Saturday, March 20, 2010

Menjejaki Puteri Gunung Ledang....

TARIKH: 7 MAC 2010
LOKASI: GUNUNG LEDANG, JOHOR

Info Gunung Ledang

Gunung Ledang terletak di dalam kawasan Taman Negara Johor. Puncaknya setinggi 1,276m (4,186 kaki) terletak di sempadan antara Muar dan Melaka. Gunung Ledang menjadi tempat yang paling popular di kalangan pendaki-pendaki yang amatur. Ketinggiannya adalah yang ke 64 tertinggi di Malaysia. Menurut kata orang yang jaga resort ni, gunung ni adalah yang ke 6 paling susah nak didaki. Tak pasti pulak top 5 gunung apa, tapi yang konfirmnye Gunung Tahan ngan Korbu memang hardcore. Banyak trail yang boleh dilalui untuk sampai ke puncak iaitu trail air panas, trail lagenda, trail ulu jementah & trail asahan (Melaka). Ada 8 checkpoint yang akan pendaki lalui. Tapi disebabkan ada kes kemalangan yang berlaku baru2 ni, maka beberapa checkpoint terpaksa ditutup buat sementara waktu. Jangkamasa pendakian adalah dalam 5 - 6 jam, boleh dibuat dalam masa sehari naik dan turun. Trek ada yang mencanak dan ada yang tidak. Tapi yang pastinya kene naik turun bukit banyak kali.

Set Induksi

Salam FITT!.. Lagi sekali aku muncul dengan aktiviti terbaru FITT. Aktiviti pertama di tahun 2010. Setelah 3 bulan mengharapkan sesuatu, akhirnya berjalan jugak aktiviti FITT. Aku memang teringin nak pegi Gunung Ledang. Dari tahun lepas lagi masa gi Gunung Irau aku dah citer kat geng2 FITT nak pegi tawan Gunung Ledang lak. Citer dah lebih setahun dah. Tapi dalam masa tu banyak gak citer2 pasal Gunung Ledang yang aku dengar. Banyak citer seram dari citer best. Memang aku akui, dari berita yang tersebar & dari pengalaman rakan2 pasal Gunung Ledang nih memang agak menakutkan aku. Rasa thrill jer.. Tapi aku rasa semua tu kenelah dengan niat. Kalu niat baik, maka baik la jadinya. Kalu niat agak terpesong, maka memangla sangkut ditengah jalan.. Ada dengar member cerita taknak naik Gunung Ledang sebab ada hantu. Laa.. sape niat nak jumpa hantu memang konfirm la jumpa. Takyah gi Gunung Ledang, dalam sekolah pun leh jumpa. Aku ni bukannye berani sangat & bukan nak cakap besar, tapi aku rasa niat aku baik nak panjat gunung. Kalau niat tak baik, baik gi disko jer.. Heheh..

Preparation time

Cadangan nak naik Gunung Ledang ni datangnya dari Mohni. Aiks? Mana prinsip otai nih? Kata kalau dah naik, taknak naik dah. Rasanya dia penah naik sebelum nih. Tapi aku suka gak sebab aku leh naik sekali. Kat sape lagi aku nak harap kalau bukan kat Mohni. Asal buat arrangement je mesti dia ok punye. Mesti ada kisah silam yang berlaku buat dia nak naik lagi nih.. Hmmm.. Malas nak investigate, janji dapat pegi.. Aku pun mula la edarkan maklumat kat geng2 FITT yang lain. Ramai yang unavailable. Sekarang ni semua dah ada komitmen masing2. Dah makin payah nak kumpul ramai2 macam dulu2. Nak buat macamana, bukan boleh dipaksa, hanya boleh memujuk aje.. Maka pada mulanya berkuburlah impian nak tawan Gunung Ledang. Tapi bila seminggu lagi nak pegi, Mohni suruh setkan sape yang nak pegi, sebab ada orang dah pukul canang ajak gi Gunung Ledang. Aku terus hantar sms tanya sape yang berminat. Dapat jawapan dari kawan2. Akhirnya 8 orang je yang join xpdc kali ni. Itupun ada jugak yang tak jadi pegi last2 minute. Susah la camni kalu nak buat booking guide & tapak khemah. Sedih organiser.. Huhuhu..

