Tuesday, April 28, 2009

Nama je bukit, tapi...

  • TARIKH: 5 JULAI 2008
  • LOKASI: PINE TREE HILL, BUKIT FRASER

Info Pine Tree Hill
Pine Tree Hill dibuka pada awal pemerintahan British.. Puncaknya adalah 1505 meter dari paras laut.. Trek sepanjang 5 km.. Nama Pine Tree Hill ni asalnya dari 5 batang pokok Ru yang ada kat puncaknya.. Tapi disebabkan oleh aktiviti penebangan hutan dan peningkatan suhu global, maka yang tinggal cuma satu je. Dijangkakan trek yang curam & tinggi rendah.. Ni yang tak sedap dengar ni.. Ada lak perkataan curam tu.. Tapi aktiviti tetap jalan.. InsyaAllah.. I can make it!!


Ekspedisi bermula..

As-salam..
Seperti yang telah ditetapkan selepas trek Gunung Datuk, kitorang cuba pulak Pine Tree Hill.. Pemilihan gunung ni datangnya dari aku.. Lepas aku explore senarai gunung2 yang ada kat dalam internet, aku berminat dengan gunung ni.. Ada 2 sebab sebenarnya.. 1- Nama dia bukit, tapi agak tinggi.. Mungkin mudah la kot.. 2- Lokasinya yang terletak dekat dengan KL.. Sejam je dah sampai Bukit Fraser..

Seperti biasa, lagi dua minggu sebelum xpdc, aku cuba mengumpul ahli2 baru yang ada.. Macam biasa lah, still tak berapa rapat dengan cikgu sesi pagi, so tak ramai jugak la orang yang aku jemput.. Adalah dalam 10 orang je yang aku jemput untuk sertai geng FITT ni.. Setelah dapat confirmation, yang berminat cuma 4 orang termasuk aku.. Laa, ingatkan lagi ramai yang nak join lepas xpdc Gunung Datuk aritu.. Rupanya makin sikit.. Takpe, yang penting ada la jugak muka baru dalam geng FITT.. Memang mengharapkan dia join untuk jadi peneman geng yang laju di depan.. Macam aku, memang mengharapkan geng2 barisan belakang join, tapi takde yang available.. Agak tensen gak aku bila dapat rasakan yang aku jalan sorang2 dalam hutan nanti.. Tapi aku tak kisah, dengan harapan kat sana nanti ada ramai group trekkers lain macam kat Gunung Datuk dulu..

Set time, kul 11.00 malam 4 Julai 2008, kami tunggu kat rumah masing2.. Ahli yang pegi xpdc kali ni adalah aku, Mohni, Fauzan & Hafizal.. Mohni pegi amik Fauzan dulu sebab dekat dengan rumah dia, lepas tu aku & last skali Hafizal.. Mula2 ingat nak pegi terus, tapi Mohni leh ajak lepak2 dulu, ronda uptown Danau Kota.. Nak usha barang katanya.. Usha barang ke orang? Heheh.. Kami akur je, sebab naik keta dia.. Kalu ingkar kang kene tinggal.. Dah penat ronda uptown, kitorang gi makan lak kat Malik kuning.. Kene isi perut dulu malam2 ni, walaupun perut aku zahirnya macam dah sedia terisi.. Makan punya pasal, takde hal punya..

Ekspedisi bermula.... (kali ni baru betul)

Dah selesai makan, tengok jam pukul 2.00 pagi.. Waktu yang agak lewat untuk bergerak.. Takpe, Bukit Fraser dekat je dari KL.. So, kitorang pun mulakan perjalanan pagi2 buta tu.. Sampai ke Bukit Fraser dalam kul 3.30 pagi.. Mohni bawak keta slow je sebab jalan ke Bukit Fraser gelap gelita.. Naik bukit lak tu.. Aku tak tau apa yang terjadi masa dalam perjalanan sebab aku baik punya landing kat seat belakang.. Aku kalau duduk seat belakang memang camtu.. Keta belum gerak lagi, tapi aku dah sampai New Zealand.. Bila dah sampai Bukit Fraser, kitorang cari balai polis sebab nak daftar nama bagitau nak pegi trekking Pine Tree Hill.. Agak kuat jugak aku bagi salam tapi takde sorang pun yang jawab.. Mungkin faktor cuaca yang sejuk (14 darjah celcius) buatkan orang ramai tido nyenyak.. Daripada penat bagi salam tak berjawab, baik kitorang pegi cari port nak landing..

