Wednesday, September 15, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI




Assalamualaikum..
Salam FITT untuk semua rakan2 seperjuangan. 10 September 2010 bersamaan 1 Syawal 1431 seluruh umat Islam di Malaysia merayakan Hari Raya Aidilfitri. Setelah sebulan berpuasa, akhirnya Syawal menjelma. Alhamdulillah, sepanjang bulan Ramadhan nih takde perkara yang tak diingini berlaku kat rakan2 FITT. Namun, masih ada lagi insan di luar sana yang menderita. Dengan perang tak abis2, main mercun sampai tercampak atas pokok. Yang terbaru, kes pembunuhan kejam melibatkan jutawan terkenal Malaysia. Tak sayang nyawa betul. Hargailah anugerah yang Tuhan dah beri. Sesungguhnya kita yang hidup dalam serba sempurna di Malaysia nih haruslah bersyukur.

Bulan Ramadhan yang lalu diharapkan membawa pengertian yang cukup mendalam pada yang mengharunginya. Bagi aku, Ramadhan kali ni membawa erti yang cukup besar dalam hidup aku. Tak seperti Ramadhan yang sebelumnya, kali ni penuh kelainan. Menusuk ke dalam jiwa tu. Aku pun bukanlah pakar sesangat dalam hal2 kerohanian nih. Tapi dapat rasakan sesuatu perubahan mungkin berlaku. Perubahan yang dapat membina hidup dengan lebih baik, insyaAllah..

Bila dah masuk Syawal nih, mulalah... Mulalah nak balas dendam balik pasal bab2 makan nih.. Heheh.. Dulu masa puasa, 3 kilo turun. Dah raya nih entah berapa pulak yang naik. Dua kali ganda @ kuasa dua.. Heheh.. Aktiviti FITT dah nak bermula balik. Angin kene cari nih. Kena la berjogging tetiap petang bawak anak2.. Sebelum nih asal panjat gunung je rasa kepancitan yang amat sangat. Takut lepas nih langsung takde angin dah.. Angin dah kuar awal2 lagi.. Bahaya tuu.. Takut guna khidmat 'power bar' pun tak menjadi.. Tapi 'silent bar' tetap hebat.. Heheh..

Di kesempatan nih aku nak ucap Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin kepada warga FITT sekalian. Terasa banyak sangat kesalahan yang aku dah buat kat korang semua. Maybe tujuan aku semata2 untuk bergurau senda, tapi kadang2 terlepas cakap sampai menyinggung hati dan perasaan rakan2 sekalian. Sorry guys!. Aku cuba untuk menjaga tatasusila aku lepas nih.. Heheh..

Puasa dah lepas, raya pun dah lepas.. So, lepas ni apa lagi? Moh le kita menyambung kembali aktiviti kita, menghayati keindahan flora & fauna kat Malaysia nih.. Rasanya banyak dah dalam senarai nak pegi mana. Kita redah satu persatu, insyaAllah.. Are you ready guys?! Jom layan adventure!!.. Salam FITT untuk semua..

No comments:

Post a Comment