Saturday, April 16, 2011

Preview.... Broga Hill & Gunung Tok Wan

BUKIT BROGA & GUNUNG TOK WAN




Salam FITT.. Setelah sekian lama FITT bercuti akhirnya dapat jua kembali beraktiviti. Aktiviti pertama untuk tahun 2011 adalah sesi melawat Bukit Broga dan Gunung Tok Wan. Sedikit info tentang Bukit Broga & Gunung Tok Wan..

Bukit Broga & Gunung Tok Wan terletak di daerah Semenyih, Selangor. Dekat je dari KL. One day trip dah memadai. Bukit Broga memang terkenal dengan scenery yang cantik untuk bergambar. Namun dah ramai bebenor yang naik bukit ni, maka kesuciannya tercalar sedikit. Dah makin tak terurus dibuatnya. Tapi masih lagi menjadi impian untuk melawatinya. At least dapat pergi sekali pun dah cukup. Ketinggiannya mencapai 400 meter dari aras laut. Terdapat 4 peaks level untuk sampai ke puncaknya. Dari ladang kelapa sawit perjalanan sejauh 1.7 km mengambil masa dalam 45 minit ke 1 jam.

Gunung Tok Wan pulak adalah sambungan dari puncak Bukit Broga. Gunung ni tak lah berapa famous di kalangan pendaki tegar kerana ketinggiannya hanya 675 meter dari paras laut. Namun perjalanan dari puncak Broga ke puncak Tok Wan mengambil masa lebih kurang 2 jam dengan jarak 3.1 km dari puncak Broga.

Waktu yang sesuai untuk pendakian adalah di waktu tengah malam dan seawal subuh kerana tiada tempat teduh di puncak Broga. Panas matahari memancar terus di atas kepala. Dijangka umat manusia akan bertaburan di puncak bukit. Tak perlu khidmat guide, cuma pandai jaga diri masing2. Dinasihatkan memakai kasut yang ada grip kerana kalau hujan sebelum tu memang trek akan menjadi licin. Kira kasut 'crocs' tu kurang digalakkan (ingat lagi kisah Gunung Irau? Hampeh..)

Pada rakan FITT yang sanggup hadapi cabaran, marilah sama2 kita melawat keindahan panorama yang sungguh unik hasil dari ciptaan Tuhan yang maha Esa. Ingat prinsip kita FITT = always love natures.. Kepada yang sudi memeriahkan majlis, berikut adalah tentatif program lawatan ke Bukit Broga & Gunung Tok Wan..

XPDC Bukit Broga & Gunung Tok Wan
Tarikh kejadian: 17 April 2011

5.00 pagi - Berkumpul di SMK Danau Kota
5.15 pagi - Car pool ke starting point (Semenyih)
6.00 pagi - Solat subuh
6.15 pagi - Mulakan pendakian
7.15 pagi - Dijangka sampai ke puncak Bukit Broga

ambil gambar puas2 dan recharge diri masing2

8.00 pagi - Teruskan perjalanan ke Gunung Tok Wan
10.30 pagi - Dijangka sampai ke puncak Gunung Tok Wan

ambil gambar lagi, rehat dan makan apa yang patut

11.00 pagi - Mula menuruni trek
1.30 petang - Dijangka sampai semula kat puncak Broga
2.00 petang - Turun sampai bawah
3.00 petang - Bersihkan diri, solat, makan dan pulang
5.00 petang - Dijangka sedang tidur berdengkur @ tgk tv di rumah

Jangkamasa di atas adalah anggaran je. Mana tau ada sebarang kesulitan ketika tu. Tapi sejarah FITT memang selalu terlajak je.. Heheh.. Yang penting semua selamat naik dan turun, insyaAllah.. Keperluan asas seperti torch light, raincoat (skang musim hujan) dan ration yang secukupnya mesti kene ada. Harap2 aktiviti lawatan kita nanti berjalan dengan lancar, insyaAllah.. See you around guys.. Salam to all..

Monday, April 11, 2011

Redah jangan tersasar....

TARIKH: 24 - 26 November 2010
LOKASI KEJADIAN: Gunung Perdah & Jasar, Cameron Highlands

Info Gunung Perdah & Jasar

Gunung Perdah & Jasar terletak di Cameron Highlands. Kedua-dua gunung ni selalu dikaitkan bersama. Kiranya pakej pendakian 2 dalam 1. Rugi kalau naik satu gunung je. Dahla susah nak buat aktiviti mendaki gunung nih. Bila dah ada peluang, adalah lebih baik menambahkan koleksi puncak gunung. Ketinggian Gunung Perdah adalah setinggi 5,173 kaki. Gunung Jasar pula setinggi 5,565 kaki. Jarak antara kedua-dua gunung ni taklah sejauh mana, tapi leh basah gak ketiak mendakinya.. Haha.. Starting point untuk ke gunung ini adalah dari simpang di sebelah Hotel Casa Dela Rosa yang berlokasi dipertengahan jalan antara Tanah Rata dan Brinchang. Pendaki boleh menaiki kereta sendiri (kereta sewa dan pinjam pun boleh jugak, haha) dengan melalui simpang kiri di sebelah hotel tersebut dan terus menaiki jalan bukit hingga ke kawasan pencawang elektrik. Itulah tandanya sebab jalan mati disitu. Walaupun banyak trail boleh digunakan untuk ke gunung ni, tapi rasanya inilah route yang paling senang untuk mendaki.

