Monday, September 14, 2009

Bukit Tabur ku daki jua....


  • TARIKH: 20 JUN 2009
  • LOKASI: BUKIT TABUR, TAMAN MELAWATI

Info Bukit Tabur
Bukit Tabur terletak di Taman Melawati. Juga dikenali dengan nama Bukit Tabuh/Bukit Hangus. Puncak bukit ni memang jelas kelihatan di jalan MRR2. Boleh dikatakan sebagai background Taman Melawati. Bukit ni adalah sebuah rabung yang panjang. Dah macam Great Wall of China je. Ketinggian puncak yang hanya 396 meter (1300 kaki), dianggap seperti mudah. Tapi, realitinya ramai dah yang cedera parah dan ada yang menemui ajal di sini. Keadaan bukit yang majoritinya adalah batu kapur dan granit. Memang mencabar bila panjat bukit ni. Pendakian bermula dari Kampung Klang Gate, 50 meter dari pintu masuk ke empangan Klang Gate. Pendakian mengambil masa 2-3 jam, mengikut pada tahap kemahiran pendaki. Disarankan jangan mendaki ketika waktu hujan/ribut. Dikuathiri disambar petir sebab keadaan trek yang agak terbuka di puncak. Keselamatan perlu dijaga.

Set Induksi....

Assalamualaikum & salam sejahtera. Dah lama jugak aku tak update blog nih. Biasalah, malas... Heheh. Takpe, aku cuba untuk mengaktifkan balik blog nih. Update apa2 citer yang bersesuaian dengan tema blog aku ni, trekking. Ada masa terluang, aku bercerita, insyaAllah. Cuti pertengahan tahun baru je abis minggu lepas. Balik je ke sekolah, geng2 yang setia (bukan Ustaz Setia) dah mula bertanyakan aktiviti FITT seterusnya. Mohni dah mula tanya destinasi seterusnya. Setelah sekian lama berehat, angin pun belum tentu ada lagi, dia cadangkan FITT pergi trekking tempat yang dekat ngan KL. Aku pun terpikir la Bukit Tabur ni. Dekat sangat dengan rumah yang dah 22 tahun aku duduk, tapi tak penah pun cuba nak daki. Jual mahal, nak pegi jauh2 je. Disebabkan gaji bulan 6 belum masuk lagi, maka diputuskan trekking guna budjet paling murah. Ini lah destinasi seterusnya.... Bukit Tabur.

Kisah dua orang doktor yang mati jatuh dari Bukit Tabur masih baru lagi. Kerja gila la nak pegi panjat. Tapi nama pun adventure, cuba la nasib. InsyaAllah kalau niat baik nak explore flora & fauna ciptaan Tuhan, dengan menjaga keselamatan diri, takkan ada perkara yang tak diingini terjadi. Aku kumpulkan geng2 yang nak join panjat. Macam biasa, kalau tak join, lepas ni dah takkan naik dah. Peluang jangan dilepaskan. Kumpul punya kumpul, dapatla 5 orang je. Jadi laa.. Ahli FITT yang pergi meng'adventure'kan diri kali ni adalah Aku, Mohni, Ustaz Setia, Hafizal dan Fakhzan. 5 bands of brothers! Yang lain ada komitmen masing2. Tiada paksaan dalam FITT. Set tarikh sesuai, rancangkan kerja dan kerjakan rancangan..

Hari Kejadian.. (20 Jun 2009)

Ahli berkumpul jam 8.00 pagi kat Restoran Deen Taman Melawati. Aku yang lepas solat subuh menunggu panggilan dari geng2. Sebab semalamnya dengar citer ustaz macam tak jadi pergi. Tepat kul 7.00 pagi Ustaz call aku. Dia dah ada kat Taman Melawati. Fuhh! Bersemangat sungguh abang Setia kali ni. Bukan pe, Ustaz dah penah naik Bukit Tabur sebelum ni dengan geng2 cikgu lain tahun lepas. Tak expect lak dia nak join. Apa2 pun sungguh berbesar hati sebab dia sudi join panjat lagi sekali.

