- TARIKH: 20 JUN 2009
- LOKASI: BUKIT TABUR, TAMAN MELAWATI
Info Bukit Tabur
Bukit Tabur terletak di Taman Melawati. Juga dikenali dengan nama Bukit Tabuh/Bukit Hangus. Puncak bukit ni memang jelas kelihatan di jalan MRR2. Boleh dikatakan sebagai background Taman Melawati. Bukit ni adalah sebuah rabung yang panjang. Dah macam Great Wall of China je. Ketinggian puncak yang hanya 396 meter (1300 kaki), dianggap seperti mudah. Tapi, realitinya ramai dah yang cedera parah dan ada yang menemui ajal di sini. Keadaan bukit yang majoritinya adalah batu kapur dan granit. Memang mencabar bila panjat bukit ni. Pendakian bermula dari Kampung Klang Gate, 50 meter dari pintu masuk ke empangan Klang Gate. Pendakian mengambil masa 2-3 jam, mengikut pada tahap kemahiran pendaki. Disarankan jangan mendaki ketika waktu hujan/ribut. Dikuathiri disambar petir sebab keadaan trek yang agak terbuka di puncak. Keselamatan perlu dijaga.
Set Induksi....
Assalamualaikum & salam sejahtera. Dah lama jugak aku tak update blog nih. Biasalah, malas... Heheh. Takpe, aku cuba untuk mengaktifkan balik blog nih. Update apa2 citer yang bersesuaian dengan tema blog aku ni, trekking. Ada masa terluang, aku bercerita, insyaAllah. Cuti pertengahan tahun baru je abis minggu lepas. Balik je ke sekolah, geng2 yang setia (bukan Ustaz Setia) dah mula bertanyakan aktiviti FITT seterusnya. Mohni dah mula tanya destinasi seterusnya. Setelah sekian lama berehat, angin pun belum tentu ada lagi, dia cadangkan FITT pergi trekking tempat yang dekat ngan KL. Aku pun terpikir la Bukit Tabur ni. Dekat sangat dengan rumah yang dah 22 tahun aku duduk, tapi tak penah pun cuba nak daki. Jual mahal, nak pegi jauh2 je. Disebabkan gaji bulan 6 belum masuk lagi, maka diputuskan trekking guna budjet paling murah. Ini lah destinasi seterusnya.... Bukit Tabur.
Kisah dua orang doktor yang mati jatuh dari Bukit Tabur masih baru lagi. Kerja gila la nak pegi panjat. Tapi nama pun adventure, cuba la nasib. InsyaAllah kalau niat baik nak explore flora & fauna ciptaan Tuhan, dengan menjaga keselamatan diri, takkan ada perkara yang tak diingini terjadi. Aku kumpulkan geng2 yang nak join panjat. Macam biasa, kalau tak join, lepas ni dah takkan naik dah. Peluang jangan dilepaskan. Kumpul punya kumpul, dapatla 5 orang je. Jadi laa.. Ahli FITT yang pergi meng'adventure'kan diri kali ni adalah Aku, Mohni, Ustaz Setia, Hafizal dan Fakhzan. 5 bands of brothers! Yang lain ada komitmen masing2. Tiada paksaan dalam FITT. Set tarikh sesuai, rancangkan kerja dan kerjakan rancangan..
Hari Kejadian.. (20 Jun 2009)
Ahli berkumpul jam 8.00 pagi kat Restoran Deen Taman Melawati. Aku yang lepas solat subuh menunggu panggilan dari geng2. Sebab semalamnya dengar citer ustaz macam tak jadi pergi. Tepat kul 7.00 pagi Ustaz call aku. Dia dah ada kat Taman Melawati. Fuhh! Bersemangat sungguh abang Setia kali ni. Bukan pe, Ustaz dah penah naik Bukit Tabur sebelum ni dengan geng2 cikgu lain tahun lepas. Tak expect lak dia nak join. Apa2 pun sungguh berbesar hati sebab dia sudi join panjat lagi sekali.
