Tuesday, April 28, 2009

Learning from experience - Gunung Datuk

As-salam..

Kali ni aku nak citerkan tentang post mortem masa pergi Gunung Datuk.. At least boleh la dibuat pengajaran bila tiba aktiviti seterusnya.. Banyak sebenarnya benda2 yang kita nampak remeh je tapi bila dah kene baru la tau camna seksanya.. Tapi tak perlu la nak rasa fobia naik gunung lagi.. Kita takkan dapat pengalaman kalau kita sendiri tak merasanya.. Macamana kita nak tau kekurangan yang kita ada kalau kita tak alaminya dulu? Berikut adalah beberapa perkara yang aku rasa ada kekurangan masa pegi Gunung Datuk..


1. Pisau
Cheh! Camna leh lupa bawak ni? Masa nak pegi bukan main beli telur masin la, kentang la.. Tapi tak terpikir lak camna nak potong kentang tu.. Rasanya kentang tu pakat sorang2 gigit sikit2.. Kehkeh.. Nasib baik la si Azrai tu ada bawak pisau lipat dia.. Kecik je tapi jadi la dari takde.. Daripada pakai pisau 'natural' baik pakai pisau lipat..

2. Makan
Yang ni aku sorang je yang kene.. Sebelum nak daki, aku hadapi makanan dengan senyuman.. Baru 15 minit trekking terus keluar balik.. Nasib baik tak patah balik je.. Rupanya kalau nak makan pagi kene la awal2.. Bagi makanan tu masuk dalam sikit kat esofagus tu.. Kalau dapat jumpa Dr. Tan awal2 pagi lagi bagus.. Baru rasa ringan nak trekking.. Satu ilmu baru untuk aku & geng2 yang tak tau sebelum ni..

3. Tapak
Haa, yang ni baru la dikatakan freedom & independent.. Main redah je pegi Gunung Datuk.. Dengan harapan tak ramai orang & ada tapak kosong.. Harapan je laa.. Nasib baik dapat gak lepak kat pelantar tu.. Kalau disuruhnya buat khemah dalam sungai?.. Tapi best jugak sebenarnya pegi secara ad-hoc ni.. Lagipun yang pegi sume geng lelaki je.. Senang nak arrange.. Tapi apa2 pun lepas ni kalau dapat book awal2 lagi bagus.. Baru la rasa selesa sikit..

4. Langkah
Yang ni bergantung la pada kecergasan masing2.. Walaupun memang kene cergas pun bila trekking ni.. Tapi faktor saiz & persekitaran pun kene la amik kira.. Aku ni dah la tahap kecergasan separuh je, ada hati nak panjat laju2.. Nanti bila kaki dah terseliuh ke, cramp ke baru padan muka aku.. So, aku tetapkan la kelajuan langkah aku.. Bila dah tak larat, jangan segan silu untuk berehat sambil cuci mata.. Heheh.. Kita kene la sedar kemampuan kita.. Walaupun tak larat tapi semangat perjuangan harmoni kene ada.. Yakin mesti boleh sampai, insyaAllah.. Takkan nak ikut macam geng2 komando @ orang asli panjat kot? Diorang main lompat je naik turun gunung ni.. Aku leh gak, lompat pastu tergolek.. Next thing kalau nasib baik adala dalam wad kat hospital terdekat.. So, pengajaran yang aku dapat, berjalan mengikut kemampuan.. Jangan keupayaan melebihi dari kemampuan.. Kang hidup jadi pressure dalam hutan..

5. Mulut
Kerana mulut badan binasa.. Bila kat hutan ni mulut kene jaga.. Bukan jaga dengan pakai lipgloss kat bibir je.. Maksud kat sini segala percakapan kita.. Mohni penah citer kat aku, bila trekking jangan la sebut benda2 yang negatif.. Kalu nak sebut negatif filem boleh le.. Maksud negatif ni suka cakap penat, letih, tak larat, sesat, rasa nak pitam, rasa nak muntah darah.. Lebih kurang camtu la.. Sebab bila cakap benda2 ni, ianya macam satu doa.. Kalau cakap penat, memang penat la jadinya.. Kalau cakap sesat, dari tak sesat terus jadi sesat.. Walaupun rasa penat, jangan la disebut2.. Simpan dalam hati je.. Cuba la cakap benda2 yang best sikit, cakap pasal ayam goreng ke, daging masak kicap ke.. Sedap tuu.. Cuma kadang2 kita ni terlupa semua tu.. Bila badan dah penat, macam2 benda leh terlepas cakap.. Aku rasa aku adala jugak cakap letih banyak kali.. Patutnya takyah cakap, tengok muka pun dah tahu letih tahap gaban.. Lepas ni aku akan cuba tak bercakap benda2 negatif ni.. Be positive!!


Ini la saja perkara2 yang aku rasa perlu ada penambahbaikan untuk aktiviti seterusnya.. Ambil iktibar dari pengalaman yang dah dilalui.. Walaupun Gunung Datuk tu tak la setinggi gunung2 lain yang ada, tapi gunung tetap gunung.. Macam2 benda yang ada kat dalam hutan ni.. Kene la hati2 bila masuk hutan ni.. Sedangkan orang yang masuk ladang kelapa sawit sendiri pun leh sesat, inikan pulak gunung yang banyak menyimpan rahsia2 alam..
Salam..

No comments:

Post a Comment