Saturday, October 9, 2010

Mencari Isi Kandungan Gua....


TARIKH: 25 - 26 September 2010

LOKASI KEJADIAN: Gua Kandu, Gopeng, Perak

Info Gua Kandu

Gua Kandu ni dah lama wujud. Cuma tak berapa famous & tak komersial kalau nak dibandingkan dengan jirannya, Gua Tempurung. Masih banyak lagi kesan sejarah yang terkandung dalam gua ni. Dikatakan gua ni menjadi tempat komunis Malaya berkumpul dan merancang strategi mereka. Asal nama gua ni adalah daripada seorang budak asli tempatan yang bernama Kandu. Dikisahkan budak ni merajuk sebab kene marah dengan ibu bapanya lalu lari dari rumah dan bersembunyi di dalam gua ni. Sampai sekarang budak tu tak dijumpai. Sebab tu dinamakan gua ni Gua Kandu. Lokasi untuk ke gua ni amat mudah, cuma simpang masuknya saja yang agak kecik, boleh terlepas kalau tak perasan. Dari highway PLUS, keluar ke tol Gopeng. Lepas tol ada traffic light, masuk kiri. Dalam 500 meter je ada simpang kecil yang hampir tak perasan sebab dihalang oleh batang pokok kelapa. Signboard pun kecik. Dari simpang tu jalan terus, lalu jejantas atas highway dan terus nampak kawasan resort Gua Kandu. Kebanyakkannya orang di area negeri Perak je yang tau tempat ni. Tapi bila resort ni dah dibangunkan, insyaAllah satu Malaysia akan tau kewujudan Gua Kandu ni.. Antara aktiviti yang boleh dilakukan kat sini ialah caving, trekking, abseiling, rock climbing, flying fox & fishing. Nak buat khemah motivasi untuk pelajar pun sesuai. Laluan untuk explore gua ni pelbagai. Nak masuk ikut hutan boleh, nak masuk dengan cara menyelam ikut aliran sungai bawah gua pun boleh.. Menyelam? Aku surrender.. Huhu.. Di hujung kampung ni ada tempat untuk layan water rafting. Itu cerita lain kali kalau geng2 FITT berminat..

Set Induksi

Salam FITT untuk semua. Trip 2 in 1 FITT, kenduri & caving. Tarikh yang sama berkunjung ke majlis perkahwinan Liza, disusuli dengan aktiviti FITT yang seterusnya. Cadangan aktiviti ni diusulkan oleh Azlie, yang mana dia dah penah ke gua nih. Agak santai dan adventure katanya. Aku sebagai presiden FITT takde masalah nak join sama. So, perkara ni pun dibawa la ke pengetahuan rakan2 FITT yang lain. Reaksi dari geng2 FITT yang lain malas aku nak citer, sebab memang sama je jawapannya. Last2 cuma 6 orang je yang dapat join. Maybe terlalu banyak open house & kenduri yang terpaksa dihadiri. Termasuklah otai FITT kita, Mohni yang juga mengadakan rumah terbuka pada hari Ahad. Ini la kali pertama dia tak dapat join aktiviti FITT. Geng2 FITT yang join trip kali ni:

GUA KANDU
NUAR
AZLIE
ITA
FA
NORA
NAJWA

Aku yang memang dah setkan dalam personal calendar aku untuk join trip kenduri & caving ni, terpaksalah batalkan semua jemputan2 yang lain. Bagi aku, benda dah set lama. Takkan nak batal last2 minit atas alasan yang tak munasabah. Kalau masalah ahli family sakit tu boleh la excuse, tapi janganla kalau malas tapi bagi alasan sakit. Kang sakit betul2 kang baru tau.. Macam Liza tu memangla la. Dah dia kahwin, takkan la nak join pulak.. Heheh.. Cadangan aktiviti bermula selepas majlis kenduri kahwin Liza. Sebab on the way je nak balik KL. Kebetulan pintu masuk ke Gua Kandu ni memang sebelah highway PLUS je. Jadi, tak payah la nak meredah jalan kampung yang jauh untuk sampai destinasi.

On your mark, get set, go....