Disebabkan ni first time datang Bukit Fraser, jadi kitorang tak tau mana nak pegi.. Mohni pegi la cari port yang strategik nak landing.. Last2 jumpa la gazebo yang agak strategik lokasinya.. Bila pikir balik, nak pasang khemah macam kelakar je sebab gazebo ni tepi jalan je.. Jadi kitorang decide takyah pasang khemah, tido je la mana2 yang rasa boleh tido.. Apa nak kisah, semua lelaki.. Aku keluarkan sleeping bag, baring terus kat tempat duduk gazebo tu.. Punya la sejuk, tapi keinginan tido yang memuncak buatkan aku cekal untuk menutupkan mataku.. zzzzz....

Aku bangun tido jam 7.00 pagi.. Time tu macam biasa la, aku yang paling last bangun.. Mohni & Hafizal dah pegi register nama kat balai polis.. Jadi, kitorang pun masak la sup cendawan makan dengan roti.. Itu je menu yang pantas & sedap.. Aku teringat masa kat Gunung Datuk aritu.. Jadi aku pun makan la sikit untuk alas perut.. Takut nanti jadi lagi kejadian yang sama.. Lepas makan, kitorang gi cari Dr. Tan, buang apa yang patut.. Bagi ringan skit badan...kononnya lah..

Dah setel semuanya, maka bermula la kitorang mencari starting point ke Pine Tree Hill.. Nasib baik ada signboard yang menunjuk arah.. Sampai je situ, Mohni cari parking yang sesuai sebab starting point dia tepi jalan kecik je.. Takde parking space pun.. Dan masa kitorang sampai memang takde kenderaan lain.. Maknanya takde trekkers lain pagi tu.. Kitorang pun bersiap2 nak mulakan perjalanan.. Tepat jam 8.15 pagi, perjalanan bermula..

Permulaan trekking laluan landai & trek agak lebar.. Aku pun senyum je mula2nya.. Belum tau lagi apa ada kat depan tu.. Dalam 10 minit je laluan macam tu.. Pastu mula la turun naik bukit.. Time tu macam biasa, Mohni dengan Fauzan dah tinggalkan aku.. Hafizal je yang ada dengan aku.. Itupun aku tau yang dia nak tinggalkan aku gak.. Mana leh tahan orang yang fit nak jalan dengan orang yang slow mover ni.. Aku tak pasti berapa bukit dah aku naik turun ni.. Bila turun best la, bila naik paham2 sendiri la.. Sepanjang laluan ada tanda batu sempadan Pahang & Selangor.. Maknanya trek yang kitorang lalu ni adalah sempadan negeri.. Setiap 20 meter ada tanda batu putih.. At least bolehla jadi penanda kalau rasa tersesat ke.. Ishh, jangan sebut perkataan tu, kang betul2 jadinya.. Sampai kat satu2 tempat ada signboard lama yang tertulis jarak nak sampai ke puncak.. Mula2 rasa macam ragu2 je, sebab rasanya dah lama berjalan, tapi baru jumpa signboard ke puncak lagi 5km.. Aik.. Rasanya mula2 perjalanan dia tulis jarak perjalanan 5km.. Camna tu? Aku yang dalam keadaan separuh sedar ni lagi la rasa tensen sebab tak tau mana satu yang betul.. Lama lagi ke nak sampai puncak ni? Wallahualam..

Perjalanan diteruskan.. Pastu baru jumpa signboard lagi 4km ke puncak.. Tengok jam, dah pukul 9.45 pagi.. Wahh, dah lebih sejam aku jalan, baru 1km je ke? Tak boleh jadi ni.. Macam lama lagi nak sampai puncak je.. Tapi dah separuh jalan, takkan nak patah balik.. Masih teringat kata Mohni, kalau dah sampai puncak gunung, takkan datang dah.. Cari gunung yang lain pulak.. Aku pun kumpulkan la segala kekuatan yang ada (sebenarnya dah takde dah) teruskan pendakian..