Aku call Mohni, tapi tak berangkat. Maybe dalam perjalanan kot. Aku bersiap2. Kul 7.30 pagi lepas ucap selamat kat wife aku, start motor ex5 standard aku terus gi Taman Melawati. Dekat je, 5 minit dah sampai dah (moto laju memang camtu... Haha). Siap bawak joran 2 batang lagi. Cadangnya nak sambung memancing kat dam Klang Gate lepas turun Bukit Tabur. Kat Taman Melawati, aku jumpa Mohni kat Restoran Deen. Member dah melantak dulu. Aku order roti bakar 2 set dengan teh tarik yang tak berapa nak sedap. Risau gak, lepas makan terus panjat mesti keluar balik nih. Takpe, kebiasaan diriku.. Heheh.. Tunggu Hafizal dengan Fakhzan lak. Rupanya Hafizal dah ada ngan Ustaz kat starting point. Semangat tul.. Dah abis breakfast, baru Fakhzan sampai. Dia pun bungkus makan kat starting point.

Ntah cemana aku leh lupa jalan nak pegi dam Klang Gate. Dulu masa muda remaja dulu selalu gak pegi dam mandi ngan kawan2. Tu citer belasan tahun dulu. Jalan pun dah turap banyak kali. Bila rasa macam dah sesat, aku call Hafizal mintak amik kat jalan besar. Akhirnya jumpa gak jalan. Malu rasanya dok area sini tapi lupa jalan. (nasib baik aku orang Muar). Jumpa Ustaz tengah warm-up. Dengan sup cendawan liar dalam botol mineral besar, sungguh bersemangat Ustaz kita nih.. Sup tu ubat kuat tuu.. Heheh. Parking motor, kunci apa yang patut, standby nak panjat. Tunggu pulak si Fakhzan melantak dulu.

Photobucket

Time baru sampai kat starting point

Photobucket

Sempat isi perut dulu dengan kari mamak

Photobucket

"Harap2 takde la kuar berita pasal jatuh Bukit Tabur

hari ni." "Mulut tu bebaik sikit nyebutnya.."

Photobucket

Ubat kuat khas untuk lelaki je. Khasiat? Tungguu..

Mulanya di sini...

Bila semua dah setel, kami mulakan pendakian. Dalam jam 9.00 pagi kami mula mendaki. Dari mula trek terus je menaik. Takde yang mendatar pun. Isi perut aku pun mula la menaik gak. Aku lupa lagi, aku memang takleh minum susu sebelum mendaki nih. Mesti kuar balik nye. Kene wat reminder sebelum start trekking nampaknya. Tak terkilan, pasal teh tarik tadi kurang rasa kesedapannya. Memang tak patut berada dalam perut aku. (Alasan... Heheh..) Dari mula pendakian ada tanda checkpoint. Tanda spray atas batu. Menurut kata Ustaz yang penah naik, rasanya dalam 12 checkpoint sampai ke puncak tertinggi. Aku baru checkpoint 3 dah mengah semacam. Kontrol.. Kontrol.. Time ni geng2 lain still ada lagi. Agak santai je aktiviti kali ni. Takde nak kejar masa. Jalan sikit pastu borak-borak, ambik gambar. Kurang la rasa tertinggal aku kat belakang. Tapi aku pikir, andai kata memang tertinggal jauh dengan diorang, pastu sampai lak part panjat yang hardcore level, aku patah balik jer. Tunggu kat dam je la nampaknya.

Photobucket

Pintu masuk starting point. Macam masuk kebun

orang tanpa kebenaran je.

Photobucket

Ada la insan prihatin yang tolong bagi reminder

kepada trekkers2 yang lain. Baguih dok ada..

Photobucket

Masing-masing dengan gaya tersendiri. Kheelass gitu..