Permulaan ke destinasi dari rumah Liza di Kamunting. Setelah selesai bergambar dan mengisi perut masing2, aku bergerak dulu ke Ipoh untuk menghantar wife & anak2 ke rumah mentua. Azlie dan Ita satu kereta. Nora, Fa & ahli FITT terbaru, Najwa naik kereta Nora. Jam 3.30 petang mulakan perjalanan. Dalam perjalanan hujan turun dengan lebatnya. Harap2 kat Gopeng nanti janganla lebat macam nih. Bukan sebab takleh nak jalankan aktiviti. Cuma menyukarkan aje.. Sampai di Ipoh jam 4.30 petang. Selepas asar, aku bergerak ke Gopeng menunggu geng2 yang lain.

Tepat jam 5.20 petang, diorang sampai. Dari tol Gopeng ke pintu masuk Gua Kandu hanya mengambil masa kurang 10 minit. Dekat sesangat. Jam 5.30 petang kitorang sampai ke destinasi. Keadaan persekitaran Gua Kandu agak bersih, dengan kerja2 menaik taraf kawasan tersebut. Pemilik tanah bagi kawasan Gua Kandu ni adalah En. Marzuki. Memang kawasan ni baru nak naik. Dalam bulan November ni insyaAllah siap resort Gua Kandu ni yang mana ada chalet, dorm, surau, kantin & macam2 facilities yang lain. Aku sampai2 je teruja dengan adanya sungai kat tepi resort ni, mengalir dari dalam gua. Azlie dah bagitau siap2 bawak pancing. Best2..

Photobucket
Pintu masuk ke Gua Kandu.. Cuaca agak baik..

Photobucket
Sedikit info pasal aktiviti kat Gua Kandu.. Banyak gak
benda yang leh buat kat sini..

Photobucket
Signboard yang jelas nampak dari PLUS highway.
Tapi kadang2 terlepas pandang gak..

Kami berdiskusi untuk set time nak masuk gua. Pilihan waktu nak masuk gua & pilihan untuk lokasi campsite. Aku & Azlie dibawa oleh En. Marzuki & brader Hamid (guide yang akan bawak kitorang) ke campsite di pintu masuk gua. Kene masuk hutan skit. Naik turun bukit sampai la ke pintu masuk gua. Luas, ada anak sungai. Cuma toilet je takde. Kalau lelaki je memang ok, leh la sorok2 nak melepas apa yang patut. Heheh.. Tapi bila ada perempuan ni, terpikir gak. Kalau nak ke toilet, dengan perjalanan turun naik, agak tak sempat je. Takut tercicir di tengah jalan.. Heheh. So balik ke kawasan resort, bincang sesama ahli. Ambil keputusan, camping kat resort je. Masuk gua pun petang tu jugak. At least malam leh rehat sampai esok.

Masa untuk explorasi

Setelah mendapat persetujuan ahli, maka kitorang pun bersiap2 untuk mulakan eksplorasi. Dalam jam 6.15 petang, langkah bermula. Brader Hamid yang jadi guide kitorang ni agak sempoi orangnya. Bolehlah nak dibawak berborak. At least tak la terasa tension dengan karenah & kelembapan kitorang nih.. Biasa la, aktiviti bergambar adalah kemestian. Laluan trek yang aku & Azlie lalu tadi, diulangi balik. Trek agak licin sebab hujan di tengahari. Ada tali disediakan untuk berpaut daripada jatuh berguling2.. Dalam 15 minit je perjalanan melalui trek hutan untuk sampai ke pintu masuk gua.

Photobucket
Sesi berbincang untuk set time nak masuk gua.. Bila
nak masuk gua? "Gua tak kisah beb.." Heheh..

Photobucket
6 jahanam.. Oopss sori.. Hanya 6 orang je yang
available untuk trip kali nih.. Huhu..

Photobucket
Sesi menuruni bukit untuk sampai ke pintu masuk gua.
Licin tu, berhati2 ye kengkawan. Jatuh bangun sendiri..

Pintu masuk gua ni memang luas. Rasanya boleh memuatkan dalam 50 orang @ 25 buah khemah. Berhenti seketika untuk bergambar. Masing2 keluarkan torchlight & headlamp. Perjalanan lepas ni memang gelap sampai la keluar balik. Dah nama pun gua kan.. Perjalanan memasuki gua diteruskan. Keadaan dalam gua yang sememangnya kering dan berdebu. Confirm kotor la bila keluar nanti. Laluan gua agak luas, cuma ada beberapa tempat je yang kene menyelit. Tak macam Gua Telinga kat Taman Negara yang memang kene menyelit sepanjang masa.. Trek ada kalanya kene menggunakan tali yang disediakan.

