Tuesday, June 16, 2009

Kenangan yang ku IRAU kan....

Akhirnya dapat jugak aku publish gambar ni setelah berhari-hari aku memilih gambar yang sesuai. Mana taknya, ada 5 kamera time pegi aritu. Kalau nak dimasukkan semua memang lepas raya tahun depan pun belum tentu setel. Jadi, setelah menapis gambar2 yang ada, maka ku persembahkan aksi2 ahli FITT sepanjang aktiviti ke Gunung Irau....

Day 1 (7 February 2009)

Photobucket
"Aku bawak moto je la gi cameron".
"Ikut kau la. Pancit tengah jalan ko pikul sendiri"

Photobucket
"Keta sume dah penuh. Yang lain tu letak atas riba
masing-masing ok. Driver pun kene skali".

Photobucket
"Sampai gak kita walaupun dah malam"
"Kita amik pose manja dulu. World peace.."

Photobucket
"Camni la cara nak pasang khemah"."Ustaz nye cakap,
dari tak caya terus jadi caya"

Photobucket
"Ni mana pintu masuk khemah ni?". "Rasanya kilang
lupa tebuk la ni. Jom kita tebuk pintu berjemaah"

Photobucket
"Nasib baik kita nye khemah ada pintu". "Apa lak bang,
saya baru je tebuk tadi". "Cess.."

Photobucket
"Walaupun saiz ku kecik, tapi dengan selamba je
aku pasang khemah sensorang". "Yo la tu.."

Photobucket
"Aku rasa aku la yang first pasang khemah, tapi tak
setel lagi." "Tu la, tadi kemain ngajar."

Photobucket
"Apsal dah sejam tak nyala lagi ni". "Cuba check dalam
botol tu minyak tanah ke air mineral".

Photobucket
"Bila cepat pasang khemah, kene la masak. Kalu aku
tau baik aku pasang lambat". "Takpe, aku tolong....
masak air"


Photobucket
"Ingat lelaki taktau masak ke. Siap sebelah tangan
pegang torch light lagi"."Ko memang hebat."

Photobucket
"Cess, kalu ada 2 kuali, konfem aku pun leh masak la,
betul tak ustaz?."Betul.. betul.. betul-betul takleh caya"

Photobucket
"Ini la sebenarnya kepakaranku.. makan masakan
kawan"."Yea, begitu nikmat sekali".


Day 2 (8 Februari 2009)

Photobucket
"Air.. ada. Coklat.. ada. Sup cendawan.. ada.
100 plus.. ada. Ok, sume dah isi dalam beg plastik."

Photobucket
"Smalam nye nasik ada lagi ni. Senyap2 makan ok gak
ni". "Takpe ustaz, saya wat2 tak nampak, ikat kasut."

Photobucket
"Ku lihat... hijau..."

Photobucket
"Kalau belakang skolah camni kan best. Boring
ngajar leh guling2 seround dua."

Photobucket
"Rakyat Malaysia memang cukup suka hobi tulis
graffiti nih. Cintailah papan tanda.."

Photobucket
Satu pose yang menarik dari ahli FITT. Masing2
penuh ceria sebab tak daki gunung lagi.

Photobucket
"Tak jumpa beirut, papan tanda kat tiang pun jadi la..
Cukup sebagai bukti.."

Photobucket
"Ni kalau kene panah kilat ni, sah2 aku yang jadi
beirut gunung berinchang nih.."

Photobucket
Bergambar sebelum di tinggalkan dalam hutan.
Huhuhu - presiden barisan belakang (PBB)

Photobucket
Taklimat dari otai xpdc.. "Ok geng2 semua, bersedia
untuk ditinggalkan.. Hahahahampess".

Photobucket
"Boleh ke sampai puncak ni? Dah lewat ni". "Tak
sempat, kita patah balik jer.."

Photobucket
Berdoa memohon keselamatan sepanjang pendakian.

Photobucket
"Aik, takkan dah pening kot? Aku tak bawak minyak
cap kapak ni"."Tu la, aku lak terbawak pil chi kit teck aun".

Photobucket
"Permulaan yang baik, ada tangga kayu.."."Ko tunggu
je la kejap lagi.. kejaaap je lagi..."

Photobucket
"Trek cantik pun still tertinggal.. Baru la betul
piagam PBB nih.."

Photobucket
"Dahan pokok yang menjadi igauan dahi pendaki.."
"Hati-hati di jalan hutan..."

Photobucket
"Trek kayu dah abis.. Rasakann..."

Photobucket
"Smalam hujan kot.."Mana de, dah memang trek
ni sentiasa basah jer, tengok la lumut merata.."

Photobucket
"Naz, baru stengah jam jalan, peluh dah macam air
hujan je nih.."."Takpe, dalam gambar tak nampak peluh"

Photobucket
"Walaupun rasa nak tergelincir, namun pabila depan
kamera, diriku tetap berposing.."

Photobucket
"Stakat ni baru buat 2 group je. Group satu lagi
dah lama menghilang"."Kita amik gambar dulu.."

Photobucket
"Leh ke minum air dari lumut ni?"."Kalau dah
darurat, belasahkan ajer.."

Photobucket
"Bila la nak sampai kalau asyik bergambar je ni.."

Photobucket
"Kalu jual kat bundle nih, konfem tutup terus kedai."

Photobucket
"Masih tetap tersenyum walaupun dah ada rasa
vibration kat kaki.."

Photobucket
"Jeng jeng jeng.. Sampai jua akhirnya.."

Photobucket
"Punya la ramai orang que nak
amik gambar kat sign tu. Aku
amik kat sini je lah.."