Dalam pukul 11.00 pagi baru terjumpa signboard tertulis lagi 3km sampai ke puncak.. Biar benar ni.. Dah nak 3 jam jalan baru 2km je ke.. Nak wat camna, teruskan je la.. Dalam hati, rasa macam nyesal pegi pun ada. Baik dok umah tengok TV je atau surf internet.. Memang camtu aku bila daki gunung ni, mesti ada rasa confuse, nape aku boleh terpikir nak naik gunung ni? Camna aku boleh terjebak ni? Memang tu la yang bermain kat otak aku.. Tapi walaupun aku banyak berpikiran camtu tapi aku tetap gak cuba nak wat sesuatu yang lain..

Lepas je signboard 3km tu, dalam 10 minit aku sampai ke checkpoint yang berbentuk pondok2 kecik.. Rasanya pondok ni tempat orang yang bekerja kat hutan ni berehat kot.. Macam cantik je nampak pondok ni.. Time ni aku berjumpa dengan Mohni & Fauzan.. Mohni dah bagitau siap2, rasanya jauh lagi nak sampai ni.. Signboard tu takleh pakai.. Memang tak betul jaraknya.. Aku berehat sepuasnya, check kaki kalau2 ada pacat buat lawatan sambil belajar kat kaki aku.. Cerita pasal pacat kat sini.. Memang panjang2 belaka.. Time berenti kejap2 tu, tengok kat tanah adala dalam 4-5 ekor pacat yang dah standby nak buat lawatan.. Memang banyak pacat kat sini.. Kebetulan pulak trek kering sepanjang perjalanan.. Trek kering tapi kaki meleleh je keluar darah.. Check punya check takde pacat wat lawatan kat kaki aku.. Mungkin tak sempat kumpul geng2 nak hinggap kat kaki aku kot.. Hanya pacat je yang tau..

Dalam 15 minit gak kitorang melepak.. Perjalanan diteruskan.. Kali ni Mohni dengan Hafizal gerak dulu.. Mohni kata tak sempat nak sampai cepat ni kalau betul kata signboard tu.. Aku mula2 dah ada rasa nak give up dah.. Siap suruh diorang jalan dulu, pastu aku tunggu kat pondok ni sampai diorang patah balik.. Tapi aku terpikir gak, kalu betul jauh lagi, brape lama aku nak tunggu sorang2 ni? Group trekkers lain tak nampak pun.. Tak boleh jadi, kene ikut gak walaupun dah kekurangan oksigen tahap melampau.. Nak dijadikan cerita, start dari pondok tu trek terus mencanak.. Aduh laa.. Boleh ke aku naik ni? Tu la, geng barisan belakang aku, Nazri tak join la pulak.. Kalu tak mesti ada geng.. Nak wat camna, member nak kawin.. Darah manis tu, kang berpesta pacat kalau dia pegi skali..

Nak tak nak, aku daki jugak la walaupun slow.. Time ni Fauzan ada dengan aku.. Dalam sejam jugak la daki trek mencanak ni, last2 jumpa curam tinggi, dalam 10 meter kot.. Kene panjat pakai tali yang dah sedia ada kat situ.. Masa tu dengar suara Hafizal panggil kitorang.. Rupanya lepas panjat tali tu terus sampai puncak.. Mula2 Fauzan panjat dulu.. Entah camna tali yang dia berpaut tu leh putus la pulak.. Terus dia jatuh sampai tersangkut kat dahan pokok yang menjalar kat curam tu.. Nasib baik ada dahan tu sebab aku berada betul2 kat bawah dahan tu.. Kalau la dahan tu takde, dengan aku skali selamat tergolek jatuh ke bawah.. Gerun gak aku.. Bercalar jugak la badan Fauzan sebab jatuh tu.. Nasib baik tak terseliuh mana2, leh jalan lagi.. Kalau tak, lagi kelam kabut jadinya..

Lepas dah selamat panjat curam tu, terus nampak puncak.. Memang betul la yang signboard tu tak betul.. Jam tepat menunjukkan pukul 12.00 t/hari.. Nak dekat 4 jam jugak trekking.. Bila dah sampai puncak ni, badan terus jadi tak penat.. Mungkin sebab dah berjaya sampai puncak kot.. Puncaknya tak la besar sangat, leh la muat 20 orang.. Ada tinggal satu pokok pine besar kat tepi cerun.. Tu la tanda puncak Pine Tree Hill.. Dengar citer dalam internet ada geng trekkers yang penah bermalam kat sini.. Sejuk jugak puncak ni.. Beirut takde, tapi batu tanda sempadan masih ada kat puncak.. Ada view dari atas puncak tapi keliling dah tumbuh pokok2 renek.. Kitorang pun rehat dalam 30 minit sambil amik gambar dengan aksi masing2..