Aku call Mohni, tapi tak berangkat. Maybe dalam perjalanan kot. Aku bersiap2. Kul 7.30 pagi lepas ucap selamat kat wife aku, start motor ex5 standard aku terus gi Taman Melawati. Dekat je, 5 minit dah sampai dah (moto laju memang camtu... Haha). Siap bawak joran 2 batang lagi. Cadangnya nak sambung memancing kat dam Klang Gate lepas turun Bukit Tabur. Kat Taman Melawati, aku jumpa Mohni kat Restoran Deen. Member dah melantak dulu. Aku order roti bakar 2 set dengan teh tarik yang tak berapa nak sedap. Risau gak, lepas makan terus panjat mesti keluar balik nih. Takpe, kebiasaan diriku.. Heheh.. Tunggu Hafizal dengan Fakhzan lak. Rupanya Hafizal dah ada ngan Ustaz kat starting point. Semangat tul.. Dah abis breakfast, baru Fakhzan sampai. Dia pun bungkus makan kat starting point.
Ntah cemana aku leh lupa jalan nak pegi dam Klang Gate. Dulu masa muda remaja dulu selalu gak pegi dam mandi ngan kawan2. Tu citer belasan tahun dulu. Jalan pun dah turap banyak kali. Bila rasa macam dah sesat, aku call Hafizal mintak amik kat jalan besar. Akhirnya jumpa gak jalan. Malu rasanya dok area sini tapi lupa jalan. (nasib baik aku orang Muar). Jumpa Ustaz tengah warm-up. Dengan sup cendawan liar dalam botol mineral besar, sungguh bersemangat Ustaz kita nih.. Sup tu ubat kuat tuu.. Heheh. Parking motor, kunci apa yang patut, standby nak panjat. Tunggu pulak si Fakhzan melantak dulu.
Time baru sampai kat starting point
Sempat isi perut dulu dengan kari mamak
"Harap2 takde la kuar berita pasal jatuh Bukit Tabur
hari ni." "Mulut tu bebaik sikit nyebutnya.."
Ubat kuat khas untuk lelaki je. Khasiat? Tungguu..
Mulanya di sini...
Bila semua dah setel, kami mulakan pendakian. Dalam jam 9.00 pagi kami mula mendaki. Dari mula trek terus je menaik. Takde yang mendatar pun. Isi perut aku pun mula la menaik gak. Aku lupa lagi, aku memang takleh minum susu sebelum mendaki nih. Mesti kuar balik nye. Kene wat reminder sebelum start trekking nampaknya. Tak terkilan, pasal teh tarik tadi kurang rasa kesedapannya. Memang tak patut berada dalam perut aku. (Alasan... Heheh..) Dari mula pendakian ada tanda checkpoint. Tanda spray atas batu. Menurut kata Ustaz yang penah naik, rasanya dalam 12 checkpoint sampai ke puncak tertinggi. Aku baru checkpoint 3 dah mengah semacam. Kontrol.. Kontrol.. Time ni geng2 lain still ada lagi. Agak santai je aktiviti kali ni. Takde nak kejar masa. Jalan sikit pastu borak-borak, ambik gambar. Kurang la rasa tertinggal aku kat belakang. Tapi aku pikir, andai kata memang tertinggal jauh dengan diorang, pastu sampai lak part panjat yang hardcore level, aku patah balik jer. Tunggu kat dam je la nampaknya.
Pintu masuk starting point. Macam masuk kebun
orang tanpa kebenaran je.
Ada la insan prihatin yang tolong bagi reminder
kepada trekkers2 yang lain. Baguih dok ada..
Masing-masing dengan gaya tersendiri. Kheelass gitu..
Keadaan bukit kat Melawati yang sedap ditarah
oleh kontraktor. Love natures...
Silap panjat ni, mau cedera parah tahap dewa ke-7.
Berehat seketika bersama kit kat.. belakang view
empangan klang gates
Pantas sungguh Peja nih. Dah kat seberang dah..
Laa, baru sampai checkpoint 4 ke? Huhu..
Bersembang tentang politik dunia ke-3.. Khusyuk
yang lain mendengarnya..
Tengok tu, siap bawak paper lagi.. Sambil daki baca
paper tu.. Dasyat sungguh geng2 aku nih..
