Sunday, April 12, 2009

Datuk, cucu tumpang daki ye

  • TARIKH: 4 & 5 APRIL 2008
  • LOKASI: GUNUNG DATUK, NEGERI SEMBILAN
Info gunung datuk....
Gunung Datuk terletak di Kampung Batang Nyamur, Gadung di daerah Rembau, Negeri Sembilan, mempunyai ketinggian 885 meter (2900 kaki).. Dikategorikan sebagai gunung level rendah, ianya sesuai sebagai permulaan bagi newcomers.. Sejarah gunung Datuk ini ialah puncaknya pernah digunakan oleh Dato' Pepatih Nan Sebatang untuk berkumpul bersama Ketua2 Adat bagi pengishytiharan gelaran Dato Lembaga pada1372.. Ada pula yang menyatakan kesan tapak kaki yang terdapat di puncak gunung Datuk adalah kepunyaan Hang Tuah.. Wallahualam..


Ekspedisi bermula..

Assalamualaikum & salam sejahtera..
Seperti yang telah ditetapkan, our first activity.. Sebenarnya aktiviti ni dijadualkan lebih awal cuma nak cari geng tu yang payah.. Maklumlah, masing2 ada agenda tersendiri.. Dan lagi satu, tak semua orang minat aktiviti trekking ni.. Baik lepak rumah dengan family, rehat sambil tengok tv.. Tapi pada yang ada minat tu leh la join sesama memenatkan diri masing2 ok..

Pemilihan Gunung Datuk ni dibuat oleh mastermind kita, brader Mohni.. Cerita disebalik pemilihan gunung ni sebenarnya datang dari geng sorang lagi, ustaz Setia.. Kitorang mengharapkan yang dia akan turut serta tapi mungkin sebab ada hal yang tak dapat dielakkan, maka tak dapatlah nak join sekali.. Apa2 pun aktiviti tetap diteruskan..

Seminggu sebelum aktiviti, aku mencari kawan2 yang berminat nak join sekali.. Aku takde la sampai nak buat announcement kat bilik guru.. Dah la cikgu baru, nak lebih2 pulak.. Heheh.. Jadi aku pun sampaikan berita dari mulut ke mulut je.. Itu pun kat cikgu2 yang aku kenal je.. Akhirnya dapat la lagi 2 ahli nak join iaitu Nazri & Fauzan.. Walaupun aku tak pernah gi trekking dengan diorang sebelum ni, tapi aku dapat rasakan yang Mohni ni jenis trekkers yang mempunyai ketahanan mental yang tinggi (sebab dia penah panjat Gunung Tahan).. Aku pun call member skolah lama aku, Azrai yang aku tau memang fit orangnya.. At least dia leh la trekking skali dengan Mohni.. nanti takdelah si Mohni tu trekking sorang2.. Takkan la orang yang fit nak tunggu orang yang pancit berpuluh kali ni kot (sape tu??).. Azrai set nak join skali, tapi dia datang dari Jelebu terus jumpa kat sana.. Ok cun..

4 April 2008, lepas solat Jumaat aku start packing barang2 yang nak dibawa.. Bila ala kadar je packing mesti ada benda yang tertinggal.. Nanti aku citer.. Kitorang buat collection sorang RM50 je, sebab pegi naik kereta aku je.. Cukup la RM200 nak cover duit minyak + tol + makan.. For Azrai, aku tak mintak duit pun.. Dia tuang sendiri minyak sebab dari Jelebu.. Tepat jam 3.30 petang aku start amik Mohni, Fauzan & Nazri kat umah masing2.. Maka ekspedisi pun bermula..

Dalam perjalanan singgah kejap kat kedai beli barang2 makan.. Mahal betul telur masin tu.. Aku cam kedai tu, tak pegi dah.. Sepanjang perjalanan hujan lebat selebatnya.. Time tu aku terpikir, malam ni mesti tido dalam hujan nih.. Nama pun camping, apa ada hal..

