Monday, June 22, 2009

Learning From Experience - Gunung Irau

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Setelah menempuh pelbagai rintangan di Gunung Irau, aku dapat merasakan beberapa perkara yang perlu dipenambahbaikkan. Bukannya nak tunjuk terer atau nak tonjol kelemahan diri, tetapi sebagai peringatan supaya berhati-hati dan agar aktiviti yang seterusnya dapatlah kita hindar dari segala kecelakaan. Mungkin nampak macam biasa, tapi bila dah selalu terjadi, yang biasa pun boleh jadi luar biasa. Sediakan payung sebelum hujan kilat petir sabung menyabung. Kebanyakkannya berlaku pertama kali dalam hidup aku. Mari kita kongsi bersama...

1. Kasut
Walaupun dah penah experience pasal kasut ni, tapi tetap kene jugak. Sebelum mulakan aktiviti, kenelah pastikan macamana rupa bentuk trek yang bakal dilalui. Memang aku selalu buat macam tu. Cari dulu info banyak2 pasal gunung yang nak didaki. Tapi, camna aku leh lupa pun aku tak pasti. Masa pegi Pine Tree Hill tahun lepas, memang trek dia kering sepanjang perjalanan. Sesuai la kalau pakai kasut ringan macam crocs tu. Tapi aku pakai jugak kasut yang agak berat. Dah la slow, berat lak tu. Bila ke Gunung Irau ni, aku pakai kasut crocs cap ayam. Kononnya nak bagi ringan, tapi apakan daya. Dengan keadaan trek yang berlumpur + sentiasa basah + lembap buat aku lagi lembab. Asyik tertanggal je kasut, kene amik balik. Bila dah sampai bawah, terus dilempar je kasut tu jauh2 beserta dengan stokin sekali. Sampaikan aku terjumpa kasut trekkers lain yang ditinggalkan. Mesti diorang pun dah tak larat nak pakai, baik kaki ayam je. Rasanya lepas ni kene standby 2-3 pasang kasut kot. Tengok keadaan semasa trek yang nak dilalui.

2. Raincoat
Masa prepare barang nak pegi, aku ada terpikir nak bawak raincoat, yang disposable nye. Ringan, tak makan space. Tapi, lagi sekali lupa. Bila dah kene hujan dalam hutan baru la rasa menyesal. Sayang semuanya sudah terlambat. Nasib baik aku dah siap2 letak handphone & wallet dalam plastik kalis air. Kalau tak, konfem kene beli blackberry satu.. Haha.. Lepas je kejadian ni, aku terus beli 2 pasang raincoat, simpan siap2 dalam bagpack aku.

3. Torchlight
Kita tak tau apa yang bakal terjadi bila kat dalam hutan ni. Rasanya benda ni memang kene selalu beringat. Mohni memang selalu pesan suruh bawak benda ni. Memang amat berguna bila dah bergelap dalam hutan. Nasib baik la bawak, kalau tak... Lepas subuh baru jalan balik. At last torchlight yang aku dah beli sekian lama tu terguna jugak akhirnya.

4. Masa
Masa itu emas! Bila dah tau nak buat day trek, kene la awal2 pagi dah bertolak. Ini tidak, jam dah kul 11 pagi baru nak start trekking. Dahla tak penah daki, tak tau apa yang bakal menanti. Tapi nak buat camna, sebab starting trek kat puncak Gunung Berinchang. Kene la melawat kawasan dulu, amik gambar sedozen dua, cuci mata, beratur tumpang toilet.. Heheh..

5. Tapak khemah
Yang ni memang susah la nak wat reservation. Sebab tak dapat nak konfemkan berapa ramai yang nak pegi. Selalunya last minit baru tau bilangan sebenar. Bila time cuti sekolah atau cuti tersepit ni memang selalunya campsite penuh. Nasib baik ada ruang nak berkhemah aritu. Kalau tak, samada camping kat tepi jalan, tido dalam keta atau kat taman permainan. Tido atas gelongsor. Lagi hebat tido atas buaian, sambil duduk. Tapi rasanya lepas ni aku booking aje la berapa tapak pun, kalau tak ramai ahli leh la ajak campers lain join sekaki (kaki je kat dalam tapak khemah).

6. Mulut
Kerana mulut badan binasa. Tapi kan, memang susah la nak tahan dari cakap benda bukan2 ni. Badan bila dah penat, macam2 keluar dari mulut. Sekali keluar ayat penat, memang dua kali ganda penat la jadinya. Tak perlu cakap penat, dengar dari bunyi nafas & tahap aliran peluh pun dah tau tahap kepenatan. Cuma kali ni aku berjaya jugak la menahan dari cakap benda yang binasakan diri aku ni. Tapi, ada jugakla yang dah terdetik dalam hati. Mana taknya, bila dah nak gelap still tak sampai2 lagi. Macam2 benda negatif yang ada dalam pikiran.

Rasanya setakat ni je la experience yang aku dapat bila pegi Gunung Irau ni. Perkara seperti stamina tu takyah la nak cerita. Memang ada je setiap kali xpdc. Cukupla cerita masa pegi Gunung Datuk aritu. Tak berubah. Dengan nafsu makan yang makin menjadi2 dan kekurangan exercise diri buatkan stamina tak berubah. Harapan lepas ni dapatla aku kawal pemakanan dan curi2 masa sikit waktu petang gi exercise.. Salam..

No comments:

Post a Comment