Pendakian diteruskan....
Dah cukup berehat, perjalanan diteruskan. Cuaca semakin mendung. Camna nih? Takut jugak kalau2 hujan turun berpakejkan kilat. Kat sini agak terbuka sikit. Senang2 je kene sambar. Batu granit bukan tarik kilat ke? Ntah, aku pun tak pasti. Yang aku harap cuma jangan la ada kilat. Hujan je takpe, dah biasa masa naik gunung Irau dulu. Sume mengharap ujan tak turun. Pendakian diteruskan jugak. Time ni Mohni dah hilang. Dia dah jalan dulu. Dia kata dia tunggu time nak turun nanti. Aku kol dia tak dapat. Risau gak kalu jadi apa2 kat dia, terjatuh ke, apa ke. Kalu ada kesan takpe la. Eksiden ni tak kira sape, ada experience ke, takde ke. Tapi kalu hati2 insyaAllah takde pe. Aku andaikan takde apa2 berlaku kat geng2 aku. nanti kang susah lak nak wat aktiviti trekking lagi. Aku kalu geng2 aku ni sorang takde, memang mood nak trekking tak berapa nak best. Walaupun aku selalu dapat tempat di belakang skali, ibarat macam trekking sorang2, tapi dengan adanya geng satu kepala camni, rasa meriah je bila panjat gunung.
Lepas checkpoint ke-6, trek dah jadi batu-bata je. Maknanya dah mula nak memanjat level hardcore. Takde la 'se'hardcore mana, tapi bila tau ramai yang dah eksiden kat sini, kira hardcore jugakla. Naik turun curam, sedar tak sedar dah sampai checkpoint 9. Kat sinilah tempatnya kejadian yang tak diingini berlaku. Aku tgk dah ada laluan baru. Bila intai laluan lama, baru la aku paham nape ramai orang jatuh kat situ. Tinggi betul. Kalu terlepas, memang tergolek kebawah 100 meter kot. Gila la.. Simpati aku kat geng2 trekkers yang alami kemalangan kat sini. Tima kasih kat trekkers yang buat laluan baru. Kurang la kesusahan nak teruskan pendakian. Dan tima kasih gak sebab letak banyak sign amaran dengan bendera merah skali. Memang prihatin sungguh trekkers Malaysia ni. Salute gua kat korang sume.
Aku cuba lagi kol Mohni kalu2 dah ada line. Dapat cakap tapi line putus. Sempat dia bgtau dia dah sampai puncak dan tengah mencari jalan lain nak turun. Tak lalu aku kalu nak turun balik ikut jalan yang sama. Memang jatuh moral aku kalau kena lalu balik. Sorang2 amik position turun ikut tali yang disediakan. Macam biasa, aku last skali. Tu pasal la banyak gambar yang aku amik post punggung geng2 aku. Heheh.. Censored.. Lelaki, apa ada hal posing tunjuk punggung nih. Haha.. Slow2 kitorang turun bukit, naik bukit.. Sampai aku tak sempat kira berapa kali naik turun. Sebab fokus sgt takut jatuh tergolek. memang kene hati2.. Tempat nak berpaut pun sikit je.. Cabaran sungguh.. Kalu ada yang offer naik bukit ni lagi skali, aku ikut... tapi sampai pintu masuk je la, pastu aku tunggu kat bawah sambil memancing.. Heheh..
Gaya sisi bro Peja. Yang kat depan tu masih lagi
terkenangkan kudanya yang hilang.. Leave me
alone, pleasee.. Fakhzan nak pegi pujuk..
Antara gambar paling cun skali. Adakah kerana
backgroundnya atau kerana kehadiran dua jejaka ini?
Mari kita pikirkan bersama...
Siap ada gantung bendera merah.. Hebat.. Cuma
yang aku konpius, camna dia panjat sampai tinggi
camtu? Hebat 2x...3x...4x...
Ustaz dengan tali tak dapat dipisahkan.. Kacang
parang je aktiviti guna tali nih.. Biasa tambat kuda
sebelum hilang dulu..