Dari pencawang elektrik tu, ada sign board menunjukkan route ke Gunung Perdah. Pendakian hanya mengambil masa dalam 15 minit aje untuk sampai ke puncak. Keluasan puncak tidaklah berapa besar, tapi dapatlah melihat pemandangan sekitar kampung orang asli, Kg. Sungai Ruil. Dari puncak Gunung Perdah, pendakian mengambil masa dalam sejam menyusuri permatang dan laluan kabel elektrik untuk sampai ke puncak Gunung Jasar. Laluan trek yang besar dan tidak terlalu hardcore agak memudahkan perjalanan. Puncak Gunung Jasar ada ditandakan dengan batu sempadan Pahang/Perak. Puncak yang agak luas dan dikatakan dulunya puncak gunung ni tempat perkuburan orang asli. Patutlah rasa sunyi dan berangin je.. Niat suci untuk mendaki & menghayati dunia ciptaan Tuhan ye, bukan nak korek kubur mintak nombor.. Hati2 bila mendaki gunung ni terutamanya ketika cuaca mendung & hujan. Sebab memang trek betul2 di bawah kabel bervoltan tinggi.. Nanti kuar pulak kes mayat hangus dalam tv & paper..Huhu.. Paling sesuai pendakian di waktu pagi, ketika cuaca cerah, matahari bersinar dan burung berkicauan.. Sastera gitu...

Induction set

Salam FITT.. Kali ni lagi lama aku tak update blog FITT. Haha.. Tahun 2011 ni memang sibuk sangat untuk aku. Rasa macam ada feng shui je dengan tahun 2011 nih. Dahla aku memang minat betul dengan nombor 11, memang kebetulan dengan tahun yang mendatang nih. Bagi aku tahun 2011 nih adalah tahun yang penuh dengan 'emas'.. Emas?? Maknanya ada la rezeki terlebih la kot.. So, my mission and my vision for 2011 is 'GOOD as GOLD'.. Haha.. Itu la reason aku nape dah lama tak update. Tapi, nape aku still update lagi? Sebab tak lama lagi FITT akan mulakan aktiviti yang baru. So, taknak menambahkan keje, aku cari la masa sikit untuk merapu dalam blog nih.

Remembering last XPDC....

Xpdc terakhir FITT ialah citer Gua Kandu. Bulan September punya citer daa.. Lama dah, tapi masih segar dalam ingatan. Itupun cuma 6 orang je ahli yang join. Yang 6 orang ni pun pegi sebab on the way balik dari kenduri kawin Liza. Menjelang akhir tahun memang akan ada rancangan dari FITT untuk beraktiviti. So, apa yang utama bermain di pikiran aku adalah buat satu lagi trip untuk pelajar Danau Kota. Macam tahun 2009, Gunung Berembun berjaya didaki. Tahun 2010? Aku still berminat dengan gunung di Cameron Highlands. Kengkadang ada yang bertanya nape nak buat kat Cameron lagi? Jawapan aku senang je. Satu, sebab cuacanya yang dingin sentiasa. Takde la terasa penat dan berpeluh sentiasa. Dan tahap temper pun boleh di'cool'kan. Tak mandi pun tak kuar bau.. Haha.. Kedua, yang utama, sebab Cameron Highlands menghidangkan banyak puncak gunung di sepanjang banjaran. Banyak lagi puncak gunung yang belum di'explore' kat Cameron nih.

Bincang dengan pengetua dan GPK Koko, siapkan paperwork, kumpulkan guru pengiring dan ahli yang berminat, akhirnya berjaya jugak jalankan xpdc bersama dengan pelajar ke Cameron Highlands. Tajuk rombongan kali ni adalah menawan puncak Gunung Perdah dan Gunung Jasar. 2 dalam 1. Terbaik dari ladang...

Preparation time

Macam biasa, Nora sudah sedia menjadi ajk persiapan, merangkap kerja2 membeli barang. Aku pulak mengumpul pelajar2 yang berminat nak sertai aktiviti beserta surat kebenaran ibubapa. Setelah lebih sebulan kumpul pelajar, dengan ada yang last minit tak dapat pegi sebab tayar basikal hilang, kucing nak beranak, anak jiran sebelah demam dan sebagainya, akhirnya dapatlah aku kumpul pelajar dan guru2 serta ahli2 FITT yang berminat untuk menyertai aktiviti nih. Trait persiapan memang tak penah berubah dari dulu, sama je masalahnya.. Refer je la laporan aktiviti sebelum2 nih.. Sama je..

Tarikh pula menjadi persoalan. Aku nak buat hari Isnin 22hb tapi boleh lupa pulak hari tu besday wife aku.. Cemana leh lupa ye? Heheh.. Bila dah dibincangkan dengan ahli2 dan pelajar, maka 24 - 26hb November adalah tarikh yang sesuai untuk jalankan aktiviti. Bas dah ditempah, guide dah dibooking dan campsite dah di'chartered'. Makanya ahli FITT yang menyertai aktiviti gunung 2 dalam 1 ni adalah....