Sampai kat kaki Gunung Datuk dalam kul 6.30ptg.. Punya la ramai umat manusia kat situ.. Student skolah ada, student maktab pun ada.. Rasanya nak 200 orang kot.. Aku pun pegi la jumpa orang yang jaga campsite tu (sori bang, tak ingat nama).. Dia kata campsite dah fullhouse.. Ini la yang dikata main redah je, tak buat booking dengan harapan tak ramai orang konon.. Tapi nasib baik yang pegi ni sume lelaki, tak jadi masalah nak cari tapak kira boleh tido, sudah.. Abang campsite tu kata ada satu port kat tepi sungai, atas papan.. Kira ok la tu.. Nak pasang khemah pun 3 buah je.. Tapi sebelum nak gi pasang khemah tu kene la layan abang tu borak pasal politik.. Daerah Rembau la katakan.. Aku dah tak larat nak layan, dengan hujan still turun lagi.. Nanti tak layan kang dia tak bagi camping lak.. Kene la akur.. Dah nak maghrib baru dapat pasang khemah.. Bayarannya seingat aku RM3 satu kepala..

Masa pasang khemah tu hujan dah berenti.. Lega.. Dah siap pasang terus mula masak.. Time ni la baru teringat pisau tak bawak.. Nasib baik Azrai ada bawak pisau lipat dia, cukup la nak potong apa yang patut untuk dimasak.. Dah selesai sesi makan, sambung lak dengan sesi borak2.. Biasa la tu kan, bila dah camping ni yang paling best memang borak le, tak tido malam pun takpe.. Masa ni baru la aku dah mula geng rapat dengan Mohni, Fauzan & Nazri..

Aku tak ingat bila masa kitorang start tido, tapi yang jelasnya memang tak cukup tido le.. Mohni ingatkan kitorang untuk start trekking awal2 pagi, sebelum geng 200 orang tu jalan.. Nanti jam trek.. Ingat kat jalanraya je jam, rupanya dalam hutan pun leh jam.. Bangun tido jam 6.30 pagi.. Time aku bangun tu, sume dah bangun.. Memang biasa tu.. Heheh.. Nazri kata ada 'benda' yang merayau kat sekitar khemah masa tengah tido.. Aku memang tak dengar apa2 pasal time tu dah ada kat "Australia".. Indah jugak mimpi aku.. Mohni kata mungkin kongkang yang buat kacau, cari makanan..

Sebelum start trekking, aku melantak 5 keping roti.. Haa, tanda2 tak baik tu.. Lambat jugak kitorang start trekking. Dalam kul 8.00pg baru jalan.. Kali ni kitorang pakai baju sama warna, nampak macam satu team (aku beli RM10 kat Sogo).. Time tu dah dengar geng 200 tu buat warm up.. Kene jalan dulu.. Tak sampai 15 minit trekking, perut aku rasa tak sedap.. Apa lagi, keluar balik 5 keping roti tu dari mulut aku.. Tapi rasanya yang kuar tu lebih dari 5 keping roti.. Semalam punya skali kot.. Heheh.. Time tu aku mintak geng lain jalan dulu.. Mohni & Azrai pun laju je trekking.. Then Fauzan pun hilang.. Yang tinggal Nazri je.. Memang padan betul gandingan slow mover kami.. Haha.. Time tu mula la jalan slow2.. Bukan niat nak jalan slow pun, memang itu la yang paling laju.. Masa tu geng 200 dah sampai kat aku.. Macam biasa, bagi diorang jalan dulu.. Budak2 memang laju.. Hmmm.. Time ni ada satu part yang aku takleh lupa..

Ada la guide geng 200 ni tegur aku, "Bang, jomla jalan bang".. Aku dengan selamba dan penuh real menjawab, "Takpe, jalan dulu.. Abang tengah tunggu kawan abang kat bawah tu".. Hampeh, mana ada dah, aku yang last.. Nazri siap main handphone lagi.. Kontrol tetap kontrol.. Hehe.. Aku start join geng 200 dari belakang.. Time tu aku rasa Fauzan dah jauh tinggalkan aku dengan Nazri.. Ada pembakar semangat kot.. Aku & Nazri start join geng 200 dari belakang.. Time tu sorang2 budak geng 200 aku & Nazri potong.. Itu pun sebab budak2 tu cramp/penat melampau.. Smalam hujan, jadi trek basah teruk.. Kira okla dapat potong sikit.. Hehe..

