Wednesday, September 15, 2010

What's The Story Morning Glory....

Assalamualaikum..
Salam FITT untuk geng2 seperjuangan. Cerita puasa dah lepas. Cerita raya maybe ada lagi saki baki ketupat, lemang, rendang beserta serdak2 kuih dalam balang. Cerita akan datang... apa aktiviti FITT seterusnya nih? Dah lama gak aktiviti kita berhenti rehat untuk beri laluan pada bulan Ramadhan yang mulia. Sebelum puasa aritu adalah cadangan dari beberapa geng FITT lokasi adventure seterusnya.. Agak2 cukup bilangan ahli yang nak pegi, takde masalah.. Cuma yang menjadi masalahnya... brape bilangan orang nak pegi tu? Haaa.. masa yang sesuai pun kene pikir jugak. Kalu trip panjat gunung, memang tak cukup dikerjakan waktu weekend je. Nanti kang ramai lak yang mc hari Isnin. Keluar lagi isu-isu yang tak menyedapkan telinga kat sekolah.. Hebat wartawan sekolah, macam CNN. Kalah Bernama.. Heheh..Sebelum citer panjang lebar, meh aku senaraikan aktiviti yang ada terdengar sebelum puasa aritu. Kita recall balik, tengok camna.. Agak2 leh tak berjalan semuanya.. Let's check it out..

"Menyingkap kandungan gua"
Gua Kandu, Perak


Aktiviti ni hampir pasti akan berlangsung, around 80% confirm. Sebabnya tarikh nak pegi tu bersesuaian dengan tarikh kahwin sorang geng FITT kita, Liza. Lokasi perkahwinan kat Taiping, on the way balik kenduri leh la jalankan aktiviti. Jadi la aktiviti 2 in 1. Yang lagi 20% tak confirm tu adalah bilangan peserta yang nak join. Sebab masing2 ada komitmen masing2. Dengan family nyer, side business nyer. Liza konfem tak dapat join nyer. Sebab ada aktiviti lagi best untuk dia malam tu. Heheh.. Tapi bila dah 80% tu kira konfem berjalan lah kot. InsyaAllah kalau takde apa2 halangan yang menimpa.

"Memburu tengas di waktu panas"
Kg. Air Panas, Selangor

Next, memburu tengas. Ni kira aktiviti me'repeat' kisah dulu nih. Dua minggu sebelum puasa, aku, Mohni & Apis gi lokasi ni. Dengar dari cerita kawan Mohni, port tengas kat sini baeekk punyee. Tak terusik lagi sungai nih. Ada air terjun. Dengan keadaan teruja nya terus la kitorang pegi. Akhirnya, sekor pun tak dapat. Sebab pe? Sebab tak jumpa lokasi.. Huhuhu. Bukan pe, pegi pun dah malam, pastu jalan masuk cuma untuk 4WD je. Time pegi tu tak dapat nak ajak yang lain sebab tarikh tersebut ngam2 geng ada aktiviti lain. Lagipun mula2 taknak masukkan aktiviti memancing dalam senarai aktiviti FITT. Tapi bila pikir balik, baik dimasukkan sebab memancing ni leh tahan gak adventure nyer.. Masuk hutan, susur sungai, sesat, patah balik. Kira adventure la tu.. Tapi kalau stakat mancing kat longkang belakang umah takde la nak dimasukkan dalam aktiviti FITT.. Nak ngajak pun segan je. Heheh.. So, dicadangkan kes tengas ni leh dimasukkan dalam aktiviti FITT sebab kene trekking, camping & fishing.. Yang tak minat fishing leh la swimming (kalu pandai... dan berani...)

"Test power arus kuala di tepian kubu"
Water rafting Kuala Kubu Bharu, Selangor

Cerita water rafting ni dari Azlie. Nampaknya dia dan Mohni je dah penah try aktiviti ni. Best katanya. Kata2 yang lain? Entah.. Belum cuba belum tau. Dah cuba baru tau, best ke tak. Macam cerita memancing jugak la. Belum cuba belum tau. Dah cuba, sekor pun tak dapat baru padan muka.. Takde rezeki.. Tapi tetap cari port lain. Heheh.. Dikatakan ada banyak stage main water rafting nih. Geng amatur kene la cuba yang stage awalan dulu.. Harap2 menjadi aktiviti nih.. InsyaAllah.. Cuma kos je la yang agak tinggi. Hendak seribu daya..