Dalam kul 12.30 t/hari kitorang mula bersiap2 untuk turun.. Dengar citer puncak Pine Tree Hill ni ada kembarnya yang dipanggil Twin Peaks.. Dari puncak pertama kene jalan lagi 1 km baru sampai ke puncak kedua.. Maknanya kene turun bukit & naik balik.. Kitorang decide taknak pegi puncak kedua tu.. Mungkin takut trek dia lebih dari 1 km.. Kang kene tipu lagi.. So, kitorang pun turun balik curam tadi & terus trekking balik ke starting point.. Masa tengah turun curam tu kitorang berselisih dengan satu group trekkers.. Geng cina 4 orang.. At last, ada geng lain kat dalam hutan ni..

Start dari turun curam tu, aku terus tak nampak Mohni dengan Hafizal.. Laju je diorang jalan.. Hebat & respek sungguh aku kat diorang ni.. Yang tinggal aku dengan Fauzan.. Bila time turun dari curam sampai ke pondok checkpoint tadi agak laju jugak langkah aku.. Sebab turun, tu yang laju tu.. Bila sampai kat pondok tu aku rehat kejap dengan Fauzan.. Nak jadi lagi adventure, hujan pulak turun.. Time ni baru aku teringat, tadi masa datang kene naik turun banyak bukit.. Ni nampaknya kene naik turun gak la ni.. Adulaa.. Masa gi Gunung Datuk dulu bila balik memang turun je sepanjang perjalanan.. Dah terasa penat walaupun belum jalan lagi ni..

Aku tunggu hujan agak reda sikit, pastu baru start berjalan balik.. Time ni Fauzan dah dalam keadaan pressure, mungkin air minuman dia dah habis kot.. Takpe, air minuman aku banyak lagi.. Siap bancuh dengan asam boi lagi.. Kata Azrai, minum air asam ni bagus, susah kaki nak cramp.. Aku pun ikut la apa yang dia kata.. Tapi bagi aku macam sama je, kalau nak cramp tetap cramp.. Yang lain cuma rasa air tu.. Sedap siot.. Bila aku tengok dia makin jauh dengan aku, aku panggil la nama dia.. Last2 aku yang kene sound dengan dia.. Siot je.. Time ni la keluar ayat 'keupayaan melebihi dari kemampuan'.. Kaki dah tak larat tapi nak jugak berjalan cepat.. Relaks la.. Daripada kaki jadi cramp baik jalan slow2.. Nanti dah cramp lagi susah nak jalan.. Masa berjalan balik tu, geng cina 4 orang tadi siap potong aku balik.. Memang laju geng cina ni.. Respek jugak kat diorang..

Aku tak tau brape kali aku berenti, jalan, berenti, jalan.. Yang aku tau mata aku melilau cari tanda batu sempadan, takut jadi benda yang tak diingini.. Dalam kul 4.30 petang aku sampai ke starting point.. Alhamdulillah.. Objektif tercapai.. Tengok Mohni dengan Hafizal releks je.. Mohni kata dia siap tido bangun balik tapi aku tak sampai2.. heheh.. Sori geng, inilah kemampuan aku.. Rasanya diorang dah sampai kul 2.30 kot.. Memang cepat diorang berjalan..

Pastu kitorang pegi la mandi kat Jeriau Waterfall.. Badan dah kotor mestila kene mandi.. Air terjun dia punya la sejuk.. Boleh mati keras kalau terjun dalam air.. Aku hanya basuh badan ala kadar je.. Takde la sampai nak berendam dalam air tu.. Hanya Fauzan je yang releks berendam dalam air tu.. Pun kategori hebat jugak dia nih.. Kulit apa ye? Dah selesai tukar pakaian, kitorang terus balik ke KL.. Singgah makan kat pekan Rawang, then terus balik.. Sampai rumah masing-masing dalam kul 10.00 malam.. Berakhir satu lagi aktiviti FITT..

