Sunday, April 12, 2009

Keahlian FITT

Camna nak join team ni? Mudah je.. Yuran keahlian adalah RM0 juta ringgit Malaysia.. Mana de nak kene bayar yuran.. Ini team skolah je, bukan team yang dah established macam team2 gergasi yang lain.. Cuma syarat2 biasa tu kene la ada, yang penting minda kene open skit.. Buangkan tension tu jauh2.. Tujuan wat aktiviti ni memang nak bagi hilang tension pun.. Tau2 je la kan, keje skolah ni banyak.. Skali skala kene gi keluar KL nak release tension.. Jiwa kene sporting, cool sebab banyak benda yang klakar yang bakal mendatang time aktiviti.. Kalu yang mudah terasa memang kurang sesuai ler.. Nanti jadi tak best lak jadinya.. Buat masa ni ahli yang join the club cuma cikgu2 & staf2 smk Danau Kota je.. Kadang2 ada player import dari skolah lain. Nak meramaikan majlis, leh wat kawan..

Kadang2 ada yang teringin nak join tapi takut kalau2 tak berjaya capai objektif.. Aisey, apa nak risau, join team fitt pun dah jadi satu kejayaan untuk anda.. Haha.. Aku ni pun bukan laju pun kalu mendaki.. Aku memang dah dikategorikan sebagai slow mover, pemimpin barisan belakang.. (nazri anchorman ahli tetap barisan belakang, heheh).. Apa yang penting, KERJASAMA (lagu wonderpets tu).. Biar lambat asal sampai.. Kalu tak larat, rehat pastu patah balik.. Takde hal punya lah.. Yang paling utama dapat mengeratkan silaturrahim antara cikgu2.. Kengkadang nampak cikgu ni macam serius je time kat skolah.. Mestilah kan, baru profesional.. Tapi kalau nak tau 'the true colours of the person', join la team ni.. Baru tau yang senyap tu rupanya supplier speaker berkuasa tinggi.. Heheh.. Satu lagi, time ni la baru kita tau sape yang kuat berdengkur (aku le tu..), terer masak (aku lagi... heheh).. Takde lah, ada sorang tu memang terer masak, bagi je apa jenis kek sume dia leh wat.. Aku lak sume kek aku leh makan..

Untuk pengetahuan, team FITT ni tak akan amik lima sen pun (kalu satu sen dah takleh pakai) untuk kegunaan peribadi.. Setiap transaction akan dijelaskan setiap akhir aktiviti supaya ahli dapat tau kemana perginya duit collection tu.. Kalau ada duit lebih kita wat beli barang2 FITT untuk aktiviti seterusnya.. FITT is a non-benefit organisation.. It's just for the person who loves nature.. Kepada kawan2 ku yang berminat nak join, anda dialu-alukan!!..
Salam..

No comments:

Post a Comment