Photobucket
"Kalu dapat baring nih, konfem terlelap sejam dua nih"

Photobucket
"Dimana ada puncak, disitu ada Mohni & Peja. Yang
takde cuma Nuar & Nazri je.. Heheh.."

Photobucket
"Cepat skit amik gambar tu,
ketiak aku dah basah kene
air lumut nih.."

Photobucket
Batu sempadan di puncak.. "Mike udah sampei.. Ate
bila kengkawan lain nak sampei ni?"

Photobucket
"Mu buleh ler.. fit.. Hok aku nih.. slow mover.."

Photobucket
"Sikit je lagi nak sampai Ustaz & Nuar.. Kitorang turun
dulu ye. Babai.."

Photobucket
"Aik? Mana trekkers lain ni Ustaz? Tadi diorang kata
macam ramai je kat atas nih?"

Photobucket
"Terima la kenyataan yang kita bedua je ada kat
puncak ni Nuar.. Kita layan roti mighty white dulu.."

Photobucket
"Aduu, nak patah balik la yang wat moral down nih.
Urut kaki seround dua dulu.."

Photobucket
"Senyum dalam paksaan... Isk3x.."

Photobucket
"Murid2.. Ini adalah tanda puncak gunung Irau."
"Sempat lagi Ustaz ni wat p&p atas gunung.."

Photobucket
"Nasib baik tak pakai viewcam.. Kalu tak dah jelas
nampak vibration kat kaki nih. Kat jari tu pun vibrate.."

Photobucket
"Nasib baik la aku dengan ustaz. Kalu tak memang
gerun aku nak lalu sini sorang2.."

Photobucket
Orang yang pertama sampai bawah... sebab orang
yang pertama patah balik.. Heheh..

Photobucket
"Kesal join FITT? Tidakk.. Siap wat peace lagi.."

Photobucket
Ni la orang yang sampai awal officially.. Cayalah bro..

Photobucket
Orang kedua officially.. "Tak sejuk ke bro?..
Rasa berangin jer... Heheh.."

Photobucket
Yang ketiga officially.. "Bergaya sungguh.."

Photobucket
"Santai sungguh diorang nih.. Penat camana pun
tetap menjanjikan pose yang menarik.."

Photobucket
Walaupun penat, tetap sempat mengira bilangan
papan jambatan ni..

Photobucket
"Pencuri kasut pun serba salah nak rembat kasut nih.."

Photobucket
"Mana Nuar & Ustaz?"."Diorang still berjuang dengan
lumut kat dalam hutan tu.. Rasakan.."

Photobucket
"Apa yang Ustaz menungkan tu?"."Aku mikir apa la
yang geng2 lain tengah wat skang.."

Photobucket
"Haha.. Kitorang tengah bercanda di tepian ladang
teh.."

Photobucket
Satu pose yang istimewa untuk tatapan rakan2 yang
masih berjuang.. Cess..

Photobucket
"Ustaz, lagi 2km la.."."Isk..isk..isk.. tak sempat kita
nak bergambar kat ladang teh.. Minum air teh je
yang sempat.."

Photobucket
Hidangan makan malam yang menyelerakan..
"Tapi aku makan sikit jer, nak bukak mulut pun dah
tak larat dah.."


Day 3 (9 Februari 2009)

Photobucket
Persediaan breakfast.. Kelihatan Nora tengah tunjuk
skill pegang sudip.. Heheh..

Photobucket
Liza merampas sudip dari Nora lalu menunjukkan
skill beliau di depan kamera.. "Turn aku lak.."

Photobucket
"Tu la kak Fa. Amik gambar sampai tak sedar dah
hangus.."."Hehe, sori.. Takpe, bagi geng lelaki makan."

Photobucket
Sesi breakfast & refleksi aktiviti semalam.

Photobucket
"Yang lain makan suap sendiri ye.. Heheh.."

Photobucket
Warna warni Malaysia..

Photobucket
"Camni ke lipat khemah?". Ye la, macam lipat toto
kat umah je.."

Photobucket
"Tu la, kat umah tak penah lipat toto, kan dah lain
macam je lipat tu..". "Diam daa.."

Photobucket
"Best jadi pompuan ni.. Dapat basuh pinggan.."
"Apa yang best basuh pinggan ni?"

Photobucket
"Sebab lepas basuh pinggan, leh susun cantik2
camni.."."Tak relevan sungguh.."

Photobucket
"Apsal berat sangat khemah ni?"."Dalam tu ada orang
letak batu sungai doblas bijik.."

Photobucket
"Kalu sesat kita leh la refer kat kompas ni."."Aku tak
tau pun camna nak baca kompas ni.."

Photobucket
"Apsal aku leh terbawak surat pajak ni?"."Nasib baik
ko tak bawak surat tunjuk sebab.. Haha."

Photobucket
Sesi pengishtiharan harta.. "Ok kawan2, baki duit yang
ada ni kita wat main saham BSKL.."

Photobucket
Kenangan FITT.. Lihat aksi Fakhzan yang agak
meragukan....

Photobucket
"Ni salah tekan ni kang, terambik gambar aku sendiri
nih.. Ok gak tu.."

Photobucket
Kenangan FITT.. Thank you Gunung Irau!!

Photobucket
Sesi menghabiskan duit terkumpul.. Lunch sebelum
balik KL.. "Sok sekolah weii.."

1 comment:

  1. woit.....
    ko siap kutuk aku yerk....
    aku tetap bertahan....
    hahaha....
    kiter jumper da next aktiviti....
    -baby kimia-

    ReplyDelete