GUNUNG PERDAH/JASAR
Nuar
Mohni
Apis
Azlie
Ita
Nora
Fa
Liza

Ada sorang lagi cikgu yang first time menyertai aktiviti bersama FITT nih. Memang aku tak penah sangka Kak Zana suka juga aktiviti lasak nih. Rupanya dulu masa muda2 dia suka jugak dengan aktiviti macam nih. Sekarang pun muda lagi.. Heheh.. Apa2 pun I salute you!.. Thanks for joining the club. Thanks juga kat husband dia sebab bagi kebenaran.. Guide kali ni brader Sham. Nama komersial Castello.. Tapi rambut tak botak.. Haha.. Memang sempoi brader Castello nih. Ada sijil guide. Terasa selamat.. Ok guys, lets go!!

Day 1 (24 November 2010)

On your mark....

Seawal pagi lagi aku dah bangun sebab nak menyiapkan menu makanan malam nanti. Macam biasa, ayam dan kambing bbq. Dibantu oleh wife tersayang, bahan2 telah siap di'pack'kan dalam bekas polysterine berisi ais. Jam 8.00 pagi aku dah sampai ke sekolah. Sebab pe? Sebab aku kene gi mesyuarat ICT kat SMK Desa Tun Hussein Onn. Adulaa.. Nak cari ganti, memang takde la yang sanggup ganti, sebab time cuti sekolah. Kene la aku pegi. Di sekolah rupanya ramai budak2 yang dah menunggu. Excited katanya. Aku mohon pada Nora untuk setelkan 36 orang budak2 ni sampai naik bas. Aku pulak kene setelkan pasal bas dengan pihak opis. Memang aku takleh lupa la insiden melibatkan orang opis nih. Hampeh sungguh.. Sampai hari ni aku tak bertegur.. Orang muda dan ensem hormat dengan orang tua (Heheh..) Tapi bila orang tua tak respest sikit pun kat orang muda, apa nak buat? Sabar je lah.. Tinggalkan kisah hampeh tu.. Hilang mood I nak bercerita kang..

Mesyuarat abis jam 12.00 t/hari. Time meeting tu Nora dah sms aku bagitau yang bas dah bergerak jam 11.00 pagi tadi. Aku pulak ditemani oleh Liza dan Fa untuk perjalanan ke Cameron Highlands. Jam 1.45 petang baru bertolak dari sekolah. Kali ni kereta aku, Apis dan Azlie digunakan untuk ke sana. Yang lain dah lama berlepas. Dalam perjalanan dah nampak cuaca makin mendung. Nampak macam kurang baik untuk berkhemah. Harap2 tak lama hujannya.

Arriving time....

Aku sampai kat Tanah Rata jam 6.00 petang. Sempat lagi mencari arang, jagung dan bahan2 lain sebelum ke campsite. Liza kata simpan garam dengan lada hitam sikit time perjalanan esok, supaya tak di'ekori' katanya. Beli garam dan lada hitam sekali.. Sampai di campsite dah nak maghrib. Campsite yang dah setahun kutinggalkan.. Kelihatan budak2 dah pasang khemah masing2. Hujan rintik2 je. Harap2 berhenti.. Time sampai tu, ahli2 yang sampai awal tadi dah prepare bahan2 untuk makan malam. Ada Mohni, mesti lancar.. Heheh.. Menu malam tu ayam & kambing bbq. Tambah dengan jagung bakar. Memang layan.. Kepada yang tak makan kambing tu, layan kitorang makan je la ye.. Heheh..

Photobucket
Kelihatan seseorang telah terkantoi depan kamera
ketika cuba mencilok setongkol jagung..

Photobucket
Antara potensi untuk masuk Masterchef Malaysia

Photobucket
Gaya isyarat tangan.. Memang ada setiap xpdc..

Photobucket
Lagi dan lagi.. Bakar pe tu? Ayam ke kayu?
Kita bakor aje..

Photobucket
Penghulu (tengah) yang memang bagus dalam
menjalankan tugas (depan awek mesti rajinnye..)

Photobucket
Ita time bergambar baru nak capai penyepit tu.. Heheh

Photobucket
Ini lagi sorang gaya melampau.. Siap ada outfit lagi..
Fa tengah decorate sayur ala hotel..

Photobucket
Nora, jaga2 jangan tertelan tongkol jagung tu.. Nanti
jadi macam citer arwah Yusni Jaafar..

Photobucket
Borak lepas makan.. Standard activity....

Photobucket
Udah macam teletubbies aku nengok dengan
outfit raincoatnye..

Photobucket
Koordinasi sayur ala hotel.. Masterchef, sila
bagi rating..

Photobucket
Lagi sekali dia capai penyepit..

Photobucket
Tu dia geng baru FITT.. Kak Zana yang cool sebab
cuaca memang cool

Aktiviti lepas makan hanya borak2 kosong je.. Hujan still turun tapi renyai2 je. Aku memang takleh tido malam tu sebab memikirkan kisah tahun lepas. Aku memang harap jangan la berlaku lagi. Nanti pening kepala nak handle, ditambah ngan ego masing2, aku jugak yang kene mintak mahap.. (Hahaha...) Tapi alhamdulillah, malam tu takde apa yang ganas berlaku.. Tapi, aku still tak cukup tido. Dapatla dalam 2 jam je.. Sok nak mendaki nih..

Day 2 (25 november 2010)

Adventure time....