Cadangan awal nak pegi hari Sabtu, 6 Mac 2010. Tapi disebabkan ada geng yang kensel last minute maka kuota daki hari Sabtu dah penuh. Terpaksa la naik hari Ahad. Memang jadi masalah kalau melibatkan guide, tapak khemah dan jawapan yang lambat dari geng2 yang nak join. Aku pun jadi pening kepala sebab dah bagitau hari Sabtu tapi tetiba bertukar hari Ahad. Nasib baik geng 8 orang ni takde yang kensel. Tapak khemah dah full, jadi kenela tido kat pondok atau dalam kereta je. Trip kali ni dianggotai oleh Nuar, Mohni, Apis, Fakhzan, Fa & Liza. Tambah lagi 2 orang geng baru, Anum & Aini. Tq for joining.. Fakhzan pun last minute baru dapat join. Tak kesah la janji meramaikan & memeriahkan majlis..

D-Day

Jam 11 malam, 6 Mac 2010 geng2 FITT berkumpul kat kantin sekolah. Terkejut aku bila kereta Nora ada kat sekolah. Rupanya nak pass kamera je kat Liza. Ajak join tapi taknak. Takpe beb, lain kali.. Semua dah ada kat sekolah kecuali Mohni. Ada kerja katanya. Tunggu punya tunggu kul 1 pagi baru datang. Nak marah, otai tu.. Heheh.. Dari nak sound terus jadi gurauan jer.. Heheh.. Takde hal, janji pegi. Mula bertolak dari sekolah kul 1.30 pagi, 7 Mac 2010. Kali ni kereta aku dan Mohni jadi transport ke Johor.

Photobucket
Perjalanan lom start lagi tapi aku dah menguap buat
kali ke 18.. Camna nak menghadapi hari esok nih.. Huhu..

Photobucket
Nampak macam berseri je. Tapi keta baru gerak 5 minit,
dia la orang pertama yang gi Australia.. zzzzzz...

Perjalanan lalu highway PLUS, masuk tol Sg. Besi. Kereta tak banyak yang lalu. Tapi aku tak berani nak pecut sebab condition kereta aku yang tak mengizinkan. Tapi tetap nak bawak kereta aku. Demi FITT, apa2 pun boleh!. Singgah sekejap kat RNR Ayer Keroh. Makan roti untuk alas perut. Cadang sampai Ledang nak breakfast dulu sebelum naik gunung. Kali ni Apis jadi co-pilot aku. Agak bagus dia, tak tido temankan aku. Itu pun aku rasa dia ada curi2 tido skit. Heheh..

Photobucket
Sempat lagi layan game Man U kat RNR..

Photobucket
Marilah mari.. Tido berjemaah.. Itu la akibatnya
kalau booking last minute.. Penuh.. Kat pondok je laa..

Sampai pintu masuk resort (pintu A), guard bagitau yang trail dari resort ditutup untuk pendaki. Kenela patah balik masuk Taman Lagenda (pintu B). Nasib baik dalam 1km je. Masuk ikut ladang kelapa sawit terus sampai pintu masuk Taman Lagenda. Time tu jam pukul 5 pagi. Sempat ke nak tido nih? Cadang nak naik kul 8 pagi. Aduhh.. takkan la tak tido kot? Jumpa port tido kat pondok. Bentang sleeping bag, cuba lelapkan mata. Takleh tido! Boleh ke tidak aku naik gunung ni dengan badan yang penat sebab driving ditambah dengan tak tido nye.. Tawakkal je la. Kalau tak larat aku patah balik je..

Dalam kul 7.30 pagi pintu masuk dipenuhi dengan umat2 yang nak naik gunung. Rasanya geng2 dari Singapore nih. Orang resort kata memang ramai orang Singapore naik gunung ni sebelum diorang balik. Aku terus gi daftar nama group kat opis. Nak tau gak sape guide yang bawak kitorang. Harap2 yang ok la. Jangan yang keras2 sangat.. Heheh.. Guide tak sampai lagi. Aku gi la isi borang yang berkenaan. Agak strict jugak nak naik Gunung Ledang nih. Bayaran masuk sorang RM5. Bayaran permit naik gunung sorang RM5. Insurans sorang RM2. Guide RM140/group. Deposit sampah RM100/group. Tak kesah la, bayarkan aje.. Pastu kene isytihar lak barang2 yang dibawak naik. Berapa banyak makanan, minuman, pakaian. Even pakaian yang tengah dipakai pun kene isytihar, termasuk la yang di dalam. Nasib baik tak kene bagitau warna & saiz sekali. Heheh.. Tujuannya supaya trekkers tak buang/buat sampah kat Gunung Ledang. Tapi betul gak, kang kalu buang merata, tetiba malam dapat mimpi suruh amik balik camne? Takut wooo.. Macam aku penah dengar citer horror camni.. Loves our nature!