Kul 9.45pg Mohni call aku bgtau yang dia dengan Azrai dah ada kat puncak.. Pastu dalam kul 10.00pagi Fauzan pulak sampai.. Aku dengan Nazri dah macam berdating pulak berdua2an.. Kamera ada kat aku.. Asal berenti je amik gambar.. At last dalam kul 10.45pg kitorang sampai jugak di puncak.. Punya la ramai umat manusia kat atas.. Dah la nak kene beratur naik tangga besi tu.. Puncak tertinggi atas batu besar.. Yang boleh muat dalam 30 orang je atas tu.. Selagi yang atas tak turun, macamana yang bawah nak naik.. Seperti kebanyakan pemandu kereta potong Q masa kat tol, macam tu jugak la aku, Nazri & Fauzan buat.. (tapi kat tol aku tak penah buat camtu tau, aku sentiasa berhemah je..) Demi menghormati orang dewasa, budak2 ni bagi la kitorang naik dulu..

Kat atas batu tu jumpa la Mohni dengan Azrai tengah bersantai kat hujung batu.. Mentang2 sampai awal, muka xde nampak penat pun.. Aku tak kira la, sampai lambat ke, sampai esok ke, yang penting objektif tercapai.. Time tu dapat la tengok kesan tapak kaki yang dikatakan hak milik Hang Tuah tu.. Ye atau tak, tak pasti la aku.. Mengiakan aje...

Dalam setengah jam lepak atas batu, kitorang mula turun.. Time tu geng 200 dah mula beratur dengar briefing.. Ni mesti nak turun ni.. Jadi kitorang pun mula turun dulu.. Aku cuba la dapatkan tenaga nak turun laju2.. Nanti jumpa balik guide tadi, ditegurnya aku lagi kang.. Masa time turun tu Fauzan tertinggal kat belakang.. Apa dia buat kat atas tu kurang kepastian.. Sain autograf kot.. Start turun kul 12.00 t/hari, sampai khemah kul 1.30ptg.. Nasib tak jumpa geng 200 masa turun..

Dah sampai tu, kitorang mandi kat sungai tepi khemah, basuh bekas2 makanan.. Then, tepat kul 3.00ptg kitorang bertolak balik.. Time balik tu hujan turun lagi.. Nasib masa trekking tak hujan.. Singgah makan kat RnR Seremban.. Lepas ucap selamat kat Azrai (dia balik umah kat Langat) kitorang sambung journey ke KL.. Dalam jam 5.00ptg sampai ke destinasi masing2..

Pada aku, trekking ke Gunung Datuk ni memang sesuai buat aku yang pancit ni.. Kalau lagi tinggi tak tau la camna keadaan aku.. Tapi aku sanggup terima cabaran.. InsyaAllah.. Overall, memang best la dapat geng2 trekking mcm ni.. At least ada la jugak aktiviti sesama rakan sekerja, hilangkan tension kat sekolah.. Walaupun aku memang tak pernah fit (last fit sebelum kawin kot) tapi berjaya jugak capai objektif.. Harap kawan2 aku sudi terima aku seadanya.. Thank you guys.. Next activity? Pine Tree Hill, Bukit Fraser.. Tunggu laporannya ok.. Salam..



Gunung Datuk
Sampai je kat kaki gunung, sorang usha aweks,
sorang lagi lapor diri

Gunung Datuk
"Tingginye pokok tu".. "Kau biar betul Naz, tu tiang
letrik daa.."

Gunung Datuk
Masih belum abis lapor diri.. Banyak kene bentang
laporan kot..

Gunung Datuk
Info Gunung Datuk.. Aku amik info tu kat sini le

Gunung Datuk
Bukti pegi Gunung Datuk kene tunjuk

Gunung Datuk
Apo bondo ni? Tak paham den..

Gunung Datuk
Merancang strategi untuk hari esok

Gunung Datuk
"Tu la.. dah la gelap, hujan lak tu"

Gunung Datuk
Nak pasang khemah pun kene ada gaya

Gunung Datuk
Fauzan tunjuk skill pasang khemah

Gunung Datuk
Apa yang penting, KERJASAMA

Gunung Datuk
Memang cool, api tak hidup pun leh senyum lagi

Gunung Datuk
Masa untuk makan dan borak citer bukan-bukan

Gunung Datuk
"Baked beans ni kalu aku sorok best ni, sok leh makan
senyap2".. "Woi, aku dengar laa.."

Gunung Datuk
Akhirnya Azrai jupe kat mana baked beans disorok,
dia yang melantak dulu

Gunung Datuk
"Menurut kompas ni, arah utara tunjuk ke arah umah
awek lama aku ni.."