Photobucket

Keadaan bukit kat Melawati yang sedap ditarah

oleh kontraktor. Love natures...

Photobucket

Silap panjat ni, mau cedera parah tahap dewa ke-7.

Photobucket

Berehat seketika bersama kit kat.. belakang view

empangan klang gates

Photobucket

Pantas sungguh Peja nih. Dah kat seberang dah..

Photobucket

Laa, baru sampai checkpoint 4 ke? Huhu..

Photobucket

Bersembang tentang politik dunia ke-3.. Khusyuk

yang lain mendengarnya..

Photobucket

Tengok tu, siap bawak paper lagi.. Sambil daki baca

paper tu.. Dasyat sungguh geng2 aku nih..

Pendakian diteruskan....

Dah cukup berehat, perjalanan diteruskan. Cuaca semakin mendung. Camna nih? Takut jugak kalau2 hujan turun berpakejkan kilat. Kat sini agak terbuka sikit. Senang2 je kene sambar. Batu granit bukan tarik kilat ke? Ntah, aku pun tak pasti. Yang aku harap cuma jangan la ada kilat. Hujan je takpe, dah biasa masa naik gunung Irau dulu. Sume mengharap ujan tak turun. Pendakian diteruskan jugak. Time ni Mohni dah hilang. Dia dah jalan dulu. Dia kata dia tunggu time nak turun nanti. Aku kol dia tak dapat. Risau gak kalu jadi apa2 kat dia, terjatuh ke, apa ke. Kalu ada kesan takpe la. Eksiden ni tak kira sape, ada experience ke, takde ke. Tapi kalu hati2 insyaAllah takde pe. Aku andaikan takde apa2 berlaku kat geng2 aku. nanti kang susah lak nak wat aktiviti trekking lagi. Aku kalu geng2 aku ni sorang takde, memang mood nak trekking tak berapa nak best. Walaupun aku selalu dapat tempat di belakang skali, ibarat macam trekking sorang2, tapi dengan adanya geng satu kepala camni, rasa meriah je bila panjat gunung.

Lepas checkpoint ke-6, trek dah jadi batu-bata je. Maknanya dah mula nak memanjat level hardcore. Takde la 'se'hardcore mana, tapi bila tau ramai yang dah eksiden kat sini, kira hardcore jugakla. Naik turun curam, sedar tak sedar dah sampai checkpoint 9. Kat sinilah tempatnya kejadian yang tak diingini berlaku. Aku tgk dah ada laluan baru. Bila intai laluan lama, baru la aku paham nape ramai orang jatuh kat situ. Tinggi betul. Kalu terlepas, memang tergolek kebawah 100 meter kot. Gila la.. Simpati aku kat geng2 trekkers yang alami kemalangan kat sini. Tima kasih kat trekkers yang buat laluan baru. Kurang la kesusahan nak teruskan pendakian. Dan tima kasih gak sebab letak banyak sign amaran dengan bendera merah skali. Memang prihatin sungguh trekkers Malaysia ni. Salute gua kat korang sume.

Aku cuba lagi kol Mohni kalu2 dah ada line. Dapat cakap tapi line putus. Sempat dia bgtau dia dah sampai puncak dan tengah mencari jalan lain nak turun. Tak lalu aku kalu nak turun balik ikut jalan yang sama. Memang jatuh moral aku kalau kena lalu balik. Sorang2 amik position turun ikut tali yang disediakan. Macam biasa, aku last skali. Tu pasal la banyak gambar yang aku amik post punggung geng2 aku. Heheh.. Censored.. Lelaki, apa ada hal posing tunjuk punggung nih. Haha.. Slow2 kitorang turun bukit, naik bukit.. Sampai aku tak sempat kira berapa kali naik turun. Sebab fokus sgt takut jatuh tergolek. memang kene hati2.. Tempat nak berpaut pun sikit je.. Cabaran sungguh.. Kalu ada yang offer naik bukit ni lagi skali, aku ikut... tapi sampai pintu masuk je la, pastu aku tunggu kat bawah sambil memancing.. Heheh..