Photobucket
Tanda pintu masuk Gunung Ledang.. Bukti kedatangan
geng FITT!!

Photobucket
Prepare apa yang patut. Simpan semua barang2 yang
berharga.. Balut ngan plastik takut hujan..

Photobucket
Mari kita amik gambar kita sama2.. Check dulu mata
takut ada bendasing melekat kat celah mata. Heheh..

Photobucket
Apis dengan sabar menunggu air panas kat cafe.
"Cepat la weii, aku nak minum Milo Fuze nih.."

Photobucket
Aku pun sama menunggu jugak. "Cepat la weii, aku
nak pau Milo Fuze Apis nih.."


Photobucket
Board group & guide. Tengok tu, leh group kita takde
guide. Hampess tul..

Photobucket
Geng2 FITT dengan sabar menunggu guide sampai.
Dapat sambung tido best nih..

Photobucket
Otai FITT yang nampak cool je.. Padahal mata tu dah
berpasir je rasanya sebab tak cukup tido.. Heheh..

Photobucket
Isi borang isytihar barang dalam beg.. Pakaian yang
tengah pakai pun kene tulis. Nasib baik takyah bagitau
kaler dan condition pakaian tu. Hahaha..

Photobucket
Aku dengan penuh sabar tunggu turn nak bayar.
Agak tak stabil gak aku berdiri pasal ngantuk..

Photobucket
Geng2 FITT menunggu dengan penuh kesabaran..

Photobucket
Time aku membayar sempat lagi diorang tayang
kasut masing2.. Kecik ati columbia aku tau.. Isk3x..

Photobucket
Taklimat dari budak praktikal kat situ.. Macam kurang
konfident jer.. Al-maklumlah, budak baru belajar..

Bila semua dah setel kene lak dengar taklimat dari orang resort. Total perjalanan ke puncak dalam 6.1 km. Agak ganas gak gunung ni dari taklimat yang didengar. Harap2 takde apa2 yang berlaku, insyaAllah. Aku agak tertekan gak dengar sebab aku memang penat, tambah dengan tak tidur dari semalam. Yang paling tak tahan bila dengar ada checkpoint nama KFC. Nampak macam sedap, tapi maksudnya Killer For Climbers.. Cess, menambah tekanan di jiwa aku.. Kali ni aku bawak minuman spesel untuk aku, Power Bar namanya. Harap Power Bar ni dapat la tolong aku yang kurang fit nih.

Dalam kul 8.45 pagi guide kitorang sampai. Nama dia Rudy. Kesian gak kat dia, semalam dia bawak turun geng trekkers kul 2 pagi sebab emergency. Pasal tu dia datang lewat skit. Takde hal, leh mulakan perjalanan menjejaki Puteri Gunung Ledang...

Pendakian bermula....

Jam 8.50 pagi pendakian dimulakan dengan menaiki 763 (aku rasa la) anak tangga simen. Masih ok lagi.. Heheh.. Abis je anak tangga trek terus mencanak. Aduhai, tak kasi can trek nih. Sampai checkpoint 1 - Bukit Semput. Memang sesuai dengan namanya. Aku memang semput pun. Punya banyak peluh yang keluar, badan rasa panas sangat. Mungkin sebab tak tido badan jadi panas lain macam. Rudy kata sampai puncak total 8 checkpoint. Ni baru 1st checkpoint dah semput. Time ni memang aku mengharapkan kat mental aku je la. Fizikal dah agak out dah. Ku teguk air power bar ku buat pertama kali. Heheh.. harap ada effect..

Photobucket
Permulaan trek.. Cool je sebab trek
naik tangga.. Huhu..

Photobucket
Tabah menapak beratus-ratus anak tangga..
Go FITT go!!

Photobucket
Bila nak abis daa ini anak tangga..

Photobucket
"Rasanya masa gi Irau dulu takdela sepenat nih.."
Irau cuaca sejuk kot..

Photobucket
Kita posing arah sisi dulu kat pokok
yang tak tau apakenamanya..