Jam 6.30 pagi aku dah bangun.. Macam biasa, tido kejap pun nos tetap on.. Haha.. Sian apis.. Sorry bro.. Terima takdir seadanya.. Haha.. Lepas isi perut dengan apa yang ada, masing2 menyiapkan diri untuk aktiviti pendakian. Dari campsite diorang kene berjalan kaki menyusuri jalan kampung sampai ke simpang di Hotel Casa Dela Rosa. Aku lak kene pergi ke Balai Polis Tanah Rata untuk buat laporan pendakian. Jadi aku takdela kene berjalan.. Heheh.. Mohni dan Apis join sekali.. Budak2, setakat jalan kaki ni memang ok je. Tambah2 cuaca sejuk. Tu sebab aku suka buat kat Cameron nih..

Photobucket
Sepasang suamisteri yang ceria sebab cukup tido..

Photobucket
Apis menegur Nora yang dah keletihan walaupun
lom start trekking lagi..

Photobucket
Bebudak memang dah ready awal.. Macam tak
mandi je.. Xde bau la katakan..

Photobucket
Takde keje lain, nak buat air pollution la tu..

Photobucket
Tak sabar2 nak gi trekking..

Photobucket
Roti menjadi mangsa kerakusan Apis

Photobucket
Standby nak trekking.. Jangan wat keje tak
senonoh ye murid2..

Photobucket
Baru 5 minit jalan dah mula dah.. Ingat orang
tak tau ke..

Photobucket
Apsal gambar ada bau nih? Ni mesti ada yang
melepas sepenuh hati nih.. Sape orangnya?

Photobucket
Ni pun ada bau.. Hmm.. Konfirm
keje tiang tu la.. Heheh..

Photobucket
Liza wat pose sisi sambil toleh kepala..
Jangan lama2.. Nanti teleng..

Photobucket
Dah macam kat oversea je.. Kelihatan macam Fa
menahan nafas..

Photobucket
Sign hotel. Pastu masuk simpang kiri.. Jangan salah
masuk, nanti kene check in pulak..

Setelah dapat port parking yang sesuai, aku dan yang lain menunggu semua budak2 sampai. Dah nampak sign board trail ke Gunung Perdah. Memang senang lalu ikut trail nih. Setelah semua berkumpul di starting point, dan setelah berdozen gambar diambil, tepat jam 9.30 pagi barulah perjalanan dimulakan. Bila semua budak2 dah mula mendaki, yang kitorang ni still bergambar lagi.. Ada Fa, gambar adalah wajib.. Heheh.. Setelah sign board tu agak bosan diambil gambar berkali2, akhirnya kitorang meninggalkan ia.. Trek mula2 je dah agak mencanak, tapi pendek je.. Liza dah mula pucat, pening katanya. Takut dia pregnant tak bagitau je.. Rupanya dia tak makan lagi.. Kasut pulak saiz terlebih, stokin kene lipat 2 kali.. Heheheh... Releks kejap, bagi kulit merah semula..

Photobucket
Starting point. Tak pasti ada brape banyak jungle
walk kat Cameron nih..

Photobucket
Bergambar sambil menunggu bebudak yang lain
sampai.. Yang jalan bedua tuu..

Photobucket
Start trekking.. Jangan berebut, tak lari gunung dikejar.

Photobucket
Baris lurus.. Jangan petik apa2 ye..

Photobucket
Gambar dulu sebelum start naik.. Liza ceria nampak..
Sib baik tak nampak kasut.. Heheh..

Photobucket
Tengok Liza, dah kurang ceria..

Photobucket
Masing2 kepung Liza, sebab nak tengok kasut dia..

Photobucket
Fa memujuk Liza sebab ramai tengok kasut dia..
Liza tak suka.. Heheh..

Dalam 15 minit je perjalanan dari starting point dah sampai puncak Gunung Perdah.. Ngam2 jam pukul 10.00 pagi. Antara gunung yang paling santai nak didaki. Releks lagi.. Ambik gambar lagi, sebab dah nama puncak gunung, tak kira la rendah ke tidak, gambar tetap ambik sebagai bukti dan kenangan. Rehat dalam 15 minit, sambung perjalanan ke Gunung Jasar.

Photobucket
Di puncak Perdah. Azlie menunjukkan puncak Jasar..
Nampak macam tinggi je.. Saja gimik je tu..

Photobucket
Bergambar kenangan di puncak Gunung Perdah

Dari puncak Perdah dah boleh nampak puncak Jasar sebab laluan permatang ikut line kabel letrik. Trek menurun, kemudian naik semula sampai puncak. Aku agak penat gak.. Maybe dah lama tak naik gunung kot.. Tapi still semangat.. Ntah berapa kali berenti dan bergambar tak pulak aku rekodkan.. Budak2 last aku jumpa time kat starting point tadi.. Laju semacam.. Jangan terlebih excited sudah.. Kang jatuh terseliuh, lain pulak jadinya. Dalam perjalanan aku dan Liza menemani Nora. Respek jugak kat Nora sebab kuat jugak semangatnya.. Lagi suku perjalanan, dah nampak kelibat budak2 ni turun.. Nampak sangat lama betul aku stop.. Haha.. Bila budak2 kata lagi sikit je nak sampai, aku tinggalkan Nora dgn Liza. Penat jugak kalau berenti lama2 nih..

Photobucket
Aku menahan dari 'terlepas'.. Bagi Ita ngan Azlie
jalan dulu.. Air pollution seketika..