Photobucket
Pemandangan rabung yang indah. Memang view
yang cukup best bila naik bukit nih.. Rugi tak ikut woo..

Photobucket
Sempat rehat2 lagi. Bagus gak, at least aku leh join
skali. Heheh..

Photobucket
Bila ada peluang berehat ni... takkan ku lepaskan..
Kasi sejuk perut dulu.. Heheh..



Photobucket
Yang bertopi koboi tu mesti cite keadaan cemas
masa orang curi kuda dia dulu..

Photobucket
Aku sorang2 je yang tinggal kat side belah sini.
Nak ke sana tu kene turun naik bukit tu.. Huhu..

Photobucket
Checkpoint 7. Ustaz kata puncak sampai checkpoint
12. Ada tinggal 5 je lagi.. Semangat..

Photobucket
Gaya sisi bro Peja. Yang kat depan tu masih lagi
terkenangkan kudanya yang hilang.. Leave me
alone, pleasee.. Fakhzan nak pegi pujuk..

Photobucket
Aku menunjukkan sign good luck kat Fakhzan
yang nak gi pujuk..

Photobucket
Peja berposing sambil menunggu keputusan pujukan
Fakhzan.. Berjaya ke tidak??

Photobucket
Yeaa.. Akhirnya berjaya misi Fakhzan. Tanda peace
tu menunjukkan Ustaz kembali ceria.. Heheh..

Photobucket
Aku dan Peja tumpang gembira sama.. Hahaha..

Photobucket
Antara gambar paling cun skali. Adakah kerana
backgroundnya atau kerana kehadiran dua jejaka ini?
Mari kita pikirkan bersama...

Photobucket
Pemandangan dam klang gate. Syiok dapat gi
memancing nih..

Photobucket
Dah sampai checkpoint 8 dah. Lagi 4.. Yeaa..

Photobucket
Keadaan ustaz yang masih lagi ceria. Apa la ubat
pujuk yang Fakhzan pakai ye?

Photobucket
Aiks? Ada plak 8+? Ke kejap lagi jumpa 8++ lak?
Macam kene tipu je ni. Cess..

Photobucket
Ooo.. rupanya 8+ tu nak bgtau yang tempat
trekkers jatuh tu dah dekat.. Rasanya lah..

Photobucket
Checkpoint 9. Aku mintak Fakhzan amik gambar route
yang bahaya tu. Aku tak berani, gayat.. Heheh

Photobucket
Cess, orang suh amik gambo lurah, celah kangkang
dia lak yang diambil. Tak patut..

Photobucket
Mak aihh.. Kalu terjatuh ni, mau sampai 100 meter
menjunam nih.. Free fall..

Photobucket
Keadaan tali yang agak mencurigakan aku.. Rasa
tak konfiden jer..

Photobucket
Siap ada gantung bendera merah.. Hebat.. Cuma
yang aku konpius, camna dia panjat sampai tinggi
camtu? Hebat 2x...3x...4x...

Photobucket
Antara part yang agak danger. Nak sampai puncak
memang kene panjat batu ni. Leh ke aku ni?

Photobucket
Ustaz dengan tali tak dapat dipisahkan.. Kacang
parang je aktiviti guna tali nih.. Biasa tambat kuda
sebelum hilang dulu..

Photobucket
Fakhzan pun takde halnye.. biasa dah training
askar sebelum nih

Photobucket
Curam batu yang agak tinggi dan menegak. Rasa nak
cramp kaki memanjatnya.

Photobucket
View bendera merah tadi lepas dah panjat ke
seberang. Memang jelas la guna kaler merah..

Photobucket
View dari atas batu. Kalu jatuh ni konpem jadi
macam bola pinball.. Isk3x..

Photobucket
Kepenatan + kegigilan.. Sampai tak sempat nak
cover apa yang patut..