Photobucket
Patutla masing-masing semput.. Sesuai dengan
nama checkpoint nih.. Huhu..

Photobucket
Berehat menghilangkan semput..

Photobucket
Otai mengalami kadar perpeluhan yang agak tinggi
sebab tak cukup tido.. Tapi tetap cool.. Haha..

Photobucket
Fakhzan sebagai anchor memastikan ahli terakhir
sampai ke destinasi..

Photobucket
Kelihatan our guide, Rudy dalam keadaan tensen
sebab geng2 nih amik gambar tak abis2.. Jauh lagi nih..

Releks dalam 15 minit. Teruskan pendakian. Kali ni trek agak mendatar. Dan aku agak happy.. Heheh.. Dalam hati aku kalau mendatar camni 10km pun aku sanggup jalan. Sepanjang perjalanan ada batang paip pvc yang tertulis ketinggian (dalam meter) yang dilalui. Aku mengharapkan cepat la sampai 1276m. Baru separuh ketinggian (650m) aku dah mula penat. Sampai checkpoint 2 - Lagenda Trail. Releks lagi.. dan lagi.. Aku masih mampu wat lawak walaupun dah penat. Saje menceriakan suasana.. Time ni Aini dah tak larat. Tapi mental dia masih kuat. Cayalah geng..

Photobucket
Checkpoint 2.. Mesti ada sebab dinamakan lagenda nih..
Apa2 pun perjalanan masih jauh..

Photobucket
Yeah.. Sudah sampai kat checkpoint 2.

Photobucket
Otai tak melepaskan peluang bergambar..
Kali ni mata dah kurang berpasir..

Photobucket
Aku masih mampu tersenyum.. Padahal dah basah
kuyup dah baju aku.. Kontrol.. Kontrol..

Teruskan lagi pendakian. Sampai ke checkpoint 3 - Batu Orkid. Kali ni releks lama sikit. Rudy bagitau trek lepas ni dah takde checkpoint. Pintas terus ke puncak. Tak lalu checkpoint 4 sampai 7. Sebab kalau nak lalu jugak ambil masa yang lama. Tak sempat kalau nak buat day-trek. Tak kisah la, janji sampai puncak. Aku check diri aku, rasa macam leh teruskan lagi. Effect power bar dah sampai kot? Heheh.. Bagusla camtu. Sebelum ni kalau naik gunung mesti muntah & kaki rasa cramp. Tapi kali ni macam ok je. Alhamdulillah. Aku dah siap muntah masa kat bawah tadi, dalam toilet. Heheh..

Photobucket
Sempat bergambar sebelum nak memanjat pokok
tumbang nih.. Jaga pernafasan..

Photobucket
Dah sampai checkpoint 3. Kene rehat lama skit sebab
lepas nih nak ikut jalan pintas sampai puncak..

Photobucket
Bergambar ngan otai. Sebab tau lepas nih konpem
aku kene tinggal ngan dia. Heheh..

Photobucket
Fa menjamah roti yang dibawa.. Banyak betul
ration yang dia bawak.. Tumpang sekaki..

Photobucket
Apis memang cool giler.. Dia la sensorang yang
entertain Rudy. Yang lain jauh ke belakang..

Photobucket
Liza perati je Fa makan.. "Aku nye ration lagi banyak"
Pau jangan tak pau.. Heheh..

Photobucket
Rudy yang letih menunggu geng2 FITT sampai sempat
bertapa atas batu..

Photobucket
Tabah sungguh Aini nih.. Fakhzan tetap rileks..
Askar, apa nak kesah..

Photobucket
"Ok Apis.. Selamat berjumpa kat puncak, insyaAllah.."

Lepas je checkpoint 3 laluan trek makin sempit sebab lalu jalan pintas. Bukat setakat sempit, mencanak gak nak naik. Mula naik bukit yang kedua. Rudy kata total bukit ada 4 sebelum sampai puncak. Perjalanan masih jauh.. Time ni kitorang dah terbahagi kepada 3 group. Yang dengan guide memang Apis ngan Mohni. Aku berdua ngan Anum. Group last Fa, Liza, Aini & Fakhzan. Fakhzan jaga Aini yang kat belakang sekali. Kalu tak dia pun konfirm join group depan. Tapi dia pun dah penah naik Ledang sebelum ni. Dalam perjalanan bertembung ngan geng budak2 U seramai 40 orang. Ada sorang budak ni kata kat aku, "Bang, bawak beg kecik boleh la laju naik gunung." Aku jawab balik, "Dik, beg memang la kecik, tapi perut ni ha yang nak dibawaknye sekali..". Hampeh tul budak tu. Aku cam muka dia.. Heheh.. Bertembung lagi dengan geng cina tua tengah berjoging turun bukit dengan geng2 dia. Gila la, apa yang dimakannya sampai berlari turun. Guna super duper power bar kot? Nanti aku try cari kat farmasi. Heheh..