Photobucket
Trek lebar.. Sesuai untuk orang yang lebar.. Menoleh
untuk pose yang menarik gitu..

Photobucket
Berhenti seketika.. Nora ceria.. Ketika ni otot
di betis mula nak mengeras..

Photobucket
Sorang pandang kiri, sorang pandang kanan,
sorang lagi taktau nak pandang mana..

Photobucket
Makin kerap duduk makin kuat otot mengeras..
View dari bawah..

Photobucket
Aksi cover lapisan perut..

Photobucket
Gambar cun.. Kalau aku ada lagilaa.. Haha..

Photobucket
Udah macam baru lepas bergaduh lak aku nengok..

Photobucket
Fa meleraikan pergaduhan tadi dengan aksi
berani dan tersangkut di tengah dahan..

Photobucket
Nora baru letak kepala je dah makin susah nak
angkat dahan nih..

Photobucket
Gaya 'Apis of the jungle'

Photobucket
Liza amik peluang jugak.. Pastu dah
takleh sebab ranting tu putus.. Sape wat?
Eleh, nyorok celah pokok lak.. Heheh..

Photobucket
View lebih kurang macam kat Gunung Irau dulu..
Tapi Irau lagi creepy.. Huhu..

Top of the world

At last, jam 11.30 pagi aku sampai ke puncak Gunung Jasar. Agak luas puncaknya. Terdapat trail yang lain untuk menuju ke puncak ni. Boleh nampak kawasan dan puncak gunung sekeliling. Teringat aku kisah Gunung Irau dulu. Dari puncak Jasar boleh nampak sepanjang perjalanan dari Gunung Brinchang ke Gunung Irau.. Jauh jugak aku berjalan rupanya.. Huhu.. Tak sampai 10 minit, Nora dan Liza sampai.. Mission accomplished!. Rupanya kaki Nora cramp. Jenuh la si Fa mengurut kaki dia.. Kalu aku, kasi karate sambil jelir lidah je.. Haha.. Gurau beb.. Banyak jugak aksi2 bergambar kat puncak nih. Ada tanda batu sempadan Pahang/Perak, sama seperti kat puncak Gunung Irau. Macam2 gaya diambil gambar.. Yang penting semua selamat sampai ke puncak.. Alhamdulillah....

Photobucket
Di puncak Gunung Jasar.. Kak Zana memang hebat..
Ita lebih2 la nak amik gambar 2 kali lak..

Photobucket
Kak Zana & Ita bersama peminatnya.. Sampai puncak
gunung mencarinya..

Photobucket
Spek hitam yang sentiasa bersama
di puncak gunung..

Photobucket
Nak amik pemandangan sekeliling, terambik lak
gambar diorang bedua nih..

Photobucket
Aku tunjuk kat kak Zana puncak Gunung Irau & tempat
dimana kuar ayat "kalau aku pengsan sape nak angkat?"

Photobucket
Nora & Liza sampai jua akhirnya.. Cayalah..
Nora + Liza = ...... (isi sendiri)

Photobucket
Selepas gambar ini diambil, Nora mengambil masa
5 minit untuk mengangkat tangannya..

Photobucket
Gaya sape nih? Haha.. Two thumbs up..

Photobucket
Gambar ngan otai mesti kene amik..

Photobucket
Agak luas pucak gunung nih.. Yang mengambil
gambar pun diambil gambarnya..

Photobucket
Aksi sisi ekslusif dari Fa.. Yang dua orang kat belakang
tu tak puas hati ngan gambar yang diambil tadi


Photobucket
Kenangan abadi FITT di puncak Gunung Jasar..

Photobucket
Lepas gambar ni diambil lak, Nora mengambil
masa 10 minit pulak untuk bangun..

Photobucket
Azlie di Pahang, Apis di Perak, Liza
ngan aku di sempadan..

PhotobucketPhotobucket
Batu tanda sempadan.. Sama seperti kat
gunung2 yang lain.. Selalunya puncak
gunung memang sempadan negeri.

Photobucket
Kalau dia bedua memang la muat.. Tapi
batu itu tetap menangis.. Berat.. Isk3x

Photobucket
Urutan terakhir sebelum turun.. Liza beri kata
semangat..

Descending time....


Setelah setengah jam berehat, dan setelah sebotol penuh minyak dilumur kat kaki Nora, akhirnya puncak Gunung Jasar kami tinggalkan.. Bila time turun je mesti laju punya.. Then, kene naik balik ke puncak Perdah.. Slow balik.. Heheh.. Takpe, takde apa yang nak dikejar pun.. Cuma cuaca time tu dah mula mendung.. Takut sebab duduk bawah kabel letrik.. InsyaAllah takde apa2 yang berlaku.. Sampai semula kat puncak Perdah dalam jam 1.30 petang. Dah tau lagi sikit je nak sampai ke starting point.. Ada pulak budak orang asli ni bawak anjing dia.. Puncak gunung memang tempat mainan bagi diorang nih.. Patutlah fit je semua..

Photobucket
Muka takleh blah dah.. Minum pun
dah xde perasaan dah..

Photobucket
Fa mengucapkan tahniah kerana Nora berjaya
menyahut cabaran dengan jayanya..

Photobucket
Liz mengabadikan kenangan di tempat awal
kepucatan pada mukanya..

