Saturday, October 3, 2009

Apa dah jadi dengan FITT?

Sejak kebelakangan ni nama FITT di sekolah sudah mula didengari. Kalau yang didengar citer best takpe la jugak. Ini tidak, macam2 citer yang tak baik yang kene kat FITT. Aku sebagai organiser team ni paling teruk kena. Macam2 cerita buruk yang keluar. Dari yang tak penah join dan yang penah join, sume bagi komen yang pedas. Tuduh menuduh dah jadi perkara utama.

Aku memang rasa kecewa dan sedih dengan keadaan nih. Cuba la berpikiran POSITIF sikit. Diperjelaskan lagi sekali.... FITT ni diwujudkan untuk geng2 yang ingin cari pengalaman di hutan & gunung ciptaan Tuhan. Bukan nak memecah belahkan sesama manusia. Tak pernah ada paksaan pun dalam FITT nih. Even nak ambil keuntungan pun takde. Hatta satu sen pun organiser tak amik. Sebab tu namanya FREEDOM & INDEPENDENT!. Kepada yang rasa2 diri dia freedom & independent, boleh la join. Jangan la pulak yang diri dia terikat tapi mengada-ada rasa diri tu independent. Kalau kes camtu sebaik-baiknya jangan la join. Kami pun tak paksa. Yang tak minat dengan aktiviti trekking tak perlu la nak buat cerita bukan2. Tak payah join, fullstop. Tapi, kalau rasa nak join, memang dialu-alukan. Yang ada masalah lain pulak, jangan salahkan FITT. Tengok pada diri sendiri dulu baru nak tuding jari kat orang lain.

Antara tujuan FITT adalah untuk bagi peluang kepada first timer nak join trekking. Ye lah, kang segan je baru first time, takde pengalaman, terus nak join team yang dah lama establish. Nanti ada yang tertinggal kat belakang pulak. Dalam FITT jangan risau, memang aku je la yang menghuni seat belakang, now and forever. Heheh. Yang dah experience pun boleh join, takde masalah. Cuma kalau student nak join, tunggu lepas abis sekolah dulu ye. Aku pun bukanlah dah tahap professional pasal hal-hal mendaki ni. Boleh dikatakan amatur je. Tak pun novice. Yang penting kita belajar dari pengalaman. Masing-masing ada minat dan hobi masing2, betul tak? Jika rasa nak cuba sesuatu pengalaman yang baru, welcome! Tapi kepada yang tak berminat, get lost! Senang cerita. Cuma aku pohon janganlah buat cerita bukan2. Tu aje. Hidup dalam satu komuniti ni kene la bekerjasama. Aku takde masalah dan percaya dengan geng2 aku. Aku harap geng2 aku pun takde masalah dengan aku. Kalau ada sekalipun, datang berjumpa dengan aku. Jangan cakap belakang je. Panas betul la. Aircond 2 kuasa kuda pun lom tentu leh sejukkan kepanasan nih.

Aku sebagai organiser FITT mintak maaf kalau ada buat salah dan silap masa aktiviti di jalankan. Aku akan cuba perbaiki dari semasa ke semasa. Kepada geng2 yang dah sedia mengenali aku, you know who I am. Manusia memang selalu buat silap. Tapi ada manusia yang tak suka bermaaf-maafan. Nak buat macamana. Bagi aku, hidup ni sekali je. Biarlah ceria sikit. Family paling utama. Kawan2 sebagai penambah seri. Lawan tolak ke tepi. Cuma aku nak tau la, seronok ke hidup bermusuh-musuh ni? Hmm.. maybe ada yang suka camtu kot? Wallahualam...

Di kesempatan ni, aku mewakili FITT nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN kepada semua umat islam umumnya dan ahli FITT khususnya. Kepada yang rasa ada wat silap ngan aku, don't worry.. Dah lama dah aku maafkan. Aku cuma nak jadi diri aku yang sebenarnya. True colours.. Ceria, kelakar, suka berkawan dengan orang yang paham erti setiakawan, suka bercakap (pasal tu la aku buat blog nih), tolong menolong & jaga hati kawan2. Kepada ahli FITT, time raya dah banyak melantak ketupat lemang rendang, sampai la masanya nak dapatkan 'angin' balik. Aktiviti selepas raya akan menyusul. Apa kata kita pakat bawak baju melayu@kurung satu set, lemang, ketupat & rendang, pastu pakai & makan kat puncak. Amacam? Jadi la tajuk "XPDC BERAYA DI PUNCAK". Heheh. Saje je wat cerita. Tapi kalau jadi, mesti best, lain dari yang lain. Diulang lagi sekali, yang berminat dialu-alukan. Sungguh2 nih. Kita tunggu destinasi seterusnya.. Ceria selalu.. Salams to all..

No comments:

Post a Comment