Photobucket
Rehat jap.. Dah tak jumpa checkpoint dah. Maka
berenti la kat mana yang leh berenti..

Photobucket
Aiseh.. Leh jumpa lagi Apis ngan Mohni.. Hidup
Power Bar.. Heheh..

Photobucket
Kat dalam hutan pun ada simpang.. Pasal tu la kene
bawak guide..

Photobucket
Tak dinafikan Gunung Ledang adalah gunung yang
paling bersih yang aku penah naik..

Photobucket
Sungguh indah bumi ciptaan Tuhan.. Itu yang
membuatkan aku suka aktiviti nih.. Tenang jiwa..

Keep struggling..

Aku tak pasti berapa kali aku berenti rehat & minum power bar aku. Jam dah pukul 1 ptg tapi tak sampai2 lagi. Trek dah agak tinggi time ni sebab aku dah nampak lumut dan pokok renek kat sekitar aku. Cuaca pun dah makin sejuk. Maybe dah nak sampai kot. Jumpa group depan. Aku nampak satu puncak gunung yang agak tinggi kat sebelah. Aku tanya Rudy apa nama gunung tu tapi Rudy diam je. Rehat dalam 10 minit. Time ni memang tak sempat nak tunggu group belakang. Rudy kata dalam 45 minit - 1 jam nak sampai puncak. Aiseh, jauh lagi rupanya. 45 minit tu masa dia. Masa aku tambah lagi 30 minit kot? Huhuhu.. Rudy kata diorang dah takkan berenti dah, naik terus ke puncak. Takut tak sempat nak turun balik sebelum gelap. Memang lepas tu aku tak jumpa diorang dah. Tinggal berdua ngan Anum jer. Yang si Anum ni lak memang senyap je dari awal, nak ajak borak pun susah. Yang kedengaran hanya suara nafas aku yang kejap kuat kejap perlahan... Mental.. Mental.. Lepas je sampai puncak bukit yang ketiga, trek menurun balik. Agak jauh kebawah jugak la menurun..

Sambil menurun tu aku terpikir, rasanya gunung yang paling tinggi kat Johor memang Gunung Ledang le. Maknanya puncak gunung yang aku nampak tadi tu puncak Gunung Ledang le. Mak aihh, tinggi dan jauh lagi tuu.. Patutla Rudy diam je bila aku tanya. Sampai kat bawah bukit jumpa anak sungai. Time ni aku ngan Anum konpius, jalan mana nak lalu. Sebab ada 2 laluan kat anak sungai ni. Aku cuba call Apis & Mohni tapi tak berjawab. Aiseh, camni tak sempat la nak sampai puncak nih. Mohni dah bagitau tadi, kalau kul 2.30 tak sampai puncak, kene turun balik. Rugi sesangat aku rasa kalau tak sampai sebab dah jauh sangat aku berjalan nih. Teringat kisah Gunung Irau dulu bila aku paksa diri aku naik bedua ngan Ustaz Setia walaupun dah lewat. Tapi kali ni Ustaz takde. Kurang adventure..

Nak dekat 10 minit gak aku tunggu kat anak sungai tu. Anum pun tak tau nak ikut jalan mana. Nasib baik ada geng trekkers tengah turun. Tau gak laluan mana nak tuju. Aku tanya guide yang bawak trekkers turun tu, dia kata ni bukit yang last. Sampai atas terus puncak. Aku taknak tanya berapa jauh lagi tapi dia bagitau gak berapa minit nak sampai. Buat kacau mental, jiwa dan raga aku jer.. Trek lepas anak sungai ni memang mencanak jugak la. Takde yang mendatar. Air power bar aku ada lagi suku je nih. Tapi aku ada bawak ekstra. Leh refill kat anak sungai tadi time balik nanti. Heheh..