Gunung Datuk
Semangat bermula dari dalam khemah lagi

Gunung Datuk
"Tolong cek pastikan sume barang cukup".. "Rasanya
barang dah cukup, tapi orang yang tak cukup ni."
"Mana Nuar pegi?"

Gunung Datuk
"Aku ada kat sini la, tetiba rasa layan lak makan roti
cap kunci emas ni"

Gunung Datuk
"Ni kalau roboh ni, confirm tido dalam sungai ni"

Gunung Datuk
"Sayang watpe tu? Abang kat sini ok je, sume lelaki
je kat sini, tak cuci mata pun.."

Gunung Datuk
Geng 200 yang membuatkan trek jadi hancus..

Gunung Datuk
"Kau rasa diorang tau tak yang kita dah tak larat
sangat ni? "Ish mana de, kan ke kita tengah control
pernafasan ni.."

Gunung Datuk
"Adik kalau lenguh kaki abang leh urutkan.."

Gunung Datuk
"Nape la aku join team ni.. Dok umah tengok TV pun
best ni.. Woi, balik gantung kasut woi"

Gunung Datuk
"Aku rasa dah jauh dah jalan, tapi baru 1000 kaki je?
Possible, possible.."

Gunung Datuk
"Sape la yang bertanggungjawab bagi nama pokok ni?"

Gunung Datuk
"Tadi Mohni call kata kalu jupe batu kira dah nak
sampai dah.. Harap2 batu ni le"

Gunung Datuk
"Yess, akhirnya berjaya jugak aku sampai dulu dari
Nuar & Nazri"

Gunung Datuk
"Eleh, aku pun sampai gak.. Sampai dengan bergaya
lagi tau"

Gunung Datuk
"Dulu tak suka makan coklat, bila panjat gunung ni
memang coklat la yang dicari2".. "Bak mai sikit"

Gunung Datuk
"Kesian tengok budak ni, rasa macam nak tolong je"

Gunung Datuk
View pekan Rembau dari puncak

Gunung Datuk
"Agak2 helikopter leh datang amik tak?" "Cuba kau
kol kalau rasa nak kene maki"

Gunung Datuk
"Pojan, hari nak ujan ni.. Kang kene sambar lak kang"
"Celuparnya mulut saudara Anuar ku ini"

Gunung Datuk
"Ni yang nak marah ni. Aku kata fokus tu tinggi skit.
Tak sempat nak tahan nafas"

Gunung Datuk
"Naz, kau tau tak, ni la gaya yang aku idam nak wat"
"Sukati engkau la labu.."

Gunung Datuk
"Tq geng sebab sudi join kitorang". "Takde hal, aku
memang suka trekking ni"

Gunung Datuk
"Gambar ni abang tujukan khas buat Hawa"

Gunung Datuk
"Lagi satu pose yang aku idam nak wat"

Gunung Datuk
"Lagi sekali aku marah sebab sebelum shot tak kira
dulu.. Tak sempat nak wat apa2"

Gunung Datuk
"Ni kalau ada sayap ni memang terus landing
kat pekan Rembau nih"

Gunung Datuk
Walau dimana jua aku berada, tetap ada peminat
di sisi.. Hampeh..

Gunung Datuk
"Ala dik, wat terkejut lak. Takut ke? "Tak, suka tapi
segan je"

Gunung Datuk
Geng 200 ada lagi kat sini. Camna nak turun ni?

Gunung Datuk
Dah macam ada karnival lak kat puncak ni

Gunung Datuk
"Azrai, apa yang kau buat tu?" "Aku tengah masukkan
asam boi dalam air ni. Sedaaap"

Gunung Datuk
Malu jelas terasa bila budak 9 tahun cool je panjat
gunung

Gunung Datuk
Dah sampai bawah, sungai jadi destinasi pertama

Gunung Datuk
"Agak2nya dah berapa kali kau melantak ni?"

Gunung Datuk
"Budak2 ni takleh harap tul, balik2 aku yang kene
kemas.." tetiba ada satu suara menjawab.. "orang
tua kene banyak bersabar.." Heheh..

1 comment:

  1. ha...ha..ha...pecah perut aku membaca ulasan ko ni nuar... awat baju sama warna dgn team budak budak 200 org tu?....

    tp apa-apa pun..welcome to cyber world...

    ReplyDelete