai lagi. Orang kata time maghrib jangan bejalan, nanti sesat. Tapi disebabkan takde pengalaman jalan malam, ku redah kan jua. Mengharapkan jumpa jambatan kayu kat depan. Bila dah cukup gelap, aku on torch light aku. Memang aku terkejut kejap time tu, sebab bila aku suluh trek kat depan, aku tak nampak langsung trek. Maybe dah gelap daun2 pokok semua tunduk. Then siap jumpa 3 lorong lagi. Perasaan seram sejuk dah sedia ada dalam hati ni. Tapi nasib la aku bedua dengan Ustaz, at least jadi apa2 leh la Ustaz baca apa yang patut.
Arwah ayah aku penah cakap, kalu menyuluh tu jangan suluh atas, takut ada benda yang tergantung ke.. aduu.. lagi la buat aku cuak je. Suluh pun depan je, dengan harapan takde la ternampak benda2 yang mencabar jiwa. Daki punya daki tak jumpa gak jambatan kayu tu. Sesat ke? InsyaAllah tak kot. Lastly masa kene daki yang terakhir, Ustaz kata kalau tak jumpa gak jambatan kayu tu dia nak azan je. Alhamdulillah, jumpa gak jambatan kayu tu. Lega... Kitorang sampai kat kereta aku jam 8.15 mlm. Walaupun baru 45 minit bergelap dalam hutan, terasa lama je perjalanan. Memang time tu tinggal kereta aku je kat situ. Then ada group trekkers dalam 5 orang camping kat situ. Air dah abis, nasib baik trekkers tu bagi sikit air dia wat bersihkan kaki.
Aku sampai ke camp site kul 9.00 mlm. Time tu semua tengah melepak bergurau senda. Hampeh.. Nak wat camna, itu la reward orang yang berjalan laju, banyak masa nak berehat. Fauzan dah tido awal, tak sihat. Aku yang dah tak larat, makan malam yang pelbagai pun aku sentuh sikit je. Minum yang lebih. Then aku bersihkan diri, lepak borak2. Dalam kul 12 kot baru aku masuk khemah, tido.. Time dalam khemah tu terdengar la bunyi2 kurang menyenangkan. Bukan dari aku @ kawan2 tapi dari 'penjaga' tempat tu. Dengar citer campsite tu agak 'keras' skit. Aku yang dah tak larat, khemah lak jauh dari yang lain, memang tak terdaya nak blah tido dalam surau. Aku terima je la kalau benda tu ganggu aku. Alhamdulillah, sambil mendengar bunyi2 tak tak menyedapkan hati tu, aku tertidur jua..
Day 3 (9 Februari 2009)
Bangun tido, sambil tunggu khemah kering sebelum packing, kitorang breakfast dengan makanan yang ada. Borak2, then aku declare pasal kewangan kelab. Ada la baki duit, buat makan tengahari ramai2. Duit biar kasi habis, baru semua orang puas hati. Lepas dah kemas semua barang, dalam kul 11 pagi, kitorang meninggalkan campsite. Sempat membeli belah kat Kea Farm. Nanti apa lak kata wife tercinta kalau pegi Cameron Highlands tak beli apa2 kan. Wife bagi permission pegi trekking pun dah cukup baik.
Lepas beli belah, kitorang lunch kat food court pekan Brinchang. Time tu jalan pun dah kurang normal.. Senget semacam jer. Sakit kaki.. Haha.. Lepas makan, dalam kul 2 petang kitaorang meninggalkan Cameron Highlands dengan seribu kenangan. Singgah solat di RNR Tapah, then teruskan perjalanan pulang.
Refleksi
Alhamdulillah, walaupun macam2 perkara yang berlaku masa kat campsite mahupun time trekking, kitorang tetap bersungguh2 menjalankan aktiviti. Apa yang penting, kerjasama.. (Wonderpets). Kepada ahli yang rasa phobia nak naik gunung, ingin dimaklumkan bahawa Gunung Irau adalah antara gunung yang tensen untuk didaki, kerana keadaan lecak dan berlumpurnya. Tak semua gunung macam tu, cuma yang baru first timer, kene lak Gunung Irau. Memang mencabar minda. Harapan agar ahli dapat meluangkan masa beriadah bersama FITT di masa akan datang. Dan harapan juga kepada muka2 baru SMK Danau Kota mahupun adventure partners untuk menambahkan lagi bilangan keluarga FITT. InsyaAllah..
saye da bace
ReplyDeletesaya ialah org pertama yg bace
setakat bace pun da mencabar minda
naik irau lagi la tergugat minda
isk3x
syabas kepada yg telah menawan irau
terutamanye kpd barisan blakang
kami mahu gambar... kami mahu gambar...
ReplyDeletetu la org dah ckp jgn pakai kasut cap ayam
ReplyDeletehahahah...
ReplyDelete"klu aku pengsan ...cam ner...? saper nk angkat aku.."
huhuhu...
kenangan terindah...