Dalam setengah jam aku mendaki dengan sepenuh tenaga yang ada, akhirnya sampai kat point 1200m. Yess, lagi 76m je nak sampai puncak. Trek 76m yang terakhir paling mencanak. Sampai pihak resort letak tangga besi dan tali untuk naik. Tengah memanjat tu Mohni call aku. Dia tanya aku dah kat mana. Aku cakap tengah memanjat tangga besi. Dia tunggu aku kat puncak. Nasib baik, kalau tak memang dia nak turun dah sebab jam dah pukul 2.30 ptg. Aku dah rasa excited sangat sebab nak sampai dah. Sambil panjat borak ngan Anum walaupun nampak macam aku borak sorang2. Heheh.. Silent bar betul la si Anum nih..

Photobucket
Penanda aras.. Sikit lagi nak sampai nih..

Photobucket
Yeah.. Lagi 26 meter je nak sampai..

Top Of The World....

Akhirnya, tepat jam 2.4o petang aku dan Anum sampai di puncak Gunung Ledang. Alhamdulillah.. Seronok tak terkata! Teknik power bar aku menjadi. Takde rasa cramp langsung kat kaki aku. Tapi lutut rasa pedih sangat. Maybe power bar tak cover tempurung lutut kot. Heheh.. Group pertama sampai jam 2.10 ptg. Lama gak diorang lepak kat puncak nih. Keadaan puncak yang lapang, hanya ada tumbuhan renek kat keliling. Memang open kene cahaya matahari. View dari puncak memang jelas, 360 darjah. Nampak pekan Tangkak, stesen komunikasi kat puncak gunung sebelah. Pemandangan agak clear walaupun ada kabus sikit2. Beirut takde, tapi ada batu penanda puncak. Bendera Malaysia pun ada terpacak kat puncak. Yang bestnya, ada buku catatan disediakan untuk para trekkers tulis nama dan kata2 hikmah kat situ. Lain dari yang lain. At least leh wat kenangan untuk generasi akan datang. Mana tau kot2 anak aku dah besar nanti minat trekking gak, leh dia check nama ayah dia dalam buku tu. Itu pun kalau buku tu wujud lagi la. Heheh.. Aku bergambar sebanyak mana yang mampu, dengan pelbagai aksi daring. Hahaha.. Tak tau nape aku seronok sangat sampai puncak Gunung Ledang nih berbanding ngan gunung lain yang aku dah daki. Maybe kerana mitos dan lagenda gunung ni yang buat aku teruja kot. Apa2 pun aku dah berjaya menambah satu lagi koleksi gunung aku.. Hidup Nuar, Hidup Power Bar! Heheh..

Photobucket
Beirut takde tapi ada batu penanda
puncak.. Akhirnya.. Alhamdulillah..

Photobucket
Bendera Malaysia pun ada.. Tanda
ketinggian puncak, 1276 meter..

Photobucket
Kata-kata tahniah pun ada.. Siap ada
buku lagi untuk tulis sape yang dah
tawan puncak Gunung Ledang..

Photobucket
Stesen pemancar telekomunikasi yang ada kat
puncak gunung sebelah..

Photobucket
Apis bermesra dengan batu penanda..

Photobucket
Aku dengan gaya tangan ala2 pengetua..
Sampai jugak aku..

Photobucket
Bersama bendera Malaysia yang menunjukkan aku
orang Malaysia..

Photobucket
Mohni pun tak melepaskan peluang..
2-3 shot gak amik kat batu nih..

Photobucket
Anum, satu-satunye geng perempuan
yang berjaya sampai ke puncak..

Photobucket
Menulis kata-kata semangat sebagai tanda sampai
di puncak.. Macam guest book. Untuk ingatan
kenangan di Gunung Ledang..

Photobucket
Keadaan puncak yang terbuka membuatkan Mohni
menggayakan tuala mukanya.. Heheh..

Photobucket
Geng2 yang asal cakap je nak gi mana mesti on punye
tanpa banyak soal.. Cayalah geng!..

Photobucket
Bergambar bersama sebelum nak turun..
Malaysia Boleh!!.. Heheh..

Photobucket
Aksi di atas batu penanda tidak dilupakan..

Photobucket
Lagi aksi di atas batu..

Photobucket
Dan lagi... Sambil memandang ke
tempat lain..

Photobucket
Batu yang ada tulisan cina.. Bukan batu bersurat nih..

