Sunday, April 12, 2009

Pengenalan MyFITT

Assalamualaikum & salam sejahtera..
Kali ni aku nak citer pulak pasal team yang aku tubuhkan ni.. Takde la hebat sangat pun team ni.. Boleh la dikategorikan sebagai team suka ria je.. Nama pun freedom & independent.. Heheh.. Walaupun nampak macam suka ria tapi kebanyakannya objektif aktiviti tercapai..
Team FITT ni sebenarnya dah mula diperkenalkan sejak April 2008.. Kira dah setahun la usia team ni.. Macam mana boleh tertubuhnya team ni? Meh aku citer dari awal lagi.. Aku sebenarnya cikgu skolah menengah.. Mula2 posting kene ke SMT Kuala Klawang, Jelebu.. Bila dah first posting, mana leh suka2 je nak mintak pindah skolah blakang rumah.. Kang jabatan pun suka2 je blacklist nama aku takleh ngajar.. Saya akur tuan.. Masa kat sana, aku dah mula rasa minat nak gi trekking ni.. Pengalaman trekking sebelum ni adalah sikit masa time skolah dulu.. Sikit sangat pun.. Nak citer pun segan.. Cuma aku berterima kasih banyak2 kat cikgu Azam, orang yang banyak pengalaman dalam aktiviti trekking ni.. Dia la yang suka wat aktiviti trekking ni sebab dia guru penasihat pengakap kat skolah.. Bila sebut je nak gi trekking mesti jadi nye.. Cayalah cikgu Azam (cuba cari gambar dia nak masuk blog tapi tak ade.. Sori cikgu..)
Aku cuma ada kat skolah tu 3 tahun je.. Pastu kene posting ke KL.. Memang aku mintak pun.. Mana leh tahan, tetiap ari Jumaat mesti nak balik KL, jupe isteri tercinta & anak tersayang.. Bukan setakat badan penat, tangan pun penat asyik keluar duit dalam wallet bayar tol & minyak.. Heheh.. Takpe la, cukup la 3 tahun layan bukit tangga.. Dari jalan kecik sampai dah macam highway dah bukit tangga tu.. Singgah sebentar collect air ubat tepi jalan.. Heheh, takdelah, sepanjang 3 tahun tak pernah sekali pun amik air kat situ.. Rugi ke tak?? Entah laa..
Dah jauh menyimpang citer aku.. Posting kat KL dapat la skolah dekat ngan umah.. Naik beskal pun leh sampai dalam 15 minit, tapi aku naik moto je.. Senang idup kat KL dengan moto ni.. Jimat masa.. Pindah skolah baru, kene la cari kawan2 yang baru.. Dulu senang je dapat kawan kat sana (mungkin sebab komuniti kat Jelebu ni tak ramai, jadi senang berkawan).. Aku mengharapkan dapat kawan2 yang leh ngam dengan interest aku.. Baru leh wat team.. Cuma yang lain tu aku tetap berkawan.. Kawan biar berjuta beb..
1st month aku kat SMK Danau Kota, tak dapat ramai kawan sebab aku skolah sesi petang.. Kenal cikgu2 petang je.. Tapi bila sukan tahunan skolah nak mula, aku start kenal cikgu2 pagi.. Stor sukan tempat cari ilham.. Masa tu aku cuba cari kalau2 ada geng trekking yang leh wat team.. Alhamdulillah, ada jugak sorang geng yang banyak pengalaman dalam dunia trekking ni.. Mohni namanya.. Nampak serius tapi kelakar semacam je.. Heheh..
Dan.... bermulalah aktiviti yang pertama (walaupun baru jupe sorang je.. Haha..).. Bila cari geng yang nak join, dapatla beberapa orang.. Kira ok la dari dua orang je.. Team mula tubuh mesti tak ramai ahli.. Ahli2 yang lain akan diceritakan pada next post aku.. Our 1st activity..
Salam..

No comments:

Post a Comment