Dalam Gua Kandu ni ada macam2 lagi gua yang lain. Cuma kitorang takkan sempat kalau nak masuk ke semua gua yang ada. Antaranya Gua Intan & Gua Emas yang mana kalau nak pegi memang tengah malam baru keluar. Lagipun equipment tambahan seperti tali tak bawak. Takde masalah, yang penting beberapa port yang utama dalam gua tu dapat dilalui. Ada satu batu yang terbentuk menyerupai orang yang sedang solat, batu berbentuk harimau yang kononnya menjaga kawasan gua tersebut dan batu yang menyerupai telur gergasi. Kitorang lalu gak kawasan yang mana dikatakan tempat pihak komunis mengadakan mesyuarat. Lambang bintang tiga pun masih jelas lagi kelihatan kat dinding gua.

Ada beberapa kawasan dalam gua ni terpaksa menggunakan tali, menambahkan lagi adventure. Di akhir eksplorasi akan terjumpa kawasan kolam air tujuh tingkat yang terbentuk ketika musim hujan. Ada satu benda yang betul2 menarik perhatian aku, bila ternampak tali untuk aktiviti flying fox. Memang teruja. Flying fox dalam gua sampai ke pintu gua. Lepas tu kene abseiling, next flying fox lagi sekali sampai ke kawasan resort. Memang best kalau dapat mencuba. Malangnya aktiviti tu dapat dilakukan waktu siang & kene inform awal2 dengan pihak resort. Takpe, lagi sekali aku datang memang aku nak layan flying fox nih, insyaAllah..

Photobucket
Pintu masuk Gua Kandu. Memang luas & bersih. Cuma
nak camping kat sini kene pikir 18 kali.. Toilet...

Photobucket
Intro masuk gua.. Sediakan lampu sebelum gelap ye..

Photobucket
Lambang bintang 3 yang dah lama terukir kat
dinding tu.. Sejarah silam..

Photobucket
Gua makin lama makin kecik.. Kawan2, jaga
kepala masing2..

Photobucket
Port meeting komunis.. Kelihatan askar bantuan
sedang bertanya soalan kepada mandor gua.. Heheh..

Photobucket
Azlie ngan gaya terjun tiruk.. Jadi apa2, aku yang
tak pandai berenang ni hanya mampu melihat je..

Photobucket
Agak curam laluan nih. Kene slow2
guna tali sebab berdebu..

Photobucket
Setelah hampir setengah jam aku menunggu..
Akhirnya....

Photobucket
Tengok pakaian masing2.. Peluh + debu = melekat..

Photobucket
Our guide, bro Hamid.. Memang cool..

Photobucket
Sedang cuba menganggarkan beratnya..

Photobucket
Formasi dinding gua yang dah jadi
macam giant pillar.. Cun maa..

Photobucket
Ahla mengucapkan tahniah sebab Nora berjaya
naik ke pentas..

Photobucket
Formasi batu berbentuk telur gergasi. Ada akar yang
hidup melingkar. Dari mana datangnya?

Photobucket
Batu berbentuk manusia sedang solat.. Hebat ciptaan
Tuhan.. Kalu aku sorang2 kat sini... Pengsan..

Photobucket
Dikatakan batu berbentuk kepala harimau yang menjaga
gua ni. Kalu aku sorang2 kat sini.. Pengsan kali ke-2..

Photobucket
Bergambar kenangan bersama batu tadi.. Kalu aku
sorang2 takkan bergambarnye.. Sebab pengsan..

Photobucket
Sempat lagi posing time turun.. Yang kat bawah tu
tengah kontrol ensem.. Hahaha..

Photobucket
Tengah konpius kaki nak pijak mana.. Lompat je
terus.. Heheh..

Photobucket
Renungan sampai nak terkuar mata..

Photobucket
Formasi kolam 7 tingkat. Bila time hujan lebat
ada air kot..

Photobucket
Bergambar bertingkat2 kat kolam 7 tingkat..

Photobucket
Flying fox dari dalam gua sampai ke pintu keluar.
Memang best kalau dapat try.. Bila ek?

Photobucket
Tak dapat try, bergaya je pun dah cukup.. Lain
kali bila datang lagi, mesti try betul2..

Photobucket
Sebelum amik shot ni, muka macam letih. Bila kata
nak bergambar, automatik jadi ceria. Heheh..