Sampai checkpoint no Ronaldinho. Sikit je lagi..
Lepas je panjat route hardcore tu, dah sampai ke checkpoint 10. Trek semakin lapang. Ada kesan unggun api lagi. Maknanya ada yang bermalam kat atas ni. Best gak kan, bermalam kat atas bukit kat Taman Melawati. Bunyi macam cool jer. Bila tanya Ustaz ni ke puncaknya, belum lagi. Ada lagi nak kene panjat. Adulaa.. Dah nak rasa merdeka dah, tak jadi tarik balik. Sambung pendakianlah nampaknya. Silap, bukan daki je, kene jugak turun balik. Cess.. Time ni jumpa geng cina (bukan geng along, nampak baik je..) Tanya mana satu puncak yang tinggi. Dia jawab ada kat depan, sikit je lagi. Nampak ada lumut kat tanah kira tahap tertinggi la tu.
Checkpoint 11 dah jumpa. Kalu betul la sampai 12 je, maknanya da dekat. Jumpa satu lagi curam yang agak cerun. Time ni aku pikir, kalu nak patah balik, memang tak sanggup aku. Harap2 time turun nanti ada la jumpa route yang leh menenangkan jiwa skit. Rupanya lepas curam tinggi tu sampai puncak yang dikatakan puncak tertinggi. Takde beirut, takde batu penanda. Jadi kitorang pun wat la andaian masing2 bahawa ini la puncak tertinggi Bukit Tabur. Sebab lepas tu memang menurun je. Sebenarnya Bukit Tabur ni rabung yang panjang. Dari Ampang sampai ke Batu Caves. Dengar citer ada dua route nak daki Bukit ni. Satu dari tempat kitorang naik tadi, lagi satu kat area belakang Ampang. Tapi kurang pasti lak betul ke tak.
Tengah turun tu baru la jupe Mohni. Dah lebih stengah jam dia lepak kat situ. Dia kata kat depan skit ada la lumut kering kat tanah. Kononnya macam kat gunung Irau aritu. Tapi Irau lumutnya tak penah kering. Kalu badan dah penat, memang leh tido baring kat lumut Irau, dah macam karpet je. lepak kejap dalam 15 minit. Pastu aku patah balik jumpa Mohni ngan Ustaz. Mohni kata ada route turun ikut kebun orang. Kira ok la kot trek dia, sebab takkan la kebun macam cerun batu lak kan. Kitorang ditemani dengan geng cina yang lain. Cina memang suka betul aktiviti panjat memanjat ni kan? Bagus untuk exercise.
Checkpoint 11. Yea.. yea.. dah nak sampai dah..
kat Bukit Tabur nih. Jauh jugak..
Haa.. ini la dia puncak tertinggi.. Akhirnya sampai gak.
Tak dapat nak amik gambar sebab yang lain dah jauh
ke depan.. Huhu..
Bergambar beramai-ramai sebelum turun ikut
route kebun orang..
Jalan susur ikut umah orang. Memang santai je.. Kalu
la sume gunung jalan camni kan beshh.. Mana de..
Kasut yang baru first time pakai. Tak menjanjikan
kelajuan dalam pendakian. Cuma selamat bila
memanjat. Biar lambat janji rugged.. Hahaha..
Refleksi....
Tak banyak perkara yang berlaku masa panjat Bukit Tabur. Apa yang aku belajar semata2 tentang keselamatan diri. Satu cabaran baru bagi aku. Walaupun newbie tapi aku tetap nak cuba. Alhamdulillah takde apa2 yang buruk berlaku kat geng2 FITT. Hati2 di tahap yang tertinggi. Kemalangan leh berlaku kat sesapa je, baik yang first timer ataupun yang dah byk experience. Yang penting jangan rasa berlagak bila trekking nih. Hutan bukan tempat kita. Bila dah masuk tu pandai2 la jaga diri, jaga mulut dan jaga keselamatan. Aku nak merakamkan rasa simpati aku terhadap trekkers & family yang telah alami kemalangan di Bukit Tabur. Moga roh2 nya dicucuri rahmat.. Sekian.. Salams to all..
No comments:
Post a Comment