Photobucket
Laluan untuk ke seberang puncak.. Tak larat nak pegi sana..

Photobucket
Pemandangan 360 darjah dari puncak.. Dah nama
gunung tertinggi di Johor..

Photobucket
Ciuman terakhir sebelum meninggalkan puncak
Gunung Ledang dengan seribu kenangan..

Time for descending....

Dah agak puas bergambar, masa untuk turun balik. Lutut kanan aku dah pedih sangat nih. Tepat kul 3 ptg aku menuruni tangga besi. Sampai je kat paras 1200m tadi berjumpa dengan Fa, Liza, Aini & Fakhzan. Kaki Fa dah sakit sesangat. Kitorang tunggu decision diorang samada nak naik atau nak turun balik. Aku mula turun dulu ngan Apis, sebab nak lepak kat anak sungai tadi, refill apa yang patut. Dalam 10 minit nampak diorang turun tapi Fakhzan takde. Rupanya Fakhzan sorang je yang naik ke puncak. Yang lagi 3 orang tu tak naik. Nampak muka Fa sedih sangat. Tak pasti samada dia menahan sakit atau terkilan sebab tak naik ke puncak. Dah sikit sangat nak sampai. Takpe, yang penting semua selamat. Ada rezeki leh cuba lagi, insyaAllah. Go FITT Go!..

Berehat kat anak sungai agak lama. Sempat lagi aku melantak burger yang Liza buat. Pehh, naik gunung pun bawak bekal burger tu.. Siap ada sos ngan mayonis lagi. Tapi aku tak makan mayonis.. Tak tau nape aku tak berminat ngan mayonis. Berjaya refill power bar lagi sebotol. Bagi Fakhzan rasa, sedap katanya. Dalam kul 4.15 ptg baru kitorang mulakan balik perjalanan. Time ni rasa nak nyanyi lagu Alleycats, 'berjuta batu... jauhnyaa..'

Perjalanan balik lagi rasa macam jauh je. Lutut kanan aku makin pedih, berjangkit lak kat belah kiri. Macam sakit mata je leh jangkit2.. Memang pedih.. Nasib baik la trek yang agak mencanak disediakan tali untuk berpaut. Lega sikit. Tengok keadaan si Fa tu memang betul sakit kaki dia tu. Masa tengah naik tadi dia ada cakap nape kali ni kaki macam bergetar kuat je, tak macam naik Gunung Irau dulu. Maybe Irau tu sejuk, tak terasa sangat penatnya.

Ntah berapa kali berenti pun aku tak pasti. Tapi tengok jam makin lama makin cepat je nak sampai pukul 7. Aku dah rasa macam tak sempat nak sampai bawah sebelum gelap. Apis dah lama menghilang. Dia jalan sensorang je turun bawah. Ada agenda la tu nak sampai cepat tu. Nanti nak tanya dia. Anum pulak sakit perut. Perut kosong katanya. Tengok tu, sampai kan lapar pun taknak bercakap. Kalu bagitau Liza kan senang, sebab Liza dari awal sampai la sekarang, mengunyah tak abis2. Banyak betul stok makanan dia.

Photobucket
Agak santai perjalanan turun sebab ramai yang
dah mengadu sakit kaki termasuk la aku.. Huhu..

Photobucket
Tadi tunjuk kasut, skang tunjuk tangan lak.. Macam2 daa..

Photobucket
Aksi solo dari Liza.. Walaupun tak
sampai puncak tapi tetap cool..

Photobucket
Walaupun kaki dah sakit, tapi Fa masih lagi leh
tersenyum bila bergambar..

Photobucket
Antara trail yang memerlukan tali untuk mendaki..
Time nampak orang nak amik gambar terus kontrol..

Photobucket
Berehat wat kali terakhir sebelum hari
semakin gelap..

Dah pukul 5.30 ptg tapi checkpoint 3 tak jumpa lagi nih. Pelan2 kayuh. Takut rushing kang ada lak yang injured lagi teruk. Lagi parah dibuatnye. Jumpa checkpoint 3 dalam kul 6 ptg. Kira ok la dah jumpa. Nak menapak bukit semput lak pasni. Jumpa Rudy yang agak hangin sebab dah sejam dia tunggu kitorang tak sampai2.. Biasalah bro, novice + amatuer.. Kalu expert dah berlari dah nih.. Heheh.. Kul 7 mlm sampai checkpoint 2. Cuaca dah makin gelap. Semua dah standby keluarkan torchlight masing2. Aku dari tadi memang dok paling belakang. Tak berani nak toleh ke belakang time2 maghrib camni.. Huhu..