Photobucket
Yang ni pun sama gak.. Serius bertukar ceria pabila
mengetahui diri diambil gambar.. Heheh..

Photobucket
Yang ni? Hmmm, lagi la. Siap nampak gigi lagi tu..

Photobucket
Azlie try nak masuk.. Katanya gua emas.. Ini bukan
emas nih.. Konpem lemas tersepit adala nih..

Jam dah pukul 8.00 malam. Masa untuk keluar dari gua. Laluan keluar lain dari masa masuk tadi. Cuma ending dia sama dengan tempat mula2 tadi. Menuruni bukit yang agak licin. Dalam perjalanan turun, hujan mula turun. Lagi menyukarkan keadaan. Trek memang licin sampai ada yang lebam2 tangan sebab terjatuh. Ada gak yang sliding je turun bukit. Bukan setakat cuaca je masuk cerah, keluar gelap, seluar pun sama. Gelongsor punya pasal.. Tepat jam 8.35 malam, kitorang sampai semula kat kawasan resort. Hujan pun renyai2 je turun. Masa untuk memikirkan tempat nak pasang khemah. En. Marzuki tidak keberatan untuk bagi kebenaran kitorang bermalam kat dewan resort. Ok la tu. Senang cerita..

Photobucket
Perjalanan turun.. Masing2 ceria sebab dah keluar gua..

Photobucket
Dah keluar dengan selamatnya.. Tengok pakaian
masing2..

Perut pun dah mula lapar. Nak masak takut lambat lak siap. Lepas semua bersihkan diri masing2, start kereta terus gi makan kat kedai. Layan lagi 2 jam kat kedai makan.. Makan & bergosip liar.. Aku dah terpikir nak memancing dah ni. Macam ada peluang je. Dah selesai makan, balik semula ke resort. Geng perempuan mula memasang khemah masing2. Aku & Azlie tak pakai khemah pun. Tido camtu je kat pentas dewan. Itu pun kalau tido. 2 set pancing dah dikeluarkan untuk memulakan aktiviti. Jam dah pukul 2.00 pagi. Dengan umpan cacing yang aku sempat beli kat Simpang Pulai digunakan. Setengah jam pertama mencuba pelbagai lokasi takde yang menyambar. Kalau ada pun anak2nya sahaja. Aku dah set 2.30 pagi xde hasil, terus masuk tido. Memang macam tau2 je tak bagi tido, umpan mengena. Naik sekor ikan baung saiz sedap2 makan. Apa lagi, teruskan aktiviti.

Photobucket
Pasang khemah dalam dewan.. Senang, takyah nak
jemur bagi kering esok..

Photobucket
Sesi pasang pancing.. Syoknye dapat memancing..

Photobucket
Antara hasil tangkapan yang best,
ikan belida..

Punyala teruja sampai jam dah pukul 6.00 pagi. Hasilnya, ikan majmuk. Macam2 spesis ada. Baung, talapia merah, belida, tengas & ikan yang taktau spesis apa. Cuma keli ngan jelawat je tak dapat. Tak layan cacing kot. Lebih 10 ekor gak la dapat bawak naik. Sok nak susun & amik gambar.. Tido... zzzzzz....

Selamat Pagi Malaysia....

Bangun kul 9.30 pagi. Sebab terbau ikan goreng. Aiseh, diorang dah goreng dah. Tak sempat aku nak amik gambar. Xpe la, gambar ikan goreng pun ok gak. Heheh.. Menu breakfast pagi tu nasi goreng ngan ikan majmuk goreng, minum air kopi kapal api kaww punye.. Layaannn.. Tak sedar lak Najwa nih memang guru masak untuk PPKI. Harap aktiviti2 FITT lepas ni dia dapatla join, dah ada chef dalam FITT. Hihi..

Photobucket
Hasil pancingan semalam dah standby
tunggu masa nak digoreng..

Photobucket
First time aktiviti FITT goreng ikan pancing.. Cayalah..

Photobucket
Ooo, senyap2 je ek korang sental dulu ikan goreng tu..

Photobucket
Menu breakfast.. Simple & Sedaaapp..

Photobucket
Mari bergambar sebelum makan..

Photobucket
Album tentang gambar2 yang menarik yang ada
dalam Gua Kandu.. Kamera DSLR.. Memang la cun..