Rehat dalam 10 minit, teruskan perjalanan sampai ke starting point.. Tepat jam 2.00 petang sampai dah kat parking kereta. Memang ngam2, hujan pun mula turun.. Aku teruskan perjalanan untuk buat report kat Balai Polis Tanah Rata. Yang lain ada yang pegi beli sayur untuk makan tengahari. Sampai di campsite, budak2 dah mula makan. Mohni dah mula masak. Aku cuma tunggu je untuk makan.. Heheh.. Menu sardin jadi keutamaan.. Pinggan tak cukup, bekas periuk dan tupperware pun jadi laa..

Photobucket
Bab masak ekspress memang bagi kat Mohni. Bab
potong & decorate sayur ala hotel bagi kat Fa..

Photobucket
Yang 3 orang ni macam kagum lak tengok 2 orang tadi..
Kira tolong gak tu.. Tolong tengok..

Photobucket
Apis siap gaya thumbs up dengan equipment baru..

Photobucket
Sesi makan.. Alhamdulillah dengan rezeki yang
Tuhan kurniakan..

Photobucket
Menu makan kitorang.. Ekspress dan sedap..

Photobucket
Time makan takleh cakap.. Nikmati juadah seadanya..

Photobucket
Nora mengintai peluang untuk menambah lauk..

Lepas makan, hujan turun dengan lebatnya. Aku dah mula pening kepala sebab kene hujan & tak cukup tido. Agak lama gak la hujan turun. Sungai yang bersaiz anak2 dah menjadi bapak, deras dan dalam. Kalau tak hujan takat paras lutut je. Aku dah bagi amaran kat bebudak jangan mengada nak mandi sungai. Air yang jernih menjadi seperti teh ais malik kuning. Dalam jam 4.00 petang hujan mulai renyai dan terus berenti. Abis khemah budak2 nih. Double layer pun tak guna kalau tak letak ground sheet. Abis jadi kolam dalam khemah. Banyak barang2 & pakaian yang basah. Takpe lagi, tapi kalau sleeping bag pun basah, memang kes naya. Malam nanti konfirm sejuk yang teramat sangat. Tapi bebudak ni bukan kisah sangat pun. Masing2 kulit keras macam biawak. Mana taknya, selamba je mandi kat anak sungai yang memang sejuk macam ais tu. Lantak korang le.

Photobucket
Agak bahaya kalau terjatuh.. Nak sound tapi ada
cikgu rupanya kat situ..

Photobucket
Keadaan anak sungai yang sebenarnya
paras lutut dan tenang kalau tak hujan.

Dalam jam 5.30 petang kepala aku makin berat terasa. Nak demam pun ada. Solution nye... tido. Time tu bebudak ngan geng2 yang lain dah bersedia nak ke pasar malam Brinchang. Sorry guys, kali ni aku tak dapat ikut. Memang kepala dah terasa ada batu di dalam. Daripada pengsan kat pasar malam, baik pengsan siap2 kat dalam khemah. Walaupun ada rasa ketakutan nak stay sorang2 kat tapak khemah, tapi disebabkan ada geng 4wd yang bercamping sekali, sebelah khemah aku lak tu, membuatkan aku jadi separuh berani.. Haha.. Bukan apa, sejarah tapak khemah tu memang dah tau ada 'tuan'nya. Jangan cari pasal sudah.

Jam 9.30 malam diorang semua dah balik. Macam2 benda yang dibelinya. Ini lah masa yang aku betul2 takut. Takut jadi macam kisah tahun lepas. Mohni dah bagitau siap2 kat bebudak ni jaga perangai masing2. Ada yang dah mula nak tido, tapi ramai yang stay up. Bukan senang nak stay up dengan kawan2 macam ni katanya. Ikut korang la, jangan buat benda bukan2 sudah. Malam tu kitorang makan apa yang ada. Dari extra makanan petang tadi, ditambah dengan baki bbq semalam & dari pasar malam, sental semuanya. Aku memang stay up malam tu. Sebab dah bayar tido petang tadi. Lagipun memang nak jaga budak2 ni, takut jadi perkara yang tak diingini. Aktiviti malam tu cuma borak2 kosong & lawak2 berisi. Lawak yang takleh lupa bila kes 'ubat' elak pengsan yang dibawa secara misteri oleh bebudak nih.. Memang terbaek power ubat tu. Namun takde sorang pun yang berani mencuba. Haha.. Kalau pening, bila tgk ubat tu je, tanpa me'rasa'nya konfirm hilang pening tu.. Hebat bebudak nih..

Aku stay kat pondok dengan Apis. Malas nak tido dalam khemah. Bebudak ni ramai giler yang stay up. Ada yang mengabiskan ration yang diberi, sebab tau esok dah nak balik. Kebetulan, tetiba campsite blackout. Adulaa, cemas seketika. Teringat malam tu khamis malam jumaat. Tapi bebudak ni memang well behave, takde nak menjerit2. Biasala, bila blackout je nak jerit2. Ntahapapantah.. Apis dah mula tido atas kerusi batu. Yang lain, semua dah pusing trek 18 kali. Seawal jam 12 dah warm up enjin dah. Heheh.. Aku pun mula meronda tengok gelagat budak2 nih. Ada yang memasak, borak2 & layan handphone. Kul 4 pagi, bila dah taktau apa nak buat, aku pun me'landing'kan diri kat kerusi batu sebelah Apis. Enjin V-tec turbo mula menjalankan tugas.. Watch out enjin standard yang lain.. Hahaha..