Jam 7.30 mlm jumpa checkpoint 1. Yess, sikit lagi nak sampai kat tangga batu. Time ni kaki aku dah rasa pedih yang teramat sangat. Tepat jam 8 mlm kitorang jumpa tangga batu. Pelan2 badan mengiring menuruni 763 anak tangga. Dah macam ketam je kitorang jalan. Berirama lak tu.. Sebaris je semua.. Heheh.. Jam 8.15 mlm sampai kat anak tangga yang terakhir. Alhamdulillah.. Kelegaan yang teramat sangat. Aku yang dah tak tahan sejak di puncak tadi terus meluru ke toilet. Tak berani nak buang masa kat atas, takut kene bawak turun balik. Huhu.. Jumpa Apis kat pondok. Dia kul 5.30 ptg tadi dah sampai. Rupanya nak makan nasik kat cafe. Tapi tak sempat gak, dah tutup cafe tu. Heheh.. Duduk la sensorang nak 3 jam kat pondok, sebab kunci kereta kat aku.. Takleh wat apa2..

Masing2 membersihkan dan memuhasabahkan diri masing2.. Aku rasa macam nak tido je dalam bilik mandi, sedap bila dapat mandi air sejuk.. Best.. Lapor diri kat opis, isytihar barang2 yang dibawa. Aku siap simpan semua puntung rokok aku dalam poket tu. Memang jaga kebersihan Gunung Ledang. Tapi memang aku akui, ini la gunung yang paling bersih penah aku naik. Tak nampak langsung sampah. Patutnye kalau semua gunung kat Malaysia bersih camni kan best.. Tapi apakan daya..

Bye2 Puteri Gunung Ledang

Jam 9.45 mlm kitorang meninggalkan Gunung Ledang. Singgah makan ikan bakar kat Sg. Duyung, Melaka. First time dapat makan beramai2 dengan cikgu Danau Kota kat Melaka nih.. Tu yang bestnya bila buat aktiviti macam nih. At least 3-4 bulan sekali kita berkumpul beramai-ramai, buat aktiviti yang berfaedah. Sebab kat sekolah bukannya ada masa nak borak2 camni. Selesai melantak mana yang mampu, jam 12 tgh mlm kitorang berangkat pulang ke sekolah. Dalam perjalanan co-pilot aku takleh pakai, masuk tol terus tido. Aku pun dah memang tak terdaya dah tapi, demi keselamatan penumpang ku gagahi jua.. Heheh.. Penat giler2 punyer..

Sampai sekolah tepat jam 2.45 pagi. Dah tak terdaya nak borak2, aku sempat ucap terima kasih je kat geng2 xpdc kali ni. Tu pasal la aku dah ucap awal2 masa tgh makan ikan bakar tadi. Memang dah jangka tak larat nak bercakap bila sampai sekolah.. Ucap selamat dan aku balik rumah, basuh kaki, terus mimpi pegi Australia.. Pagi ni patut kene bangun gi keje.. Keje ke aku? Hmmm...

Refleksi

Alhamdulillah, segala perjalanan xpdc kali ni takde apa2 yang buruk berlaku. Trip kali ni memang mencabar mental aku. Apa yang aku belajar kali ni adalah tentang tidur. Tidur memang kene cukup sebelum nak mendaki. Inikan pulak kalau tak tidur. Memang aku gamble hati kering je pegi naik Gunung Ledang kali ni. Cuma mengharapkan power yang ada kat power bar aku ditambah dengan mental yang kuat. Tq very much power bar. InsyaAllah aku akan bawak lagi kau sebagai bekal aku.. Heheh.. Kepada yang join trip kali ni, tq verry verry much guys. FITT bertambah lagi dua ahli.. Harap2 lepas ni bertambah la lagi.. Next trip? Gunung Arong? Pulau Perhentian? Hawaii? Mana2 je, asalkan duit ada, diri cintakan alam ada, semua tempat leh kita pegi, insyaAllah.. Xpdc menjejaki Puteri Gunung Ledang kali ni hanya berjumpa dengan puncaknya, namun puterinya hanya Puteri Danau Kota.. Salam...