Sunday, April 12, 2009

Pengenalan

Assalamualaikum & salam sejahtera..
Selamat datang ke blog terbaru aku, myFitt.. Heheh.. Dah lama aku teringin nak publish tentang team terbaru aku ni.. Cuma masa & keadaan yang tak mengizinkan.. Banyak keje yang nak disetelkan dalam hidup aku ni.. Tapi bila pikir balik, keje memang takkan setel selagi kita hidup.. Maka tu la yang membuatkan aku cuba curi masa sikit, bangun tido awal2 pagi semata-mata nak berkongsi pengalaman aku bersama-sama dengan team Fitt aku ni.
Sedikit info tentang diri aku.. Nama aku orang panggil Nuar je.. Umur dah masuk dalam kategori 3 series (dah dewasa rupanya, heheh..) Bila dah umur dah meningkat ni, macam2 benda yang nak dibuat.. Bukan buat benda jahat, cuma teringin nak explore dunia ni.. Cuba mencari identiti sendiri, apa minat & skill yang ada dalam diri aku.. Takdela nak kata diri ni hebat pun, cuma kadang2 bila tengok orang lain boleh buat, takkan aku tak boleh buat.. Buat apa tu? Macam2, antaranya bila tengok orang terer main gitar, aku pun nak la jugak cuba main.. Bukanla nak main gitar sampai buat album (kalu dah rezeki nak wat camna kan, haha).. Orang kata at least dapat blajar basic pun dah kira ok..
Lagi satu contoh, bila tengok ramai yang buat blog nih, teringin jugak nak 'cuba try test tengok'.. Best ke, tak best ke.. Dah aku ni first timer, belum dapat rasa ke'best'annya lagi.. Cuma yang aku tau aku wat blog ni semata2 untuk berkongsi salah satu hobi aku, gi jalan2 dalam hutan.. Dok KL ni dah lama, asyik gi shopping je.. Byk shopping, byk la RM yang melayang.. Teringin la nak relaks, riadah sesama kawan2, cuci mata.. Cuci mata? Haa, cuci mata tengok pokok2 hijau la.. Kalu nak cuci mata yang lain tu, rasanya kat KL ni byk lokasi yang sesuai.. Duduk kat KL ni bagi aku satu perkataan je yang sesuai... PENAT (dan yang sewaktu dengannya) Bila dah penat bekerja, mestila nak rehat2kan badan.. Aktiviti yang paling best untuk rehat bagi aku tido je la.. Tapi bila dah terlebih tido dah jadi tak bagus lak.. Jadi wujudla keinginan nak wat sesuatu yang lain selain dari tido.. Apa lagi, set tarikh, kumpul kawan2 yang berminat, pilih lokasi sesuai, pack barang2 terus jalankan aktiviti..
Jungle trekking & mountain climbing.. Nape aku leh minat aktiviti ni pun aku xpasti.. Seingat aku yang jadi penyebabnya Discovery Channel.. Tengok orang gi trekking & mountain climbing macam best je (sbnrnya wat penat badan je, heheh).. Cuma macam yang aku cakap tadi, bila tengok orang lain leh wat, aku pun cuba la kalau2 aku leh wat.. Nak kata minat atau tak, nanti aku citer bila aku post pasal aktiviti trekking aku..
Rasanya stakat ni dah cukup kot intro pasal aku.. Kalu ada apa2 tambahan lagi aku akan sambung dalam next post aku.. At last, dapat jugak aku wat blog ni.. Cuma blog ni xde kene-mengena dengan citer2 politik yang hangat & panas skang ni.. Yang hangat & panas cuma badan masing2 sebab penat berjalan.. Harap dapat kongsi pengalaman dengan team trekkers yang otai2 kat Malaysia ni.. Saya budak baru belajar, kalau lembab tolong tunggu kat puncak ye.. Salam....

No comments:

Post a Comment