Photobucket
Sampai checkpoint no Ronaldinho. Sikit je lagi..

Semakin hampir....

Lepas je panjat route hardcore tu, dah sampai ke checkpoint 10. Trek semakin lapang. Ada kesan unggun api lagi. Maknanya ada yang bermalam kat atas ni. Best gak kan, bermalam kat atas bukit kat Taman Melawati. Bunyi macam cool jer. Bila tanya Ustaz ni ke puncaknya, belum lagi. Ada lagi nak kene panjat. Adulaa.. Dah nak rasa merdeka dah, tak jadi tarik balik. Sambung pendakianlah nampaknya. Silap, bukan daki je, kene jugak turun balik. Cess.. Time ni jumpa geng cina (bukan geng along, nampak baik je..) Tanya mana satu puncak yang tinggi. Dia jawab ada kat depan, sikit je lagi. Nampak ada lumut kat tanah kira tahap tertinggi la tu.

Checkpoint 11 dah jumpa. Kalu betul la sampai 12 je, maknanya da dekat. Jumpa satu lagi curam yang agak cerun. Time ni aku pikir, kalu nak patah balik, memang tak sanggup aku. Harap2 time turun nanti ada la jumpa route yang leh menenangkan jiwa skit. Rupanya lepas curam tinggi tu sampai puncak yang dikatakan puncak tertinggi. Takde beirut, takde batu penanda. Jadi kitorang pun wat la andaian masing2 bahawa ini la puncak tertinggi Bukit Tabur. Sebab lepas tu memang menurun je. Sebenarnya Bukit Tabur ni rabung yang panjang. Dari Ampang sampai ke Batu Caves. Dengar citer ada dua route nak daki Bukit ni. Satu dari tempat kitorang naik tadi, lagi satu kat area belakang Ampang. Tapi kurang pasti lak betul ke tak.

Tengah turun tu baru la jupe Mohni. Dah lebih stengah jam dia lepak kat situ. Dia kata kat depan skit ada la lumut kering kat tanah. Kononnya macam kat gunung Irau aritu. Tapi Irau lumutnya tak penah kering. Kalu badan dah penat, memang leh tido baring kat lumut Irau, dah macam karpet je. lepak kejap dalam 15 minit. Pastu aku patah balik jumpa Mohni ngan Ustaz. Mohni kata ada route turun ikut kebun orang. Kira ok la kot trek dia, sebab takkan la kebun macam cerun batu lak kan. Kitorang ditemani dengan geng cina yang lain. Cina memang suka betul aktiviti panjat memanjat ni kan? Bagus untuk exercise.

Photobucket
Berposing di salah satu puncak rata. Tapi lum sampai
puncak tertinggi lagi

Photobucket
Kene turun balik. Cuba tengok curam kat tepi tu..
Gerun maa.. Mengharap kat tali je laa..

Photobucket
Checkpoint 11. Yea.. yea.. dah nak sampai dah..

Photobucket
Nampak tak lekuk kat depan tu? Tula puncak tertinggi
kat Bukit Tabur nih. Jauh jugak..

Photobucket
Ustaz ni memang pandai bergaya la.. Cool..

Photobucket
Panjat dan panjat lagi.. Rasanya yang last kot..

Photobucket
Haa.. ini la dia puncak tertinggi.. Akhirnya sampai gak.
Tak dapat nak amik gambar sebab yang lain dah jauh
ke depan.. Huhu..

Photobucket
Jejak kasih.. Jumpa balik Mohni tengah sedap melepak.
Orang fit memang selalu untung..

Photobucket
Keadaan trek yang penuh dengan lumut kering. Tak
rasa sejuk pun, tu yang kering tu..

Photobucket
Merehatkan diri sebelum turun balik.. Tengah pikir
nak mancing ke tak lepas ni..

Photobucket
Bergambar beramai-ramai sebelum turun ikut
route kebun orang..

Masa untuk pulang....