Secara keseluruhannya, Pine Tree Hill ni memang thrill bagi aku.. Bukan apa, sebab trek dia yang panjang & naik turun bukit.. Tu yang buat penat tu.. Bak kata Fauzan memang leh ganggu mental panjat gunung ni.. Ada satu info yang aku baru jumpa lepas balik dari Pine Tree Hill.. Aku jumpa kat internet.. Rupanya ada trekkers penah jumpa kesan tapak kaki harimau kat Pine Tree Hill, rasanya awal 2008.. Then, sebulan lepas tu orang Jabatan Perhutanan penah terjumpa harimau kat situ.. Alamak.. Ada rupanya pak belang kat situ.. Kalau la aku jumpa artikel tu sebelum pegi, memang sah takkan naik Pine Tree Hill.. Tapi kita nak wat camna, dah memang tu tempat dia.. Kat mana2 hutan pun boleh jumpa, cuma kita mengharapkan takkan terjumpa dia.. Mungkin sebab tu takde ramai trekkers yang pegi Pine Tree Hill.. Alhamdulillah, kitorang selamat pergi & selamat kembali.. Banyak kenangan di Pine Tree Hill ni.. Tu la, nama je bukit, tapi...
Salam....

Photobucket
"Bestnye bangun tido terus layan kopi dengan sup"..
"Dah gosok gigi ke belum?"

Photobucket
"Makan tu sikit-sikit dahle. Kang jadi macam kes
Gunung Datuk lak".. "Yela,yela.. Aku makan 2 sudu
teh je ni"

Photobucket
"Agak-agak boleh ke aku sampai puncak ni?"..
"Entahle.. Apa-apapun kita posing dulu.."

Photobucket
"Laa, ini ke pintu masuk dia?".. "Yela kot. Lain macam
je starting dia nih"

Photobucket
"Baik aku check dulu wallet aku.. Mana tau kalau kat
atas puncak ada KFC ke.. Leh beli snack plate satu."

Photobucket
"Cuba kau tengok pacat kat depan tu.." "Ala, dia pun
nak bergambar gak.."

Photobucket
Sempadan Pahang-Selangor. "Agak2 dekat tak dengan
umah aku kat Kuantan ni? Leh makan nasik dulu"

Photobucket
"Ni yang tak sedap ati ni. Dah sejam jalan baru jumpa
signboard 5km ni. Masa starting point tadi pun kata
5km gak. Mana yang betul ni? Konpius aku."

Photobucket
"Lagi 4km? Jauh lagi ke ni? Rasa macam nak patah
balik je ni."


Photobucket
"Dah nak 3 jam jalan takkan baru 2km je kot?"
"Memang la, dah kau tu yang lembab.."

Photobucket
"Camna nak lalu ni? Dahla tak larat, kang ada yang
terbaring sambil peluk batang pokok nih"

Photobucket
"Check dulu kot2 ada pacat wat lawatan kat kaki aku"

Photobucket
"Aku rasa korang jalan la dulu. Dah tak larat ni."
"Kau dok la sini sorang2. Nanti ada la 'makhluk' yang
menemani kau." "Tak jadi, aku ikut!"

Photobucket
"Nape la aku panjat gunung ni. Kan dah jatuh dah.
Nasib baik sempat cover muka aku. Kalu tak
jatuh saham aku."

Photobucket
"Dulu kat depan ni ada KFC. Skang dah takde. Sale
kurang kot. Xpelah, makan roti mighty white pun
ok gak."

Photobucket
"Ni la kesan lepas jatuh. Ada lagi tempat yang calar
tapi takleh tunjuk." "Kalau la calar camni kat muka
baru nampak ganaz"

Photobucket
"Kalu stakat tinggi ni aku ok je. Releks je, siap leh
wat peace lagi."

Photobucket
"Cepatla amik gambar. Aku dah tak larat mencangkung
ni. Kang ada yang takleh bangun terus ni."

Photobucket
"Nasib baik bawak rayban mahal aku ni. Baru la leh
bergaya di puncak." "Kontrol pernafasan."

Photobucket
"Dah macam gaya kumpulan muzik je ni." "Heh,
aku tiup recorder pun tak pandai."

Photobucket
"Ni camna ni. Nak pegi twin peaks ke taknak ni?"
"Rasanya takyah la, nanti takut lagi jauh je."
(padahal aku dah tinggal suku nyawa je ni)

Photobucket
"Dah la tu peja, cukup2 la basuh kasut tu. Kang
hanyut sesia je." "Kalu hanyut aku beli baru je."

1 comment:

  1. TEBING TINGGI BACKPACK
    MOUNT GUIDE SERVICE
    ALL OVER FREASER
    ANDY 017-9997790

    ReplyDelete