"Mencuba nasib di Kenyir"
Tasik Kenyir, Terengganu

Aktiviti yang dah sekian lama aku idamkan. Sejak dari kat U dulu. Ada yang mengajak tapi time tu asyik dengan belajar je (ye ke? Heheh) tak dapat nak join. Takde duit sebenarnya time tu. Heheh. Tapi bila dah kerja ni, ada la kot peluang nak pergi bersama kawan2 FITT. Kos jugak agak tinggi nak pegi sini. Bukan stakat minyak & tol, tapi sewa boathouse yang agak tinggi. Kalu dapat kumpul ramai2 leh la dapat murah skit. Azlie kata ada astro dalam boathouse. Cayalah..

"Sakit tempurung lututku"
Gua Tempurung, Perak

GPK Koko jumpa aku sebelum puasa aritu. Dia tanya taknak buat aktiviti untuk budak2 macam tahun lepas ke? Ada peruntukan untuk kos pengangkutan. Kira ok dah tu. Dicadangkan nak bawak ke Gua Tempurung. Pilih pakej yang tak kena masuk air kira ok dah. Bahaya bawak budak2 main air nih. Cepat & mudah teruja.. Kertas kerja yang dulu ada lagi. Cuma tinggal nak pilih tarikh sesuai & nak tanya sekali pendapat ahli2 FITT yang nak join sama..

"Bermain embun lagi daa.."
Gunung Berembun, Terengganu

Dah lama rasanya tak naik gunung. FITT ditubuhkan asalnya pun dari kisah2 naik gunung. Last aktiviti naik Gunung Ledang bulan 3 aritu. Kene jalankan nih. Survey dalam internet & info dari kenalan2 nampaknya Gunung Berembun ni agak menarik untuk didaki. Dengan pemandangannya yang amat cantik dan air terjun yang tinggi. Sesuai sangat untuk geng2 FITT yang ada camera DSLR. Konfem picture perfect. Best2.. Takde DSLR pun takpe. Dapat kamera cabuk, ditambah dengan pemandangan yang live dari mata kepala sendiri dah cukup bagus. Geng2 FITT, aku cadangkan trip ke Gunung Berembun ni patut dijalankan dalam tahun ni.. InsyaAllah..

Setakat tu je la yang ada dalam pikiran aku. Sebenarnya ada banyak lagi lokasi yang nak di'explore'. Antaranya Gunung Tebu, Gunung Stong/Ayam, Gunung Nuang (new route), Gunung Bunga Buah & Gunung Everest (heheh, explore dalam national geographic je laa). Tak termasuk lagi lokasi2 menarik untuk memancing & water rafting.. Aku ada terpikir gak nak wat re-visit ke Taman Negara. Dulu pegi time musim hujan. Banyak aktiviti yang tergendala. Second time pegi mesti dah prepare sehabis baik. Cuma masa je yang menentukan semuanya. Dengan keadaan diri yang sihat, kewangan yang stabil & ilmu yang cukup, ditambah dengan tarikh yang sesuai bersama-sama dengan borang kebenaran dari isteri/aweks, dapat lah dijalankan aktiviti dengan baik dan sempurna.. Yang penting dapat timba pengalaman, mensyukuri nikmat yang dianugerahi Tuhan kepada kita.. Geng2 FITT: 'Rancangkan kerja & kerjakan rancangan!'.. Salam FITT untuk semua..

3 comments:

  1. semua xtvt dalam plan sume best, smoga dapatlah d jalankan dengan jayanya.... pasal berembun dungun aku dh ade mber yg buleh tujukn jalan..... set time je k....

    ReplyDelete
  2. hahaha......aku insyaallah akan cube menjayakan nyer,,hahaha

    ReplyDelete
  3. salam,
    kalau x silap kat area kerling KKB ni dekat ngan bukit kutu, buleh la try treking skali.
    4-5jam perjalan ke puncak.....

    ReplyDelete