Lepas amik gambar sekeping dua (sekeping dua? Heheh..) kitorang turun bukit menyusuri kebun orang. Kira tanah persendirian la ni. Kalu jumpa sign "penceroboh akan didakwa" abis laa.. tak jumpa pun.. Time turun memang senang skit, takde curam langsung. Tapi aku walaupun takde curam, tetap setia di belakang sekali. Lalu kebun durian (tapi tak curik tau), lalu rumah orang, last2 dah sampai kat bawah. Rasanya 45 minit je kot dari atas tadi.

Photobucket
Citer lawak apa la yang Fakhzan wat sampai Mohni
gelak besar..

Photobucket
Ustaz bersama ubat kuat dia. Budget cantek nye.
Tinggal sikit je lagi time nak sampai bawah..

Photobucket
Perati balik Bukit Tabur.. Betul ke aku ada kat atas tu
tadi? Macam ajaib je aku leh ada kat situ..

Photobucket
Jumpa dua simpang. Satu gi jalan besar, satu lagi gi
dam. Kita ikut jalan kiri ke dam..

Photobucket
Jalan susur ikut umah orang. Memang santai je.. Kalu
la sume gunung jalan camni kan beshh.. Mana de..

Photobucket
Tanda peace dari Mohni menandakan kereta dia dah
nampak kat hujung jalan.. Motor racing aku mana??

Photobucket
Yea.. nampak dah motor racing aku. Ustaz? Masih
mencari kudanya yang hilang..

Photobucket
Ini la dia.. WSK - World Super Kapchai.. Ranking
1544 dalam dunia. Not bad.. Hahaha.. Kalau bukak
givi box tu leh dapat top 100..

Photobucket
Band Of Brothers.. Tq guys sebab join panjat Bukit
Tabur. Sedih lagi 2 brothers tak dapat join..

Photobucket
Pintu masuk Taman Rekreasi Klang Gate. Starting
point ke Bukit Tabur berdepan ngan sign ni.


Photobucket
Keadaan sungai yang nampak cantik dari jauh. Bila
dah dekat, agak tercemar gak. Selamba jer..

Photobucket
Kasut yang baru first time pakai. Tak menjanjikan
kelajuan dalam pendakian. Cuma selamat bila
memanjat. Biar lambat janji rugged.. Hahaha..

Kitorang berjalan balik ke starting point. Kul 1.00 ptg sampai. Singgah kejap kat sungai dam. Air tak jernih dah, tercemar. Tapi ada gak yang mandi. Golongan tercemar tu. Cadangan nak mancing diusulkan semula. Pakat reramai tak jadi nak mancing. Lain kali je la. Nak gi makan kat Melawati je. Hidupkan motor berkuasa 105cc aku, gi Melawati cari kedai makan. Tempat makan tu nampak view bukit Tabur. Aku lebih minum dari makan. Borak2 citer pasal Bukit Tabur & aktiviti seterusnya. Sejam melepak pastu semua balik ke rumah masing2. 10 minit je aku dah ada kat rumah. Perjalanan paling dekat untuk aktiviti FITT kali ni.

Refleksi....

Tak banyak perkara yang berlaku masa panjat Bukit Tabur. Apa yang aku belajar semata2 tentang keselamatan diri. Satu cabaran baru bagi aku. Walaupun newbie tapi aku tetap nak cuba. Alhamdulillah takde apa2 yang buruk berlaku kat geng2 FITT. Hati2 di tahap yang tertinggi. Kemalangan leh berlaku kat sesapa je, baik yang first timer ataupun yang dah byk experience. Yang penting jangan rasa berlagak bila trekking nih. Hutan bukan tempat kita. Bila dah masuk tu pandai2 la jaga diri, jaga mulut dan jaga keselamatan. Aku nak merakamkan rasa simpati aku terhadap trekkers & family yang telah alami kemalangan di Bukit Tabur. Moga roh2 nya dicucuri rahmat.. Sekian.. Salams to all..