Tuesday, August 10, 2010

Kisah orang hilang..

Salam FITT.. Kes terbaru yang melibatkan geng2 daki gunung.. Terkejut jugak aku bila dapat berita yang ada sorang mamat TLDM yang hilang semasa mendaki Gunung Brinchang. Sedih dengan kejadian yang berlaku. Gunung yang dikategorikan sebagai gunung popular untuk didaki kat Cameron Highlands, macam mana boleh hilang? Itu lah kuasa Tuhan yang Maha Esa. Masa berita TV3 siarkan berita kehilangan tu aku ingatkan baru je hilang, rupanya dah lama. Sejak 2 Ogos dia hilang. Semua agensi yang terlibat datang untuk menyertai misi mencari dan menyelamat. IPD, Tentera darat, RAMD, geng2 gunung online semuanya memberikan bantuan. Akhirnya pada awal pagi Sabtu, 7 Ogos 2010, mangsa, Leftenan Mohd Al-Amin Rohizat, 27 ditemui di Masjid Kampung Terah, Gua Musang, Kelantan.. Jauh tu kalau dipikirkan dari Cameron Highlands ke Gua Musang. 120 km jauhnya. 5 hari menghilang macam2 yang boleh berlaku.. Bagi aku rasanya mamat tu dah termasuk 'kampung'. Nasib baik jumpa jalan keluar. Syukur Alhamdulillah, dapatlah dia menyambut Ramadhan dan Syawal bersama keluarga.. Menurut cerita geng2 gunung online yang diceritakan oleh geng FITT, Azlie;
  • Allah maha besar dan maha berkuasa dari segi logik tak mampu nak jelaskan.
  • Orang Hilang dijumpai di dalam masjid lengkap berpakaian bersih cuma sedikit koyak dibaju.
  • Ditangan mangsa ada sapu tangan putih serta tasbih di dalamnya.
  • Katanya ada seorang tua berjubah putih suruh memegang dgn nasihat 'insyaAllah selamat'
  • Orang Hilang juga mungkin dlm keadaan trauma sehingga sukar mengingat namanya sendiri.
  • Semoga kejadian ini dapat semua warga gunung mengambil ikhtibar supaya sentiasa berwaspada dan tidak lupa diri semasa beraktiviti.
  • Syabas dan tahniah kepada semua pihak yg terlibat.
  • Jutaan terima kasih kepada Delta team semua, semangat dan pengorbanan dan juga kebersatuan kita semua moga dapat balasan dari yg Kuasa.
  • Sekian, bagi pihak pengurusan GO sekali lagi
Kepada ahli FITT, ambillah iktibar dan pengajaran dari kes ni. Kadang2 memang tak logik akal bila dipikirkan sampai ke Gua Musang baru berjumpa.. Tapi Allah Maha Kuasa. Macam2 boleh terjadi. Gunung yang dianggap popular pun boleh hilang. Mungkin kes tu sama macam kes pelajar yang hilang kat Gunung Tahan dulu. Tetiba nampak bunga yang cantik dan terus menjauhi kumpulan dia. Kita tak tau apa yang akan berlaku pada kita. Cuma yang boleh kita lakukan hanyalah niat yang baik untuk menghargai alam sekitar yang indah dan cantik yang telah Tuhan kurniakan. Niat yang baik kene ada sebelum nak kemana-mana. Bukan setakat nak masuk hutan je, nak pegi keje, hatta nak masuk toilet pun kene niat yang betul.. Member aku cerita hutan kat kota Damansara yang tengah bandar pun boleh hilang. Aku bercerita ni sebab aku rasa aku taklah se'hardcore' geng2 pendaki dan pencinta alam yang lain. Cuma nak berkongsi cerita sesama ahli2 FITT yang juga mencintai alam.

Cerita mamat ni dah selesai, cerita pelajar kat Gunung Tahan pun dah selesai. Macamana pulak cerita mamat yang terlupa bawak spek mata masa mendaki Gunung Yong Yap dulu? Rasanya masih tak berjumpa. Operasi mencari dan menyelamat pun dah lama berhenti. Oleh tu, semasa mendaki seelok-eloknya biarlah berteman. Memang dalam satu kumpulan ada yang laju dan ada yang perlahan. Bukannya yang perlahan selalu hilang. Kadang2 yang di tengah kumpulan pun boleh tersasar haluan. Jalan yang paling baik biarlah berteman. Baik di depan, di tengah mahupun di belakang. Biar perlahan asal selamat sampai tempat yang dituju, menakluki puncak gunung yang diidamkan.. Sekian.. Salam FITT untuk semua..

2 comments:

  1. salam,
    semoga dengan kisah ini dapat menjadikn iktibar dan tauladan dalam kita b'xtvt.sama2lh kita menjaga percakapan dan perbuatan semasa berada d hutan.....

    sejahtera

    ReplyDelete