Dah selesai makan, kemas semua barang, kul 12.00 t/hari kitorang menunggu En. Marzuki untuk setelkan apa yang patut. Kuat borak gak En. Marzuki nih. Biasa la, promote resort dia yang dalam proses nak membangun nih. Bagus gak tu. Bayaran yang dikenakan kat kitorang cuma RM80.00 je. Kira sorang bayar RM15.00 je. Harga promosi, katanya.. Memang murah sesangat, dengan aktiviti caving & fishing nye.. Sempat lagi dia ajak meninjau area resort. Kita pun layan je, teruja tengok belambak ikan dalam kolam yang dia bela. Kalau la pasang jala ni, meriah.. Heheh..

Photobucket
Sungai tempat aku ngan Azlie mancing.. Bukan kolam
tau. Sungai yang dikorek bagi luas..

Photobucket
Tangga untuk flying fox belah luar gua.. Bersambung
ngan flying fox dari dalam gua.. Adventure giler!!..

Photobucket
Sungai yang mengalir dari dalam gua.. Sejuk..
Banyak species ikan mendiaminya..

Photobucket
Pintu masuk untuk explore gua dengan cara
menyelam.. Lemah aku bila mendengarnya..

Photobucket
Ita menjadi model pintu gua.. Heheh..

Photobucket
Laluan dalam gua tadi.. Pastu kene menyelam..
Bagi pelampung pun aku taknak.. Huhu..

Photobucket
Masing2 nak bergambar kat sini..
Angle dari arah utara..

Photobucket
Nak naik takut susah nak turun.. Amik
gambar kat sini je lah.. Heheh..

Photobucket
Model tak mandi pagi.. Heheh..

Photobucket
Model jambatan kayu.. Heheh..

Photobucket
Bergambar beramai2. Nora tetap tak berganjak..

Time to say goodbye....

Setelah bergambar kenangan dengan En. Marzuki & isterinya, jam 1.00 petang kitorang berangkat pulang. Aku je yang kene ke Ipoh amik family aku. Yang lain singgah ke rumah terbuka Mohni kat Sungai Buluh. Aku yang tertidur kat rumah mentua, lepas maghrib baru bertolak balik ke KL. Tak sempat nak ke rumah Mohni. Sama ada aku tak tau @ tak ingat.. Sampai KL kul 10.00 malam.. Rehat sebab esok sekolah.. Berakhirnya satu lagi aktiviti FITT yang santai & best. (Tambah best sebab dapat memancing.. Heheh)..

Photobucket
En. Marzuki sedang mempromosikan resort dia..
Tak lama lagi cun la tempat nih..

Photobucket
Banyaknye ikan talapia merah.. Pasni nak bawak
jala.. Heheh..

Photobucket
Kolam yang penuh dengan ikan belaan..

Photobucket
Test power bagi ikan makan roti kat tangan..
Ikan tak datang pasal tak mandi lagi.. Huhu..

Photobucket
Bergambar kat chalet terapung.. Gaya ala kampung..

Photobucket
View lain pulak..

Photobucket
View Gua Kandu dari resort.. Indah ciptaan Tuhan..

Photobucket
Bergambar kenangan ngan En. Marzuki..

Photobucket
Bersama ngan wife dia sekali..

Photobucket
Tq En. Marzuki & wife.. Lain kali insyaAllah kami
akan datang lagi..

Refleksi

Alhamdulillah, akhirnya geng2 FITT berjaya meneroka Gua Kandu yang sebelum ni tak pernah dengar kewujudannya. Best jugak bila melihatkan banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan kat sini. Siap ada flying fox dalam gua tu.. Hebat sungguh.. Owner resort, En. Marzuki memang baik orangnya.. Dah la baik, lawak lak tu (mengikut pandangan Ita.. Heheh.. Gelak tak boleh tahannye..). Aktiviti kali ni memang menambahkan lagi pengalaman geng2 FITT dalam meneroka dunia ciptaan Tuhan. Banyak info menarik yang boleh diperoleh dari aktiviti ni. InsyaAllah kalau ada umur yang panjang, dapat la lagi kitorang datang ke Gua Kandu. Kali ni maybe bawak pelajar pulak.. Next activity? Rakan2 sekalian cadangkan aje. Bila aku berkesempatan, aku akan arrangekan semua. Harap semua berpuas hati.. Loves nature.. Salam FITT untuk semua..