Day 3 (26 November 2010)

What's da story morning glory....

Jam 6.30 pagi masing2 dah bangun. Aku tengok bebudak ni ceria semacam je. Rupanya ramai yang tak tido langsung.. Hebat sungguh.. Memang menghayati betul xpdc kali nih. Jangan pitam di siang hari sudah. Takpe ada 'ubat' sedia menunggu.. Haha.. Breakfast di pagi tu cuma roti dan telur. Disebabkan hari ni penghulu segala hari, maka kenela bersiap awal sebab nak shopping sebelum solat jumaat. Pagi tu Mohni dah mula bersiap nak balik awal. Ada kerja kahwin katanya. Family business. Aku hantar dia kat stesen bas Tanah Rata jam 8 pagi. On the way, Mohni bagitau aku benda yang agak sedih. Dia dapat pindah ke sekolah lamanya, SMK Wangsa Melawati. Aku sedih bukan pe, dia la yang paling tinggi komitmennya bila buat aktiviti FITT nih. Bila dah ke sekolah lain, susah jugak la aku nak arrange trip ngan dia untuk geng2 FITT. Tapi bila pikir sekolah dekat je, maka still leh contact untuk next activity. Cuma tak sesenang dulu la. Apa2 pun, congrats bro.. Tambah sorang lagi ahli FITT yang keluar dari SMK Danau Kota selepas Nazri & Fakhzan. Huhu..

Photobucket
Suasana pagi di campsite.. Sejuk sampai ke tulang..

Photobucket
Breakfast time.. Jangan amik group lain punya tau..

Photobucket
Sorang tu dah mula pening sebab tak tido.. Sape
suruh stay up? Rasakan..

Jam 9.00 pagi masing2 dah mula mengemas. Cuaca sangat cantik pagi tu. Harap sampai ke petang. Setelah selesai mengemas barang dan khemah masing2, aku bagi sikit taklimat dan sesi penutup aktiviti. Bila mintak bebudak ni volunteer bagi pendapat tentang keseluruhan aktiviti, hampeh sorang pun tak berani. Padahal bila cakap belakang, bukan main hebatnya. Itu la pelajar danau kota. Hmmm... Tapi keseluruhannya semua puas hati. Cuma satu benda je yang diorang tak puas hati.. Tak cukup puas sebab kejap je 3 hari. Mintak buat seminggu. Mana leh, sian kat anak bini wehh.. (Lebih sikit kat bini).. Haha.. Tapi bersyukurlah at least ada jugak cikgu2 yang sudi arrangekan aktiviti dengan bebudak. Tenkiu banyak2 kat geng2 FITT sekalian..

Photobucket
Time to pack up your belongings

Photobucket
Udah macam gaya supervisa aku nengok si Nora nih..

Photobucket
Barang cikgu dah settle.. Tinggal bebudak nak clear
kawasan..

Photobucket
Bergambar kenangan beramai2 sebelum
meninggalkan campsite.. Huhu..

Photobucket
Geng FITT bersama guide Castello (depan kanan)
yang memang sempoi

Photobucket
Kenangan abadi FITT. Slack pada yang tak bawak
t-shirt FITT

Photobucket
Pose memandang ke langit.. kebetulan
sorang ter'parkinson' seketika..

Photobucket
Dah kat keta pun sempat lagi posing.. Slack lagi
pada yang tak bawak t-shirt FITT..

Photobucket
Ambil kesempatan bergambar di pintu masuk
campsite. Ini lawatan kali ke -3 aku..

Jam 10.00 pagi, lepas dah berdozen amik gambar kenangan, masing2 hantar barang masuk bas. Persekitaran campsite kene dibersihkan. Melawat rumah orang, datang bersih, pulang pun mesti lagi bersih. Baru lah tuan rumah suka, nanti leh datang lagi dengan selamatnya, insyaAllah.. Sesi jalan2 dimulakan dengan membawa bebudak ni ke Kea Farm. Tempat standard kalau datang ke Cameron Highlands nih. Dapat jugak la bebudak ni tengok ladang strawberry, beli souvenir apa yang patut untuk family and friends. Aku dah tak tau apa nak beli, sebab dah selalu sangat pegi sini. Cuma yang buat tak jemu sebab cuaca yang dingin..

Photobucket
Bebudak melayan strawberi.. Tak jemput pun..

Photobucket
Sesapa yang ingkar arahan, akan dikenakan
pelempang khas dari hero tamil..

Lepas dah selesai membeli apa yang patut, jam 12.00 t/hari kitorang bergerak ke Brinchang. Masing2 diberi lagi sekali peluang nak beli apa yang patut & makan tengahari. Aku dan geng2 sekalian gi makan kat food court Brinchang. Layan nasi ayam je, mudah dan pantas. Jam 1.00 petang bergerak ke masjid berdekatan. Yang tak berkenaan masih lagi ber'shopping'. Cuaca mula mendung. Selesai solat jumaat, sebelum balik singgah sekejap kat ladang teh. Layan teh tarik di cuaca dingin memang cool.. Ahli FITT memberikan sekotak teh sebagai cenderahati ikhlas untuk guide kita, brader Castello. You're really cool bro. Memang akan ajak lagi untuk aktiviti hiking yang seterusnya. Thanks to Azlie kerana memperkenalkan Castello kat FITT.

Photobucket
Sesi lunch bersama.. Lambat makan alamat sejuk la..

Photobucket
Sempat lagi Apis posing dengan Harley Davidson
kepunyaan Ali & Davidson

Photobucket
Tea farm, Cameron.. Cameron, tea farm.. Memang
takleh dipisahkan..

Photobucket
Bunga tu dah sama besar dengan muka Liza..

Photobucket
Last pit-stop.. Layan teh tarik kaww..

Photobucket
Pegi satu beg.. Balik berbeg-beg plastik.. Magika..

Jam 3.00 petang sesi menuruni bukit dan pulang ke KL bermula. Harap takde apa2 yang berlaku di sepanjang perjalanan pulang. Dua kali aku bagitau kat driver bas (anak buah Mr. Muthu) tentang safety. Darah muda memang selalu buat benda di luar jangkaan. Takut berlumba dengan bas lain je. Ingat ramai nyawa yang dibawak dalam bas tu. Nora & kak Zana memang boleh handle bebudak ni dalam bas. Semakin sampai di bawah cuaca semakin panas terasa. Time to enter highway and shoot to Danau Kota.

End of the journey...

Jam 6.00 petang aku dah sampai kat pagar sekolah. Tunggu bas sampai. Nora bagitau dah keluar tol Jalan Duta, masuk Duke tambah jem sikit dalam 30 minit sampai. Warga kota mula pulang dari tempat kerja. Jam 6.30 petang akhirnya bas sampai kat depan sekolah. Masing2 bawak turun barang masing2. Muka semuanya ceria. Alhamdulillah semuanya selamat. Setelah buat last check isi kandungan bas dan setelah sorang2 dijemput family masing2, akhirnya jam 7.15 malam tinggal geng2 FITT je. Masih ada kerja terakhir nak buat, hantar barang2 semua ke stor sukan. Ngam2 lepas semua barang dah di'load'kan dalam stor sukan, hujan mula turun renyai2. Hujan rahmat tu.. Masing2 pulang ke rumah dengan ceria dan penat teramat sangat.. Berakhirlah satu lagi ekspedisi bersama pelajar yang telah selamat dijalankan dengan jayanya.. Alhamdulillah syukur..

Photobucket
Akhirnya sampai jua dengan selamatnya..
Alhamdulillah syukur..

Photobucket
Jangan amik beg orang lain ye.. Selamat pulang dan
selamat bercuti!!

Learning from experience....

Trip kali ni memang lebih baik dari trip bersama pelajar tahun lepas. Bebudak ni telah menjalankan tanggungjawab dengan baik walaupun terdapat beberapa perkara yang boleh dielakkan sebenarnya. Yang ketaranya adalah sikap kerjasama yang kurang dikalangan bebudak nih. Kata 1Malaysia, jangan la ada rasa tak puas hati dengan perkara2 kecik. Perkara ni memang nampak jelas bila ada beberapa yang datang mengadu kat cikgu. Tentang bab hujan lebat sampaikan basah khemah dan barang2 tu sebenarnya perkara biasa. Kene lah tangani dengan baik. Itulah survival namanya. Preparation memang penting dalam aktiviti macam ni. Tapi yang paling aku puas hati bila takde kes 'gangguan tuan rumah' yang berlaku pada trip kali ni. Memang lega rasanya. Mungkin untuk trip bersama pelajar akan datang, akan ada beberapa penambahbaikan. Kene touch up sikit sana sini. Nak bagi perfect memang takleh nya. At least lebih baik dari sebelumnya.. Apa2 pun terima kasih banyak2 pada rakan2 FITT yang sudi meluangkan masa untuk trip yang aku jalankan ni. Memang tak dapat dinafikan korang semua adalah rakan aktiviti terbaik yang pernah aku ada. Harap2 dapatlah join lagi untuk aktiviti yang seterusnya.. memang dah ada dalam kepala aku nak buat kat mana untuk aktiviti seterusnya. Akan dibincangkan kemudian..

Sayonara 2010

Rasanya inilah trip yang terakhir untuk FITT bagi tahun 2010. Bila dilihat balik entry blog sebelum ni, rasanya dah banyak tempat dah di'explore'. Untuk 2011 aku ada banyak cadangan untuk dijalankan bersama rakan2. Cuma tak tau dapat dijalankan atau tidak. Ketiadaan otai FITT kita maybe membuatkan arrangement tak selancar dan secepat dulu. Tapi aktiviti tetap ada. Time will tell.. Tahun bertambah, maka umur pun bertambah dan ahli keluarga pun bertambah. Bila dapat peluang untuk bersama, janganlah kita sia-siakan.. Bak kata seseorang kat sekolah.. "kita ni satu keluarga".. Hmmm.. Masih lagi memikirkan peristiwa majlis perpisahan GPK HEM kita yang dulu tu.. Tak ingat pulak perjalanan majlis dia. Time tu aku mc ke atau memang takde majlis langsung? Adulaa.. Pastu, tak segan silu pulak sebut "satu keluarga".. Double standard = Hampeh.. Pada aku FITT ni adalah satu keluarga.. Takde membezakan antara satu sama lain.. Go FITT go!!.. Hingga berjumpa di lokasi dan entry yang seterusnya.. FITT = Loves Nature.. Salam to all..